Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, July 27, 2004

Hanya Allah yg tahu

Dah lama aku tak tulis. Sibuk dgn aktiviti harian, sbnrnya aku dah tak nak tulis. apa yg aku nak, hanya Tuhan saje yg tahu . Sepatutnya, Tidak org lain. Tp hari ini jiwa aku sedikit terganggu, mungkin kerana ada sesuatu yg telah mencuit tangkai jantungku.aku rasa aku perlu luahkan di sini.

Utk melupakan kejadian pahit getir , tidak lah semudah yg disangka,walau telah kau cuba, kau usahakan, namun ia tetap dtg menghantui diri kau. Itu yg terjadi dgn diriku . aku terganggu dgn situasi itu lagi. Ya Allah aku tidak mahu ingat, kalau diingat aku rasa sedih yg teramat-amat. hanya Tuhan yang tahu luka hati aku.

Aku mahu mulakan hidup baru. apa yg aku lakukan hari ini adalah utk melupakan hari lalu. walaupun sebenarnya aku tak akan boleh lupa sampai hari akhir hidup aku. Ujian Tuhan itu ada dimana-mana sbnrnya utk mendekatkan diriku kpdnya. Tp aku tidak mahu kalah dgn mainan perasaan aku sendiri. Aku kena kuat, Yg lain itu antara mereka2 dgn Tuhan.

Aku percaya Tuhan bersama dgn org2 yg benar, dan org2 yang dizalimi itu doanya dimakbulkan. Apa yg perlu aku lakukan hanya berdoa.InsyaAllah.
posted by Mirip at 10:12 AM 0 comments

Friday, July 02, 2004

Biarlah hari ini lebih baik dari Semalam

ingat tak, dulu aku pernah tulis disini mengenai kata2 berterus terang seorang artis Melayu Malaysia yg menampakkan kejahilannya.
aku pasti bukan aku saje yg tak puas hati, tp ramai lagi.
Rupanya ada org complaint di akhbar yg sama berkenaan hal ini.
Nasibbaik bukan aku yang complaint di akhbar tersebut, kalau tak lagi pedas dan power la karangan aku...
Bukan apa, sekadar utk menyedarkan dia bahawa siapalah dia,kalau tanpa sang Pencipta.
posted by Mirip at 12:51 PM 0 comments