Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, October 30, 2008

8(Part1)

"Panggil Hany, Jude,"

"Apa? Apadia?"

"Jude"

"Hai, hilang akal ke apa budak ni?"

"Amboi sedapnya mulut!"

"Dah tu kenapa tiba-tiba minta dipanggil Jude pulak,"

"Emm... nak jadi macam Mellisa Gilbert," senyum sekilas dan menyambung "macam.. macam Laura Ingalls," selamba anak hadis itu menutur.

"Hahahahha adoila lawak sungguh," budak lelaki itu juga sudah gelak-gelak sampai macam nak terguling-guling. Air mata dia dah keluar. Bukan menangis kerana kesedihan tapi kerana kata-kata anak gadis itu sungguh di luar jangkaannya.

Mereka sedang berada di batas tinggalan sawah padi yang mereka sendiri tidak tahu masih digunakan orang atau tidak. Yang mereka tahu pemandangan di sini sungguh indah. Ada tali air tempat mereka mandi manda, (sebenarnya tanpa pengetahuan ibu sang gadis).Petang ini, penjelajahan mereka merentasi jajahan itu membawa mereka ke sini. Shamsul baru sekali ini datang ke sini, dan menjadi satu keseronokan buat dirinya menjelajah kawasan orang. Dan bagi kanak-kanak yang seorang lagi itu, walaupun ini tempat dia dibesarkan, tapi dia tidak sampai lagi ke kawasan ini. Tapi hari ini,pengembaraan mereka dengan basikal itu menemukan mereka dengan pemandangan yang cantik ini.

Nun di hujung sana, ada pokok sederhana besar, menjadi tempat teduhan pada panas terik matahari. Burung-burung berkicau-kicauan.

"Bakpo tiba-tiba pula nak jadi orang putih?" Shamsul bertanya selepas ketawanya reda. Kakinya dijuntai-juntai pada tali air itu.Dia pun selalu lihat cerita Little House on the Prairie itu, dan dia pun tahu Laura itu salah satu watak utamanya.

"Sebab nak rumah macam dia, sebuah rumah di tengah ladang," jawapan polos.

"Lagi?"

"Emm tak de sebab tu je"

Ketawa dia pecah lagi.

"Sebab tu aje?"

"Iyee... macam best je kan rumah dia tu. Tenang. Ada ladang luas. Rumah sebiji je tengah alam, macam-macam lagilah."

"Dah kalau macam-macam kenapa tak cakap,"

"Ehhh rahsia, mana boleh bagitau."

"Eleh nak rahsia-rahsia konon. Dah tu sampai mintak panggil Jude tu apake hal? Tak suka dengan nama sendiri?"

"Ala, saje la suka-suka."

"Jude tu memang nama orang putih. HA-NI, tu kan sedap bunyinya tu."

"Ye ke sedap?"

"Nama tu melambangkan peribadi tau. Kalau nanti Hany tukar nama kepada Jude, nanti perangai pun dah sama dengan minah salleh tau. Mana la nak main tali air lagi, mana nak sembang kat tepi sawah ni lagi, mana nak main-main basikal ni."

"Hahahahha," Hany hanya tersenyum. Dia menyimpan ketawanya walaupun dia ingin ketawa puas-puas.

"Mesti nanti dah bergaya, dah cun, dan pandai melawa-lawa. Tak de la comot-comot macam sekarang ni," Shamsul memprovok.

"Wooitt, teruk sangat ke Hany ni?"

"Mesti nanti dah tak nak kawan dengan Abang Sham lagi," Shamsul pura-pura sedih.

Hany turun ke tali air. Disimbahnya air ke arah Shamsul.

"Ehhh mana aci ni. Basah la Abang Sham."

"Aci tak aci....Hany main-main ajelah tadi. Yang ambik serius sangat tu kenapa? Ingat Hany nak sangat ke jadi JUDE, jadi ANNABEL, jadi IDORA?"

Mereka sambung bermain diperhatikan kaki langit.
posted by Mirip at 12:24 PM 2 comments

7 (Part 1)

"Eh Mak, termenung je, Ateh dah balik pun mak tak sedar," Ateh menepuk bahu Mak Jah yang sedang termenung panjang di kerusi dengan mulut tersenyum sampai ke telinga.

"Eh dah balik? Ayah ada kat kedai la tu?" tukar tajuk, jangan tak tukar.

"Aa'h la, ayah tunggu mak la tu.Oo mak tersenyum pasal apa tu?" Ateh sudah mengorek-ngorek rahsia bagaikan bulldozer mengorek tanah.

"Ohh tak de apalah,mak tengok ayam." Mak Jah tidak bercakap bohong walau ayat sebenarnya ada lagi yang tak habis " dan mak teringat zaman-zaman kecil Abang Sham dan Kak Hany kamu." Ayat yang hanya ada dalam hatinya sahaja.

Ateh dan Achik, kamu tidak kenal Abang Sham itu. Yang kenal Abang Sham hanya Kak Hany dan Kak Hana kamu sahaja. Masa memang telah banyak berlalu. Membawa perubahan demi perubahan. Dan bercerita kisah demi kisah.

Ingatan Mak Jah terhenti sejenak pada kehadiran anaknya Ateh. Dia cepat-cepat keluar ke pintu depan, dan membonceng motornya untuk ke gerai kecilnya di depan sana.

*****

Detik demi detik , begitulah masa tetap berjalan. Kalau dulu, dia yang meriba-riba Shamsul, dia yang mendukung Shamsul , dan dialah yang melayan keletah Shamsul.

Menyedari anaknya rapat-rapat, yang selang setahun, El 2 tahun setengah, Mat yang baru mencecah setahun dan kini hadir pula Shamsul, Chik tidak menang tangan untuk menguruskan ketiga-tiga heronya. Suaminya Azman,yang kerjayanya kerani sekolah itu ada juga membantu sedikit-sedikit, itupun tidaklah selalu kerana Chik faham yang suaminya itu kakitangan kerajaan. Yang kerjanya penat.

Lalu Chik meminta bantuan dari teman waktu kecilnya yang tinggal walaupun tidak berhampiran di situ, tapi tidak pula terlalu jauh dari tempat kediamannya. Temannya itu pun baru sahaja berkahwin. Masih tidak punya cahayamata, dan kebetulannya pula suaminya itu bekerja berhampiran kawasan ini. Tentu tidak menjadi keberatatan kalau dia mengajak temannya itu mengasuh anak kecilnya itu. Dia sudah tidak menang tangan untuk menjaga 2 hero yang sedang amat lasak-lasak dalam keadaan dia berpantang sedemikian.

Dan temannya yang sanggup menjaga Shamsul, anak ketiganya itulah Mak Jah yang sedang mengimbas masa lalunya.
posted by Mirip at 11:53 AM 0 comments

6(Part1)

"Hambat Hany, hambat," kuat suara kanak-kanak lelaki kecil itu mengarah. Dia sendiri sudah tidak cukup kaki dan tangan menghambat sekumpulan spesies yang sudah lari ketakutan itu. Di tangannya ada selipar jepun nipis, gunanya untuk dibalingkan pada spesies itu.

"Tengah hambat la ni," gadis kecil berseluar panjang itu sempat membalas, walau komitmennya adalah pada larian itu. Di tangannya juga ada sepatu jepun itu, sama juga kegunaannya untuk dilemparkan pada spesies yang telah menjadikan anginnya naik satu badan.

Spesies itu berlari laju dengan kecut perut. Mahunya dia tidak kecut perut kerana ada dua gergasi sedang mengejarnya dengan muka panas baran. Tentu kalau gergasi-gergasi ganas itu berjaya menangkapku, aku akan selamat menjadi sup. Diratah-ratah mereka dengan penuh bangga kerana berjaya menyembelih aku. Wahh ini tak boleh jadi. Takutnya aku..

"Cepatla Kak, Abang Sham cepat la."

Eh, ada seorang lagi penyokong setia mereka. Ekor matanya menjeling tajam pada anak kecil bertocang dua itu.Budak kecil bergaun ini memang benar-benar kacau daun. Kalau dua gergasi yang sedang marah itu mendapat sokongan dari si kecil 'beleh' ini, tentu sahaja semangat mereka akan membuak-buak lagi, dan bertambah nahas lah hidup aku.

Tapi, tapi itu bukan salahku.

Tadi aku saja sedang bermain-main di situ. Aku nampak ada istana kecil yang tak pernah ada sebelum ini di bawah pohon jambu itu. Ada banyak hidangan lazat tersedia di situ. Cantik dan menyelerakan aku. Warnanya memang membuatkan aku lupa diri. Aku lahap rezeki yang tersedia di bawah pohon jambu itu. Apa lagi kalau bukan buah jambu itu.

Sedang enak-enak aku makan, perutku memulas-mulas. Alamak aku tahu sudah sampai masanya ini. Lalu aku masuk sahaja ke dalam istana indah itu. Wahh nyaman nian istana ini. Ada teduhan dari pelepah pokok kelapa rupanya.

"Prettt, preettt, ahhh nikmatnya dapat makan dan melepas."

Sedang aku tengah melayan lepasan hajatku di situlah telingaku bingit mendengar gempa bumi berukuran 8.2 skala ritcher.

"Abannnnng Shaammmmmmmmmmmmmmm....ayam dah berakkkkkkkk."

Aku lari lintang pukang. Dan gergasi dua orang itu tetap mengejar aku tanpa henti, dibantu sorakan puteri sorak yang seorang lagi.
posted by Mirip at 11:34 AM 0 comments

5iii(Part 1)

Sebut sahaja perkataan H.I.L.A.N.G, semua orang akan berasa ketakutan. Ada banyak kategori hilang.Hilang harta, orang akan masih bersedih walaupun harta boleh dicari ganti, walau mungkin sudah tidak sama.

Tapi dalam banyak-banyak kehilangan, hilang orang tersayang adalah satu keperitan. Atau sebenarnya padamnya api hidup. Berapa ramai orang yang terkandas di tengah jalan kerana kehilangan orang tersayang pada awal usianya. Terlalu ramai. Dan Mak Jah itu salah seorang darinya, dan suaminya Sen juga begitu.

Yang bezanya kalau Mak Jah kehilangan seorang ibu, Pak Sen pula kehilangan seorang ayah. Rasanya nasib mereka ada persamaan, walaupun dalam banyak perkara, Mak Jah itu terlalulah berbeza sifatnya dengan Pak Sen. Berbeza dari segi kelakuan dan mungkin juga pendapat juga kadangkala tidak sealiran pada waktu-waktu tertentu. Tapi dari segi kehilangan, mereka sama. Oh ya mereka sekufu dari segi itu. Mungkin juga kerana itu mereka serasi sekali hidup walau angka sudah menjejak 30 tahun lebih.

Satu lagi bentuk kehilangan,Hilang akal. Pun satu jenis kehilangan juga. Walaupun tidak ramai yang menyedari mereka sudah hilang akal dalam membuat satu-satu pertimbangan.
posted by Mirip at 11:24 AM 0 comments

5ii(part 1)

Lalu dalam kesemua ciptaan Allah, terlalu panjang untuk dihuraikan satu persatu. Semuanya memiliki fungsinya yang tersendiri. Namun ada dua yang paling terkesan penting dari yang penting. Kunci pada segala kunci.

Pertama Akal fikir dan kedua Hati nurani.

2 dalam 1. 1 dalam 2.

Kotak kenangan Mak Jah berlari-larian pantas. Bergabung antara akal fikirnya dan hati nuraninya menjadi satu. Mujur sahaja, dalam usianya mencecah 50 tahun ini, ingatannya masih jelas. Kadangkala, ada juga peristiwa yang sudah luput dari kotak ingatannya, tapi pada peristiwa-peristiwa penting, masih sahaja dia ingat satu persatu.

Mak Jah duduk di kerusi hijau yang sudah agak usang di dapur itu. Merenung lagi dia ke luar pintu dapur. Suasana petang hari sebegitu memang agak tenang. Anak-anaknya tiada di rumah. Membantu suaminya meletakkan barang jualan di gerai miliknya di depan jalan besar sana. Sekejap lagi tentu mereka pulang.

Pandangannya tertumpu pada beberapa ekor ayam yang mematuk-matuk tanah. Ayam jirannya. Di sekelilingnya ada anak-anak ayam comel berwarna kuning terang.

"Anak Ayam, untung engkau ya punya ibu."

Anak-anak ayam yang comel itu berderetan mengikut ibu ayam. Kalau ibunya bergerak ke sana, dia juga mengekori ibunya mematuk di sana. Kalau ibunya berlari pula untuk mematuk cacing di sini, dia juga mengekor di sini. Anak ayam itu mengikut segala gerak geri ibu ayam.

Serentak itu, air mata Mak Jah turun ke pipir, melihat anak-anak ayam yang mempunyai ibu, tiba-tiba ada perasaan lain dalam hatinya. Secara tiba-tiba dia teringatkan pada arwah ibunya. Dia yang sudah kehilangan seorang ibu sejak umurnya 12 tahun. Terlalu muda dia untuk mengerti yang rupanya dia sudah kehilangan seseorang yang paling bernilai dalam hidupnya. Ibunya meninggalkan dia ketika umurnya masih muda belia.Umur 32 itu terlalu amat muda, sudah pergi meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Lalu jadilah Mak Jah seorang ibu dan kakak pada dua adik kecilnya. Seorang berusia 9 tahun dan seorang lagi yang masih berusia 11 bulan.

Kehilangan orang tersayang padanya adalah satu trauma yang kekal sehingga kini.
posted by Mirip at 11:07 AM 0 comments

5i (Part1)

Tuhan telah kurniakan setiap manusia itu dengan fizikal yang sebaik-bainya. Dua tangan, dua kaki sebagai tulang empat kerat. Ada orang yang hidupnya dari muda membawa ke tua mencari makan dan penghidupan semata-mata menggunakan tulang empat kerat inilah.

Di wajah yang indah ini pula, adanya sepasang mata untuk melihat kehidupan, ada dua kening sebagai hiasan.Cuba pejamkan matamu, bayangkan kalau manusia ini tiada kening? Terasa satu kepelikan kan? Atau mungkin sahaja seperti watak-watakd alam cerita-cerita di alam angkasa. Yang kepalanya licin tanpa rambut, yang matanya tanpa ada kening.

Ada pula sebatang hidung untuk menyedut udara, memberi nafas pada paru-paru untuk bekerja seperti yang sudah ditetapkan azali. Ada dua lubang hidung, menjadikan posisi wajah simetri. Kalau hanya ada satu lubang? Atau lubang itu pula berada di atas dan bukan di bawah? Tentu sahaja saluran hidung sudah menangis teresak-esak kerana tidak mampu menakung air hujan yang turun.

Ada sepasang telinga kiri dan kanan untuk mendengar. Apakah pula yang harus didengar itu? Apakah lagu-lagu punk mengajak pada penyembahan selain dari yang satu, atau lagu-lagu jiwang menangis kecewa ditinggalkan kekasih hati, menjadikan hati, jiwa dan semangat sudah hilang. Atau pada kisah-kisah menarik zaman dahulukala. Atau kata-kata penyejuk hati, atau sebarang kata-kata?

Dan ada pula sepasang bibir atas dan bibir bawah untuk berkata-kata. Tapi ada orang yang bibir itu digunakan untuk memfitnah orang lain, atau mengada-adakan cerita yang tidak benar, atau mereka-reka gossip, tidak kurang yang merapu meraban bercakap entah yang apa-apa semata-mata untuk popular. Ya, dunia hari ini memang memandang tinggi pada populariti. Popular bermakna banyak wang masuk ke kantung masing-masing. Dan bagi orang yang tidak popular, yang tidak ada mulut walaupun punya sepasang bibir, bagi mereka kehidupan seolah gelap pekat. Bagi mereka yang tiada kuasa untuk bercakap, tinggallah mereka dalam dunia mereka sendiri, tidak mempedulikan dan tidak pula dipedulikan orang.Dunia seolah-olah tiada pencerahan pada mereka, dunia hanya pada mereka yang suka bercakap! Argg tapi kalau sekali lagi difikirkan, memang salah mereka juga kerana mulut itu kurniaan Ilahi untuk digunakan sebaik-baiknya, harus kenapa mereka tidak gunakan pula? Tentu sahaja mulut, yang Allah telah berikan satu itu, harus pandai-pandai digunakan. Bila perlu dan bila kewajipan untuk dibukakan, harus saja dibukakan, pada yang hak dan pada yang benar. Mungkin sahaja dalam menyebarkan ilmu dan dakwah. Atau pada teguran pada yang sudah jauh dari landasan. Tapi beranikah? Atau hanya mengunci mulut. Tidak berani melawan kerana mereka lebih berkuasa. Samada kuasa itu dalam bentuk kaya harta, atau benar-benar kaya kuasa , tapi bukan kaya budi. Budi sudah tidak dipandang orang lagi dalam zaman akhir ini. Atau budi juga lama kelamaan akan menjadi budu, semakin pupus ditelan arus.

Atau pada pemberitahuan apa yang benar, mana mungkin kalau kesalahan yang jelas terpampang di depan mata, tapi mulut tidak mahu memberitahu kebenaran. Berkata benarlah walaupun pahit!

Sungguh ciptaan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Dan keindahan.
Kalau direnung kembali, kenapa ada 2 mata, 2 telinga dan hanya 1 mulut? Mungkin juga kerana untuk melihat dan mendengar itu lebih perlu dari berkata-kata. Waalahualam.
posted by Mirip at 10:37 AM 0 comments

Tuesday, October 28, 2008

3 in 1 (then 4, 5,6....10)

Mula-mula Preity Zinta. Wow, kalau cenggitu, you should pair with Hrithik Roshan.
Kemudian, Waheeda Wassini.
Hari ini, Elly Mazlein.

Huhuhu.. Rupa-rupanya iras wajahku ini ada iras wajah sang artis.Mode:Perasan :)

Yang paling lawak antarabangsa: Looks like Preity Zinta which i wonder which part? I don't have the lesung pipit in both my cheeks. Kalau lesungbatu kat rumah adalah.

Yang paling hek eleh macam la aku tak tahu: Sang pelukis ini menerima wangku untuk melukis karikatur aku dan anakku. Tapi apabila siap. Anehhhh!.... Yang ada di lakaran hanya iras wajah anakku, aku sama sekali berbeza. Jadi (macam lah aku tak tahu ayat memujuk) "Eh, awak ni kakak Waheeda Wassini ke? Rupa sama lah..."... Ayoyooo.. Waheeda is older one year than me, then she should be my elder sister, and not me myself..hahahha..mungkin si dia rasa bersalah kerana mengambil duit dari poket seluarku tapi hasilnya tidak menjadi.

Yang paling sadis (plus kelakar):"Eh, Ehh Hany, Kak Wany tengok makin lama makin macam Elly Mazlein la plak. Macam dalam cerita Cinta Batu Belah dalam tv tu?"
"Yo ko? Emm yooolah tu sebab dah tembam.. semua orang cakap macam tu.."
"Yelah, muka sedih je,, macam Safi tu aaa"
"Hehhehehe"
"Tak polah,nanti cakap ada Elly Mazlein sesat kat sini," Kak Wany ketawa terkekek-kekek.

(Alamak sadis and sedih ke muka aku? Sampai macam Safi dalam cerita tu? Agaknya ye la kot, dengan fashion disasternya, dengan out of datenya, haahhaha...)

All after all, which one is mirip to me? hahahaa
Answer: Not at all. Satu pun tak ada.. Kalau tak dah lama ler aku jadi artis.. kui kui kuiii
posted by Mirip at 8:50 PM 0 comments

5(Part3)

"Ni, aku Chik la," suara di sana memperkenalkan diri. Lemah nada suara.

"Ohhh Chik, ingatkan polis mana tah tadi," Mak Jah urut-urut dada.

"Kenapa suara kau lain macam aje?" suara di hujung talian bertanya lagi. Sessi interview lah pula.

"Eh ehh dah tu suara Chik tadi yang macam tu. Jah ikut ajela," Mak Jah menjawab, mulutnya sengih sampai ke telinga.

"Oooh. Sebab Chik eh," perlahan tapi masih jelas kedengaran. Mak Jah seperti dapat membayangkan yang bibir Chik juga ikut tersenyum sampai ke telinga. Bukankah ekspressi muka kita dapat dibayangkan oleh sang pendengar di hujung talian sana? Jadi jangan cuba-cuba bercakap dengan muka marah, nanti orang di sana tahu kalau anda sedang marah. Cubalah tersenyum, kerana pasti orang di hujung talian sana akan dapat merasakannya. Ajaib bukan?Tapi itulah hakikatnya. Jawapannya cukup mudah:- Apabila bercakap, otot-otot di bibir dan mulut itu bergerak geri mengikut ekspresi wajah. Jadi senyum-senyumlah selalu :)

Basa basi perbualan telefon bermula. Dan tamat.

"Jah, Chik nak cakap sesuatu ni," Chik memulakan pokok pangkal bicaranya. Sebenarnya inilah inti karipap pada tujuan dia menelefon Mak Jah pagi ini. Perbualan yang tadi itu hanyalah kulit pada karipap itu sahaja. Isinya jauh, dan perit dan pedas untuk dia mulakan, tapi dia harus juga menelannya. Walau pahit, walau manis, walau kelat sekalipun.

"Aaa Chik, cakaplah, kalau boleh Jah tolong. Jah dah rasa dah ni macam Chik nak cakap sesuatu je pada Jah. Dari tadi lagi Jah ternanti-nanti," Mak Jah bijak memainkan peranannya.

"Susah Chik nak katakan. Rasa macam ada batu pula dalam mulut Chik ni. Tapi..."

Diam.

"Tapi apa Chik?" Tadi Mak Jah mendiamkan diri, memberi peluang pada Chik membuka bicara. Tapi kalau sama-sama diam, mana pula pengakhirannya?

"Entahlah Jah. Agaknya ni dah ujian Chik. Chik redha aja," lirih suara Chik.

"Tak apa, Jah dengar ni,"

"Jah, kalau Jah ada kelapangan, Jah datanglah rumah Chik. Sham...Shamm...." tersekat-sekat kata-kata Mak Jah. Hati hendak bicara, tapi mulut disumbat kerikil tajam.

"Kenapa dengan Sham, Chik??" Mak Jah ingin tahu. Ya,agaknya inilah rasa yang datang dulu. Inilah rasa yang dia fikirkan ada sesuatu yang Chik sembunyikan di rumah Kak Maznah tempohari. Firasatnya benar belaka. Gerak hatinya tepat. Dan mampat.

"Ginilah, kalau Jah dan Sen ada masa lapang, Jah datanglah. Sham dah tunggu masa aja." Kata-kata terhenti. Ibu mana yang sanggup meneruskan kata-kata seterusnya. Hatinya sudah banyak kali disiat-siat orang, dia pun sudah tidak kisah lagi, tapi kali ini nampaknya siatan kali ini benar-benar berbisa. Bisanya seperti tangan yang luka berdarah, disimbah pula cuka getah. Pedih, panas dan hiba serentak menghuni hati.

Mak Jah terdiam. Terkedu lagi dia untuk mengatakan apa-apa.Ayat seterusnya yang harus keluar dari mulutnya sudah hilang. Angin sudah membawa kata-katanya ke hulu sungai. Dia ingin bertanya lanjut, tapi mulutnya sudah terkunci rapat. Apabila terlalu banyak persoalan yang ingin dia utarakan, jadinya yang terkeluar hanya deru angin lalu.

"Emm tu ajelah yang Chik nak bagitahu. Masih ingat rumah Chik kan?"

"O.. ooo.. aa'h InsyaAllah Chik. Nanti Jah datang dengan Abang Sen," sepatah-sepatah Mak Jah membalas.
posted by Mirip at 7:13 PM 0 comments

4 (part 3)

“Kringgg kringgggg. Kringgg Kringggg.” Cepat angkat, nanti aku merajuk dulu aku diam, benda putih bersegi empat berwarna putih susu itu mendengus-dengus, membunyikan suara sehingga habis keluar urat sarafnya. Orang kata TM itu Tunggul Mati, haa kalau tak diangkat, aku betul-betul mati kang, baru korang tahu, pandai je mengutuk aku. Ooo mentang-mentang sekrang semua dah wireless, semua dah mobile, semua dah canggih manggih, semua dah slim, aku yang gedabak ini korang pinggirkan ya. Tak ingat ke kalau tak ada aku dulu, macamana korang nak berhubung? Oo korang dah mula jadi kacang lupakan kulit ya, dulu-dulu siapa yang berebut nak dating dengan aku? Siapa yang rela pulas-pulas nombor kat badan aku ni sampai 7,8,9 kali? Siapa yang tak tidur malam kerana bergayut dengan buah hati? Tu budak-budak muda tu pula, siapa yang connect ke internet 24 hours ke Streamyx, anak ke 47 aku? Kalau tak ada aku, tak berkahwin lah kamu-kamu semua ni, kalau tak ada aku, tak berchatting, tak berIRC la budak-budak muda tahun 2000an ini. Kalau tak ada aku, tak boleh sambung ke dunia luar, kau tahu? Sekarang, mentang-mentang korang dah ada pilihan lain, korang kutuk-kutuk aku pulak ya, korang sumpah seranah aku pulak ya, korang kata aku ni cenggini korang kata aku ni cenggitu, macam-macamlah korang kata kat aku nye? Pedih tahu telinga aku dengar. Berasap ni lubang hidung aku ni nak marah. Korang kata aku lembab macam kura-kura la, korang kata aku ni sombong la, korang kata aku ni besar kepala la, habis tu siapa yang buat kacau selama ni? Bukan kaum sejenis ko jugak ke?

Ko tak tahu ke yang aku ni menanggung kerugian hampir sejuta RM setiap negeri setiap bulan? What?? RM1,000,000 kali 14, hahhh berapa aku rugi sebab spesies korang la jugak. Siapa yang curi line, buat harta sendiri? Siapa yang buat fraud? Mangkuk hayun mana pulak yang ciri habis kabel-kabel aku kat tepi-tepi jalan semata-mata nak copper wire nak jual kat kedai besi buruk tu? Malaun-malaun tu samalah yang macam pi ambil tiang-tiang besi aku kat Sabah dulu tu? Sampai runtuh rumah aku tu? Sampai ada ‘sahabat’ aku yang meninggalkan dunia yang fana ini. Iskkk aku geram ni..

Haiii pemilik-pemilik telefon tetap kat rumah-rumah tu, kau tahu tak dulu ada seorang ‘sahabat’ aku ni. Dia kerja bahagian Fault Management la. Kau nak tahu tak? Dia pernah kena marah dengan seorang usahawan ternama negara sebab line masih jugak tak dapat-dapat, padahal dah report banyak kali. Nasib baiklah ‘sahabat’ aku ni ada kuasa veto, check punya check dalam sistem, haa ambik kau, banyaknya report yang sama. Huh kau nak tahu sebab apa?

“Ada orang curi kabel telefon.”

Ada sekali tu usahawan tu bagitau “ Repair Team dah tangkap dengan pencuri-pencuri tu sekali,” lepas ‘kawan’ aku ni susah payah telefon Repair Team nak tanya apa kes sebenarnya. Dia dah jadi PI, Private Investigation tidak berbayar.Telefon sana sini.Sibuk mengalahkan artis. Pheegghh.Cayalah dia.Siapa aa dia? Untung betul TM tu ada pekerja macam dia. Heheheheh. Angkat jangan tak angkat. Angkat sampai naik langit ketujuh pun tak apa.

Tak cukup dengan tu, usahawan tu bagitau lagi “ Cik Y, bukan setakat kabel kena curi, sekarang ni dengan tiang-tiang telefon tu sekali malaun-malaun tu dah ambil.” “MasyaAllah sampai macam tu ke Cik Usahawan?” “Tahle, Encik Repair Team pun dah pening kepala tempat yang sama, kena ulang-ulang ganti,tah- tahhh”. Cik Usahawan mula berteka teki.

“Tah-tah apa Cik Usahawan,” Miss Y nak tahu la tu.

“Tah-tah orang baju biru, tuan kedai besi ke, Pak Ali seberang jalan, Ah Long penarik kereta, Muthu penjual susu, Jarjit penarik beca pun terlibat sama ni.” Ohhhhh ini dah jadi konspirasi tahap tertinggi ni. Ehh bahaya-bahaya. Baik ko diam Encik TELEFON.


Nada dering telefon rumahnya bernyanyi-nyanyi minta diangkat. Mak Jah meninggalkan pokok kacang bendinya sementara waktu dan berlari-larian ke ruang tamu.

“Hello Assalamualaikum,” salam dihulur pembuka bicara. PEnat berlari marathon tak habis lagi ni.Uh uhh..Ah ahh..

“Waalaikumussalam, Jah ke tu, suara di sana seperti membisik. Aikk siapa pula yang nak berbisik-bisik dalam telefon ni? Macam ada rahsia besar negara je ni? Takut conversation kena detect ke?

“Ya,, ya… siapa tu,” Mak Jah mengikut nada sang suara di sana.Ikut berbisik. Ikut flow, suara pun macam dalam cerita CSI. “Kenapa?” Mengapa, Siapa , Dimana? Semua persoalan berlegar. Misterinya… macam dalam cerita X Files ni. Gillian Anderson, please help me!!!!!!!!!!!!!!
posted by Mirip at 5:33 PM 0 comments

3(Part2)

Dalam keramaian orang begitulah, matanya terpandang kepada seorang wanita yang sudah sedekad umurnya. Dia cam benar seraut wajah itu. Wajah tua yang sudah pun dimakan usia, berselendang hitam, berbaju kurung merah seperti warna kegemarannya ketika zaman mudanya. Raut wajahnya masih sama, masih kelihatan ceria yang Mak Jah tahu keceriaan itu hanyalah pada luaran, sedangkan pada batinnya wajah tua itu menyimpan seribu kisah pahit kehidupan.

Pada wajah tua yang umurnya sudah lebih separuh abad itu, kelihatan jelas yang susuk itu sudah semakin kurus. Mak Jah tahu wanita tua itu pada umur mudanya tidak kurang cantiknya, tidak kurang manisnya, dan tidak kurang menawannya. Kalau tidak masakan seorang pekerja kerajaan jatuh hati separuh mati kepadanya. Memang Mak Cik itu sedikit gelap parasnya, tapi kerana gelapnya itulah, lelaki merayu-rayu padanya. Memang Mak Cik itu mempunyai hidung yang biasa-biasa sebagaimana orang Melayu yang lain, tapi kerana hidungnya yang biasa itulah, lelaki itu terpikat padanya. Ketinggiannya cukup untuk menjadikan Mak Cik tua itu seorang model pada zaman mudanya. Senyumnya yang lebar, mulutnya yang ramah, dan hatinya yang lurus memang bisa mencairkan hati mana-mana pemuda zamannya.

“Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam kupandang manis.”

“Walau apapun adinda katakan, kasih kanda hanya padamu.”


Dan berbagai lagi kata-kata, maklum sahaja kata-kata sang lelaki untuk memikat wanita idaman. Semuanya lembut, manis tiada yang pahit, semuanya enak-enak seperti Nasi Briyani Gam berlaukkan Ayam Masak Merah dan dalca.

Kalau boleh ditongkat langit, rasanya itulah yang akan sang dia lakukan.
Kalau boleh di lawan badai ombak di lautan, itulah yang akan sang dia lakukan.
Semuanya boleh-boleh belaka, tidak ada yang tidak boleh.

“Belahlah dadaku untuk melihat isi hatiku, dinda.” (OOoohhh tahan rasa nak keluar isi perut.

Sedangkan semua kata-kata itu hanyalah kata-kata di bibir. Hanya mainan di mulut. Siapapun boleh mengatakan. Belah dada? Beranikah dia kalau orang ambil kapak dan belah dadanya di situ juga? Ahh tentu sahaja sudah lari lintang pukang. Hilang sudah janji manis. Redah lautan gelora? Ohh beraninya aku? Ada ke orang yang buat? Tak ada pun? Tak pernah dengar dan tak pernah mendapat liputan Majalah Tiga pun? Apa lagi janji? SEHIDUP SEMATI? Emmm, masa hidup pun boleh saja dibuang , apatah pula kalau sudah berada di dalam kuburan? Tanah masih merah, Abang dan tambah satu lagi. Yang sebenarnya mereka berani berjanji kerana mereka tahu orang tidak akan ambil kapak dan belah dada mereka, mereka berani menabur ayat-ayat manis kerana mereka tahu orang tidak akan sampai hati menyuruh redah lautan api untuk pembuktian cinta. Ohh cinta yang sadis, dan cinta pura-pura!

“Percayalah pada abang, abang tidak akan mensia-siakan hidup dinda. Sumpah.” Lagi ayat KLISE.Berani sungguh manusia bersumpah untuk membuktikan kesetiaan cintanya. Tidak takutkah dia andainya satu hari nanti dia dimakan sumpah? Ahh manusia…

Mak Jah tahu itu semua.Mak Jah simpan semuanya dalam kotak ingatan selagi nafas belum padam. Simpatinya pada Mak Cik t ua itu singgah lagi di hatinya. Tapi apalah yang boleh dia buat? Itu semua bukan kuasanya. Dia tiada hak sekelumit untuk masuk campur. Dia hanya boleh mendengar, atau dia hanya boleh melihat, tapi itu semuanya dari jauh.

Apakah nasib malang masih melingkari hidup Mak Cik berselendang hitam itu? Dia ingin sekali bertanya tapi keadaan sungguhlah tidak sesuai. Dia ingin meringankan (kalau boleh) tapi sungguh , dia tidak pasti. Di saat kematian begini, dia tidak ingin pula menambah situasi tidak menyenangkan.

Sebenarnya hari itu, minggu itu, Mak Jah dan Pak Sen menziarahi sahabat lama mereka yang sudah pun pulang ke Rahmatullah. Sahabat dari kecil Mak Jah. Sahabat masa kecil Mak Jah, samalah bererti sahabat masa kecil Mak Cik berselendang hitam itu. Hari kematian kadangkala adalah hari penggabungan semula teman-teman lama yang terpisah.

Perlahan-lahan Mak Jah menghampiri wanita tua berselendang hitam itu selepas semuanya sudah selesai.

“Chik, Assalamualaikum.”
Mak Cik tua yang membelakanginya itu berpaling spontan. “ Jahhh… wa waalaikumussalam”. Mereka berpelukan. Ada air mata tumpah pada pertemuan dua sahabat lama.

“Jah apa khabar?” Selesai berpelukan, Mak Cik berselendang hitam bersuara. Terbayang kegembiraan pada wajahnya. Berpuluh tahun tidak bersua, pertemuan semula memang sesuatu yang mengharukan.

“Khabar baik Chik. Chik macamana? Sihat?” Mak Jah membalas. Dia juga tidak menyangka akan bertemu semula dengan sahabat waktu kecilnya. Walaupun Mak Cik berselendang hitam yang dia panggil Chik itu usianya tua lebih enam tahun darinya, tapi dia menganggap Chik itu sepertilah kakaknya, selain temannya juga.
“Chik macam ni ajelah, biasa aje,” monotonous jawapan yang terpacul. Nada biasa. “ Haa.. mana Sen?” Chik menukar perbualan.

“Tu haa kat sana. Bawah pokok ketapang tu. Jumpa Mail, Dollah, Pak Mat semua.”

“Tak bawa Hany dan Hana?” Chik bertanya pada kedua-dua anak kecil yang selalu dia manjakan ketika mereka masih kecil.

“Bebudak dah besar Chik, mana tinggal dengan kita lagi, semua dah jauh. Hany nun kat ibu kota, Hana nin kat Kuala Pekan, tunggu ikan,” Mak Jah berseloroh.

“Tunggu ikan?” Chik kehairanan.

“Dia kerja dengan jabatan ikan, Chik..tak ada masalah lah kalau bab-bab nak makan makanan laut ni. Di tanggung beres Chik,” Mak Jah mengeluarkan hikayat. “Tanya Hany dan Hana, bebudak Chik tak nampak muka pun? El, Mat, Sham, Zaza semua tu dah ada anak la kot semua eh,” Mak Jah tersenyum. Dia teringat pada kenakalan zaman kecil anak-anak Chik yang berderet seperti gerabak keretapi itu.

“Ohhh.. mereka macam tu lah…” Chik senyum, tapi Mak Jah seperti pakar psychologyst, dapat menafsir riak muka Chik.

“Teringat kat Sham, macamanalah dia agaknya ya, dah besar panjang dah dia,” masih terbayang di ruang mata Mak Jah anak-anak kecil itu, yang umur mereka selang setahun atau dua tahun. Tapi yang paling dia ingat dan sayangnya lebih sedikit ialah pada Shamsul, kerana dia yang mengasuh Shamsul sejak Shamsul masih merah lagi.
“Sham… Sham pun ok, eh jom jumpa Kak Maznah kau,” perbualan dimatikan. Mereka berjalan beriringan ke dapur rumah tua itu. Membantu apa-apa yang patut sebagaimana selayaknya di majlis kematian.

Mak Jah merasa ada sesuatu yang lain.Dia tidak tahu kenapa dan mengapa hatinya seperti mengatakan ada sesuatu telah terjadi. Hatinya bergolak mengatakan itu. Tapi apakah itu? Mulutnya ingin bertanya tapi sama sekali masanya bukanlah tepat. Dan yang penting sekali, dia sendiri pun tidak mengetahui soalan yang harus ditanyanya bagaimana, yang pasti dia tahu ada sesuatu yang tidak kena!
posted by Mirip at 4:54 PM 0 comments

Believe it (or not)




You Are Paper



Crafty and creative, you are able to adapt freely to almost any situation.

People tend to underestimate you, unless they've truly seen what you are capable of.

Deep down, you're always scheming and thinking up new plans. Your mind is constantly active.

You are quite capable of anything you dream of. You can always figure out a way to get what you want.



You can wrap a rock person up in your sheet of trickery.



A scissor person can sneak up and cut you to pieces.



When you fight: No one can anticipate your next move



If someone makes you mad: You'll attack them mercilessly when they're unprepared

Are You Rock, Paper, or Scissors?





You Like Names That Are Forgotten and Quirky



You prefer a name that's offbeat, but not made up.

You like old names that are interesting sounding...



You're the type to name someone after a historical figure or fictional character.

You like a name that has a story behind it... hopefully spanning many generations.



Some female names you might like: Annabel, Clementine, Evangeline, Genevieve, Isadora, Lorelei, and Ophelia



Some male names you might like: Cornelius, Dexter, Ferdinand, Gilbert, Jude, Rafael, and Ulysses

What Kind of Names Do You Like?





Your Heart is Feeling Shy



Your heart certainly has some strong feelings, you're just not sure if you're ready to let them show.

You could be someone's secret admirer, or maybe you just haven't truly expressed how deep your feelings run.

Maybe you're still a little unsure about how you feel... or your unsure about what reaction you'll get.



Deep down, your heart is susceptible to: Clamming up and running away from love



Your current outlook on love: Introspective and a bit detached



Your love life will improve if you: Put yourself out there a little more. If you don't try, you'll never know.



Watch out for: Having a one sided romance - you need to be sure you're feelings are reciprocated

What Is Your Heart Feeling?





You Are a Visual Learner



You tend to remember what you see, and you have a good eye for aesthetics.

You excel at art, design, and computer programming.

You would be an excellent film director - or the next Bill Gates!

What's Your Learning Style?





You Are the Superego



While some people may think first and act later... you often don't act at all.

You rather be safe than sorry, and you take ethics pretty seriously.

Like everyone, you have some pretty crazy desires. But unlike everyone, you restrain yourself.

You have high standards for your own behavior. And you happily exceed them.

Are You Id, Ego, or Superego?





What Your Back to School Personality Says About You



You are fairly driven, but the big win always seems a bit beyond your reach. You lack intense passion.



You are most likely to succeed if you follow a proven path to success. You don't mind putting in long hours to achieve your goal.



Your greatest skill is making something out of nothing. You don't need much to feel inspired.



Your biggest stumbling block in life is time management. You tend to waste time with silly tasks, and as a result, your life can be pretty chaotic.



You're so thankful for everything in your life. It's hard for you to pick just one thing.

The Back to School Test





Your EQ is 87



You've got more emotional intelligence than the average frat boy. Barely.



You're quite moody, and sometimes you find yourself feeling upset without knowing what really caused it.

Your emotions can overtake you at times, and you do tend to become preoccupied with your negative thoughts.



Remember that your emotions don't have to rule your life, and take it easy when you deal with other people.

The world is a difficult enough place - no need to make life any harder for yourself!

What's Your EQ (Emotional Intelligence Quotient)?





You Should Live in a Big City



You don't want anything in particular out of life... you want it all.

You crave new and exciting experiences. And you get bored fairly easily.

Only very big cities can keep you entertained and stimulated.

Where Should You Live?





Your Power Color Is Lime Green



At Your Highest:



You are adventurous, witty, and a visionary.



At Your Lowest:



You feel misunderstood, like you don't fit in.



In Love:



You have a tough exterior but can be very dedicated.



How You're Attractive:



Your self-awareness and confidence lights up a room.



Your Eternal Question:



"What else do I need in my life?"

What's Your Power Color?






What Your Handbag Says About You



You tend to be relaxed throughout the day. You are naturally at peace.



You are a high maintenance person. You feel lost outside of your normal environment.



You are a very creative person. Your life tends to be a whirlwind, but you always seem to pull it together.



You are practical and down to earth. You tend to be a rather reserved and quiet person.



You are a very unique and special person. There's no one else who is anything like you.

What Does Your Handbag Say About You?
posted by Mirip at 2:10 PM 0 comments

HPK




You Have a Melancholic Temperament



Introspective and reflective, you think about everything and anything.

You are a soft-hearted daydreamer. You long for your ideal life.

You love silence and solitude. Everyday life is usually too chaotic for you.



Given enough time alone, it's easy for you to find inner peace.

You tend to be spiritual, having found your own meaning of life.

Wise and patient, you can help people through difficult times.



At your worst, you brood and sulk. Your negative thoughts can trap you.

You are reserved and withdrawn. This makes it hard to connect to others.

You tend to over think small things, making decisions difficult.

What Temperament Are You?


Is that so? Ohh Hany, that's why you should live in the CAVES, any CAVES.Private & confidential.
Answer: Don't worry, Batu Caves is also one of the CAVES. Yeaahhaa
posted by Mirip at 2:05 PM 0 comments

Thursday, October 23, 2008

selingan

"Kalau nasib timbul, timbullah
Kalau nasib nak tenggelam, tenggelamlah
Di hujung-hujung usia ni kalau nak tenggelam
Nak buat macamana, terima ajelah"

Apa perasaanmu mendengarkan kata-kata ini
Dari sesesorang
Yang umurnya sudah mencecah nilai emas

"Kenapa nak tenggelam, timbullah tu"

Rasa yang dulu datang lagi.
posted by Mirip at 12:41 PM 0 comments

Wednesday, October 22, 2008

22iii

Dalam keadaan dia tersedar dan mahu keluar dari terowong gelap hidupnya itulah, dia mahu bangkit melawan dirinya sendiri. Dia mahu bangun , mahu meneruskan kembali kehidupannya yang masih bersisa.

Digagahkan kakinya namun kakinya tidak mahu berganjak dari sudut itu. Dikuatkan tangannya agar dia boleh juga merangkak menggunakan sepasang tangannya, namun tangannya juga bagaikan sudah berkecil hati dengannya, tidak mahu mendengar arahan dan isyarat dari otaknya.

"Ya Allah, kuatkanlah hatiku, dan kuatkanlah fizikku," doanya dalam hati. Dia mengangkat muka ke dada langit, memohon doanya diterima ke Arasy. Dia tidak mahu menangis lagi. Tapi dia takut kalau air kolam matanya pecah lagi.

Dalam keadaan dia tidak berdaya itu, dalam keadaan perutnya yang membunyikan hon-hon tanda kelaparan yang amat, di bawah panas sang suria, dengan peluh berjejeran keluar itu, dia pasrah sekali lagi pada nasib hidupnya.

Betapa tidak sudikah manusia-manusia yang lalu lalang menolongku? Apakah sudah tidak ada simpati pada hati-hati mereka? Sampainya hati mereka.Apakah mereka ingat aku memang merelakan diriku berada di sini? Aku tidak rela, aku ingin hidup lagi, tapi aku tak berdaya.

Apakah kerana aku ini tiada kaitan dengan mereka, lalu keberadaan aku di sini langsung tidak dihiraukan? Apakah mereka sanggup kalau melihat anak, atau abang atau adik, atau bapa saudara atau jiran-jiran mereka atau teman-teman mereka bergelandangan begini? Ahh tentu sahaja mereka tidak pernah merasa apa-apa. Mereka tidak pernah mengalami situasi sebegini. Adik-adik mereka, anak-anak mereka, saudara-saudara mereka, kenalan mereka semuanya orang baik-baik. Semuanya berkerjaya proffesional, semuanya berumah besar dan berkereta besar, masakan aku ini mereka mahu ambil tahu?

Tentu sahaja kalau aku ini mati sahaja di sini, mereka akan bertepuk riang. Tamatlah sudah riwayat sampah masyarakat. Tamatlah sudah riwayat pengemis hina ini. Bertambah aman makmurlah negaraku yang tercinta ini. Tentu sahaja cepat-cepat mereka gali kuburku buat menanamkan jenazahku. Itupun kalau masih ada yang sudi mengimami jenazahku atau menguruskan mayatku. Kalau aku ini hanya dibuang dalam tong sampah hijau tempat persembunyianku tadi?

Ohhhh... Ya Allah, ampunilah aku dan kasihanilah hambamu yang lemah ini.
Ya Allah, Kau terimalah taubatku.

Heyyy mereka yang lalu lalang! Tidak perasankah engkau padaku di sini. Ya, aku tahu yang engkau jijik melihatku. Tapi tolong,selagi nafasku tidak tercabut dari jasad ini, aku masih juga seorang manusia. Dan selagimana aku ini manusia, aku ini sama sahaja dengan kamu. Bezanya, aku ini......

Ya, aku tahu mereka masing-masing sibuk. Aku tahu benar itu. Samada benar-benar sibuk atau buat-buat sibuk, hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu. Samada kesibukan itu benar-benar membawa manfaat pada mereka atau sibuk itu sekadar penghabis waktu, aku tidak tahu. Tapi bagi orang yang sibuk seperti mereka, pastinya jasadku yang lemah di sini tidak akan diperhatikan. Atau mungkin sahaja mereka ini mengganggap aku ini orang gila!

Sibuk. Satu perkataan yang semua orang pun akan katakan dia sibuk. Walhal kalau dia sedang berehat-rehat juga dikatakan mereka sibuk. Atau kalau mereka sedang menonton reality TV juga, mereka katakan sedang sibuk. Harus sebenarnya sibuk itu kayu ukurnya apa? Dengan ukuran kemewahan yang dia miliki tanda dia sibuk bekerja? Atau ukuran anak-anak yang berderet tanda dia sibuk 'mengilangkan' bayi. Atau apakah sebenarnya sibuk itu bagi mereka.

Atau mereka benar-benar sibuk membuat amal jariah. Atau sibuk membantu orang kurang upaya? Kalau begitu, kenapa tiada siapa yang membantuku? Ahh lupakanlah Syamsul. Kenapa engkau masih mengharapkan bantuan orang? Apakah orang-orang itu dapat membantumu? Tidak sama sekali ,Shamsul.

Lalu matanya melihat sekumpulan anak-anak baru pulang dari sekolah. Berjalan beramai-ramai bergelak ketawa melintasinya.

"Dik.... to tolong abang dik,"

Mereka hanya memandang. Ada yang ketawa terkekeh-kekeh. Lalu bercakap sesama sendiri,lalu berlalu pergi.

Lalu pula kumpulan yang lain.

"Dik... to tolong abang te.. telefon hospital." Suaranya sudah terketar-ketar tidak berdaya. Terik matahari telah memakan tenaganya walaupun rohaninya sudah mendapat pencerahan.

Tergambar pada paras wajah anak-anak itu ketakutan. Kalau anak-anak perempuan, mereka cepat-cepat lari dan menekup hidung.

"Ehh orang gila la, cepat lari nanti dia mengamuk habis kita," terdengar suara-suara terlontar dari mulut kecil mereka.

Rupanya waktu itu waktu anak-anak pulang dari tempat menuntut ilmu itu.

Lalu tenaganya makin tiada. Dia ingin bersuara, tapi suaranya tidak mahu keluar.

"A'aah la, ada orang gila mana pulak sesat kat sini?"

"Sesat dari hospital gila mana pulak ni? Tidur kat sini?. Pedulikanlah."

Yang hanya mampu dia lakukan hanya pejamkan mata.Namun telinganya mendengar segala-galanya. Dia telan semuanya.Biarlah kalau mereka menganggap dia gila walaupun dia tidak gila. Biarlah kalau mereka menganggapnya sudah mati walaupun dia belum mati.

Dia pejamkan mata. Kelam dan suram.

-THE END-
posted by Mirip at 1:30 PM 2 comments

22ii

Dia mendapat pencerahan. Sama sekali dia tidak menyangka yang akhirnya dia mendapat pencerahan ini, di sudut penjuru bangunan tua nan usang ini.Di tepi laluan pejalan kaki yang sesekali menerima derapan tapak sepatu manusia. Di bawah panas matahari yang membakar dan yang paling menjadikan dirinya sebakadalah dia mendapat pencerahan selepas keluar dari longgokan sampah sarap Majlis Bandaran.

"SubhanaAllah, Maha Suci Engkau"

"Allahuakbar, Allah Maha Besar"

"Alhamdulillah, puji-pujian hanya untukMU"

Shamsul bertahmid. Automatik mulutnya mengungkap kalimah-kalimah itu yang sudah lama dia tinggalkan. Sejak dia melepasi alam kanak-kanak, menginjak alam remaja, di saat jiwanya penuh dengan pemberontakan. Sejak kemarahan dirinya menyala-nyala , ingin mencari jalan keluar, namun sayang seribu kali sayang jalan yang terlalu menyimpang yang dipilihnya.

Dia meraut mukanya. Membawa pada raupan seluruh anggota yang terjangkau dengan tangannya. Dihembuskan angin dari rongga mulutnya membunyikan "fuh, fuh".
posted by Mirip at 1:23 PM 0 comments

Tuesday, October 21, 2008

Titipan untuk mereka (bertiga)

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Engkau berikan mereka kekuatan
Walaupun aku tahu mereka sudah ada kekuatan itu.

Ya Allah Ya Tuhanku
Walaupun sejuta orang mengatakan mereka bersalah
Tapi aku tetap mengatakan mereka di pihak yang benar

Ya Allah Ya Tuhanku
Walaupun pada mata dunia, orang melihat mereka sang petualang
Tapi aku tetap melihat mereka sang pejuang

Ya Allah Ya Tuhanku
Memang hukuman tembak itu satu kezaliman
Apakah salahnya kalau mereka dihukum pancung
Seperti yang mereka minta
Agar mereka tidak sempat merasa kesakitan yang berbisa
Dalam tempoh yang lama
Tapi kalau dunia ini memang seperti ini
Kalau dunia memang sudah merangkak terlalu tua
Kalau dunia memang diperintah oleh manusia-manusia yang sudah terbalik
Aku tidak berdaya

Hanya ini titipan terakhirku
Buat membuang rasa gelisahku
Dan rasa simpatiku yang membuak
Tidak tertahan menanggung rasa batinku
Walaupun aku tahu bukan simpati dunia yang mereka minta

Ya Allah Ya Tuhanku
Mudah-mudahan syahid yang mereka dapatkan
Hanya itu balasan yang harus mereka dapatkan

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau tunjukkan kami kebenaran
Dan Engkau tunjukkan mereka kesahihan

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku ini semut
dan aku tidak mampu melawan raksaksa
Aku ingin sekali menggigit raksaksa
Tapi aku tidak berdaya kalau hanya aku seorang
Seekor semut tidak akan mampu menghumbankan seekor raksaksa
Tapi kalau jutaan semut yang menggigit
Aku pasti lambat laun raksaksa itu akan jatuh juga.

Ya Allah Ya Tuhanku
Biarkan nama mereka bertiga kekal bersemadi menjadi sejarah.
posted by Mirip at 8:27 PM 0 comments

24

AL LAIL

1. Demi malam apabila menutupi (cahaya siang)
2. Dan siang apabila terang benderang
3. Dan penciptaan laki laki dan perempuan
4. sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza
5. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa
6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga)
7. maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah
8. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup *
9. serta mendustakan pahala yang terbaik
10.maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar
11.dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa
12.Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk
13.dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia
14.Maka, kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala
15.Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka
16.yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman)
17.Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu
18.yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya
19.padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya
20.tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi
21.Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.


*Tidak memerlukan lagi pertolongan Allah dan tidak bertakwa kepadaNya.
posted by Mirip at 3:49 PM 0 comments

23

Asy Syams

1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
2. dan bulan apabila mengiringinya
3. dan siang apabila menampakkannya
4. dan malam apabila menutupinya
5. dan langit serta pembinaannya
6. dan bumi serta penghamparannya
7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
10.dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
11.(kaum)Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas
12.ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka
13.lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka:"(Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya
14.Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah)
15.dan Allah tidak takut akibat tindakanNya itu.
posted by Mirip at 3:37 PM 0 comments

22

"Ada bakat juga rupanya temanku ini," sahabatnya itu memuji-muji dirinya. Sengaja dia upkan teman rapatnya itu supaya tidak terus mati jiwanya.

"hehehe"

"Sudah lega kemarahanmu?" Sahabatnya bertanya ingin menduga.

"Emmm... terlalu banyak yang ingin aku perkatakan dan aku marahkan. Tapi aku tidak tahu pada siapa sebenarnya kemarahan itu untuk aku tujukan. Mungkin pada kau kerana lambat datang padaku, pada mereka-mereka yang zalim, pada ayahku sendiri, atau pada pundak diriku sendiri."

"Aku ada kini di sampingmu. Kalau ada marahmu, kau lepaskanlah padaku. Aku akan sentiasa mendengar, menjadi temanmu yang paling akrab. Tidakkah kau ingat aku ini kotak modemmu? Menjadi penawar pada dukamu? Dan menjadi ingatan kiranya engkau terlebih sukatan ketawa?"

"Kau fahamkah maksudku tadi? Kenapa aku marah padamu atau aku akan cepat-cepat hadir di sisimu tika kau berada dalam kemarahan?"

Shamsul diam tidak berkutik. Dipandangnya langit cerah. Kulitnya dibakar bahang matahari. Peluh menitis dan kering sendiri.

"Tidak salah kalau kau mahu menjadi awan. Tidaklah salah kalau kau mahu menumpahkan tangisanmu itu. Tapi alangkah indahnya hidup ini kalau tangisanmu itu tangisan penyesalan dan taubatmu pada segala kisah lampaumu? Atau alangkah gembiranya aku kalau tangisanmu itu tangisan pada malam hari selepas engkau menadah tangan memohon seluruh keampunan pada yang Maha Kuasa. Apakah kau kira, kau bersendirian di muka bumi ini? Kau masih ada aku. Kau masih ada akal warasmu sendiri, dan yang paling penting kau masih ada Tuhan. Kau masih ada Allah SWT , Tuhan yang menjadikan segala awan-awan, segala bintang bulan, ombak dan pantai, yang menjadikan siang dan malam, yang menjadikan aku dan kau."

Diam.

"Lalu untuk apa kemarahanmu? Atau kau marah pada takdir hidupmu sendiri?"

Geleng-geleng kepala.

"Takdir adalah sesuatu yang tidak pernah sesiapa pun tahu. Tapi ianya sudah ada tertulis di Luth Mahfuz. Samada baik atau buruk sekalipun, Allahlah yang Maha Mengetahui. Dia maha mengetahui yang mana terbaik buatmu."

"Lalu, inikah yang terbaik buatku?" Shamsul inginkan kepastian.

"Ya, inilah yang terbaik buatmu.Baik engkau mahupun aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sedetik lagi pun kita tidak tahu. Yang boleh kita lakukan hanya merancang, tapi sebaik-baik perancangan, perancangan Allah yang lebih baik."

"Apakah ini yang terbaik?" Dia menggumam perlahan sendirian. Antara dengar atau tidak. Tapi jelas pada pendengaran sahabatnya.

"Usah lagi difikirkan. Memang ini yang terbaik buatmu."

"Terbaik? Sudah tahu kematian dekat denganku itu terbaik? Aku tidak akan mampu lagi menghirup udara di bumi nan indah ini terbaik? Yang aku akan tinggalkan dunia ini dalam usiaku yang masih sebegini muda ini terbaik?."

"Ya, itulah kebaikannya!"
posted by Mirip at 3:11 PM 0 comments

21

Tiba-tiba, dalam dadanya penuh kemarahan begitu,muzik bertukar rentak.Perlahan tapi makin kuat menerjah lubang telinga mereka. Bukan Terjah Melodi kelolaan Nas Ahmad setiap hari minggu itu, tapi terjahan suara David Arumugam. Lalu Shamsul mengikut setiap bait-bait kata itu sepenuh perasaannya. Nyanyian tanpa hati sepertilah seorang monyet yang bernyanyi di pohon rambutan (apatah pula tanpa bakat), tapi kalau nyanyian sepenuh hati dan jiwa dan raga (dan sedikit bakat), dia tidak ubah seperti Celine Dion menyanyikan lagu berhantunya "My Heart Will Go On".

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap aku

Derita oh derita **
engkau di mana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya


Kalau ada persembahan terbaik, baik pada anugerah Angkasapuri, atau anugerah Skrin, atau Juara Lagu atau juga Grammy Awards atau Chopard Diamond Award, atau paling kurang World Music Awards , sudah pasti akan ada pemenang baru yang menggondol hadiah-hadiah ciptaan manusia itu. Masakan dia tidak menang, kerana gayanya menyanyi diiringi gitar kapok dan lelehan air mata itu, akan pasti membuatkan sang penonton juga melelehkan air jernih itu.
posted by Mirip at 2:54 PM 0 comments

20

Selesai berkata-kata, sahabat barunya itu perlahan-lahan menghilangkan diri. Kehadirannya secara tiba-tiba dan pemergiannya juga secara tiba-tiba. Tapi satu keanehan baru wujud dalam dirinya.Perasaannya juga menjadi baru. Jiwanya baru. Tangannya baru, kaki, mulut, mata,akal fikirnya dan hatinya juga baru. Semuanya baru, yang lama-lama sudah hilang bebas berjatuhan keluar ibarat daki-daki hitam yang gugur dari liang kulitnya.

Dalam kehilangan, dia merasakan keberadaan sahabat barunya itu. Dia merasa dekat dengannya, rupanya kehilangan itu bukanlah bermakna apa-apa kalau masih meninggalkan jejak. Jejak-jejak kehadiran sahabat barunya itu rupa-rupanya membekas dalam dan kemas dalam ruang hatinya. Dalam terowong gelap perjalanannya, dia menjumpai satu lubang kecil cahaya berjaya menerobos masuk, mencelah-celah memberikan dia sedikit petunjuk pada kegelapan hatinya.

Cahaya itu masih jauh, dan jauh sekali.. tidak terjangkau oleh tangannya, apatah lagi kakinya,walau dia ingin sekali berlari mengejar. Batinnya mahu, tapi fiziknya tidak berdaya. Lalu apalagi yang harus dia lakukan?

Sob sob sob. Gugur lagi mutiara-mutiara jernih turun membasahi bumi bagaikan buah-buah tasbih yang jatuh ke lantai selepas putusnya tali pengikat. Bertebaran dan melantun-lantun ke lantai.

Menangis.


Sayup-sayup sahabatnya datang lagi.

"Menangislah lagi. Kalau tangisan itu berjaya mengeluarkan engkau dari derita. Menangislah lagi kalau dengan tangisan itu yang warnanya bertukar dari putih lutsinar kepada merah darah itu berjaya membawa engkau kepada cahaya yang kau cari itu. Tapi kalau sekalipun air matamu keluar menjadi darah tanda engkau menyesal atas segala-galanya, tangisan tanpa tindakan hanya kekal sebagai tangisan. Tidak akan ada apa-apa berlaku. Tangisan penyesalanmu tidak akan pernah memberhentikan pusingan bumi, bulan, dan dunia yang kau kata kejam ini. Tangisanmu tidak akan menjadikan ombak di lautan biru itu berhenti menghempas pantai," sahabatnya datang lagi. Aik dia ingatkan sahabatnya itu sudah menjauh meninggalkannya tetapi rupanya sahabatnya itu tidak sanggup meninggalkannya terkapai-kapai seorang diri dalam lautan dunia ini. Rupanya sahabat barunya itu masih sudi berpaling dan mengiringi hidup sepinya.

"Ahh kawan, tapi ku harap tangisanku boleh menjadi seperti awan. Cantik putih di langit biru. Seperti kapas berterbangan di udara. Satu kedamaian buatku," dia membalas kenyataan sahabatnya.

"Wah, kau sudah bijak berkata-kata."

"Awan seperti juga aku.Awan-awan kumulunimbus itu tidak kekal putih bersih selamanya, seperti awan yang kau lihat putih itu, akan ada waktunya awan itu tidak mampu lagi membendung beratnya, tidak mampu lagi melakukan pemeluwapan. Tidak mampu lagi menanggung beban badannya. Lalu dia muntahkan segala-galanya. Dan manusia seperti aku, seperti kamu, dan seperti mereka akan terimalah bahananya." Dia berhujjah mengalahkan Karam Singh Walia di kaca tv.

"Kau tidak menyukai awan? Kau anggap awan itu kejam kerana menurunkan hujan? Kau anggap awan itu zalim kerana tanpa awan, tiadalah banjir?" sahabatnya bertanya lagi. Sahabatnya ini memang suka bertanya, dan dia akan tetap menjawab selagi ada jawapannya.

"Tidak, bukan maksudku begitu. Maksudku...."

"Maksudmu?"

"Maksudku, awan juga menangis. Kalau awan boleh menangis menumpahkan air matanya pada seluruh alam, menghempaskan pedih ulu hatinya semahu-mahunya, turun dengan lebat bertimpa-timpa, kenapa aku tidak boleh menangis? Sedangkan aku sudah tidak sanggup lagi menanggung beban hidupku sendiri. Bebannya terlalu berat. Sepertilah engkau meletakkan seketul batu besar di atas dadaku di waktu panas terik matahari di padang pasir."

"Seperti Bilal bin Rabah?" sahabatnya menyambung bicara.

"Ya, seperti Bilal. Kalau boleh diibaratkan begitulah hidupku. Engkau memang boleh berkata-kata, kau memang boleh saja mengatakan untuk apa aku perlu menangis. Engkau boleh sahaja mengatakan aku ini penakut atau segala apa saja yang hendak engkau katakan. Katalah apa sahaja wahai sahabatku. Aku sudah pekakkan telingaku. Aku tidak akan marah lagi pada kata-katamu, baik pada kata-kata orang, atau pada kata-kata siapapun lagi."

Diam.

"Kau memang boleh katakan aku begitu dan aku begini. Tapi pernahkah kau selami hatiku? Pernah? Atau tak pernah kau tahu, hatiku ini sarat dengan penderitaan. Derita yang tidak pernah kau alami, usahlah kau perkatakan. Kau tidak akan pernah tahu. Kau tidak tahu pada penderitaan batinku. Ya, yang kalu lihat mungkin sahaja derita fizikalku. Itu tidaklah apa-apa wahai sahabat. Fizikalku yang begini sudah tidak membawa apa-apa makna padaku. Makan atau minumku, tidaklah membawa erti lagi. Samada aku makan atau tidak sebenarnya sama. Kerana kalau aku makan sekalipun, hanya badanku yang makan, tapi hatiku langsung tidak pada makanan yang kuhadap itu."

Giliran dia pula memuntahkan isi lahar marahnya.
posted by Mirip at 2:14 PM 0 comments

19



Ku bawa sekeping hati nan lara berlari.
posted by Mirip at 2:12 PM 0 comments

Monday, October 20, 2008

18

"Tarik nafas...." sahabatnya itu sengaja melengah-lengahkan waktu. Membuatkan dirinya makin tertanya-tanya, dan berdebar-debar laksana berada di depan tok kadi akan melafazkan akad nikah bersaksikan jutaan penonton. Live broadcasting melalui kaca tv, ditonton seluruh umat.

Dia ikut tarik nafas. Perasaannya lega. Hilang keresahan dalam hatinya. Pergi jauh kesedihan dari lubuk hati dan jantungnya. Dia menyedut juga udara yang sudah tidak bersih itu. Dia mendapat tenaga baru. Baterinya sudah dicaj semula.

"Hembus nafas...." sahabat barunya itu berlagak seperti fasilitator di dalam Selamat Pagi Malaysia segmen Gerak Cergas, segmen senaman yang berjaya membuatkan mulutnya akan tersenyum di pagi-pagi buta melihat orang bergerak geri bersenam mengikut irama muzik.

Dia hembus nafas. Keluar semula gas Karbon Dioksida dari kedua lubang hidungnya dan mulutnya. Gabungan molekul dua atom oksigen dan satu atom karbon itu lepas bebas menerawang ke udara. Mengembalikan kembali nyawa tumbuh-tumbuhan. Makhluk hijau di atasnya tadi gembira kerana kembali diberi nyawa, rumput-rumput jauh di depan matanya bersorak riang kerana kembali mendapat nyawa, pokok-pokok kecil yang ada berhampiran dengannya meliuk lentuk mengebarkan dedaunan bagaikan mengucapkan ucapan terika kasih padanya.

Ucapan terima kasih kepadanya kerana masih menyumbang gas CO2 untuk kesinambungan hidup mereka. Mujur dia masih menghembuskan gas itu ke udara, kalau dia sudah tidak menghembuskan lagi gas itu ke udara, semakin berkuranglah nyawa tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya itu. Satu lagi tanda yang dia masih diperlukan untuk bernyawa di atas muka bumi Tuhan nan indah ini.

Dia balas lenggokan dedaun itu dengan senyuman.

Sesudah perasaannya lega, "Katakanlah siapa dikau wahai sahabat sejatiku?"

"Ceng ceng cenggg"

"Argghh kau ni, tidak sepatutnya ketika aku serius begini kau buat lawak, itu lawak tak kena tempat tu.." dia sempat membebel pada sahabat barunya itu.

"Aku... nama aku H.A.T.I"

"Apa?"

"Ya, akulah hatimu. Kotak modem itu."
posted by Mirip at 4:21 PM 0 comments

17

Mentari sudah meninggi ke langit. Sudut tempat pemastautinnya kini sudah tidak mampu membendung hangatnya sinar matahari. Asap-asap hitam berebut-rebut untuk keluar dari ekzos kenderaan, bebas berterbangan, bercampur dengan zarah-zarah udara yang tadi pagi bersih dan suci tanpa kotoran. Udara pagi tadi yang segar, kini sudah mula menampakkan keuzurannya. Udara pagi tadi yang nyaman,yang mampu memberikan dia satu lagi nikmat dunia tanpa ada 5% service charge atau 5% government tax, sudah hilang kesuciannya. Zarah hitam itu mudah benar meresap dalam zarah-zarah yang tadinya putih seperti kapas, sedikit demi sedikit bertukar menjadi kelabu.

Putih- Kelabu -Hitam.

Analogi seperti dirinya.

"Rupanya begini nasibku, satu analogi baru."

"Pandai kau berkata-kata?" suara tadi datang lagi.

"Yah, memang itulah kenyataannya."

"Tapi ini bukan kelas analog, diri kau bukan transisi pertukaran dari analog ke digital atau digital ke analog," suara itu ketawa.... "ehehheheh"

Dia senyum sendirian, "ahh pandai kau buat lawak ya?"

"Tentu!Aku kan kotak ajaib. Boleh sahaja aku jadi pak lawak pada dirimu kan?"

"Tapi kenapa? Kenapa kau buat lawak pula saat-saat aku begini?Untuk apa lawakmu untuk orang seperti aku?"

"Shamsul...Shamsul..."

"Kau tahu namaku?"

"Kenapa tidak? Aku kan dirimu?"

"Diriku?"

"Iyahh... kenapa? Kau sudah tidak kenal pada dirimu sendiri?"

"Ehh Aku kenal diriku. Aku tahu siapa diriku."

"Jadi, siapa sebenarnya dirimu?"

"Aku adalah aku," dia menjawab penuh keyakinan.Bibirnya mengukir senyum lebar.

"hahahahh.. Bagus, bagus.. kau sudah menjadi dirimu semula."

"Maksudmu?"

"Kau sudah pandai menghiburkan hatimu sendiri. Kau mahu tahu aku tadi kan? Kau anggaplah aku ini modem."

"Modem?" Dia menggaru kepalanya.

"Ya modem, modem yang boleh menukarkan gelombang analog pada digital. Atau digital pada analog. Seperti yang aku katakan tadi."

Diam.

"Di saat kau kepedihan menanggung sengsara, aku ada di sisimu. Di saat kau menangis kepiluan, aku ada di dalammu. Di saat kau tidak ingin hidup lagi, aku ada untuk terus menghidupkan dirimu."

"Tapi siapakah kau, sang suara yang baik hati, yang di saat orang lain menjauh padaku, kau datang dekat padaku, dekat di sisiku, siap menjadi pak lawak buatku?" Dia sekali lagi bertanya inginkan kepastian.

"Aku...heheheheh kau mahu tahu?"

"Mestilah"

"Baca pembuka kalimat pada sesuatu yang akan kau usahakan dahulu,"arah sahabat barunya itu.

"Apa dia?"

"Itupun kau tak tahu? MasyaAllah..."

Geleng-geleng kepala. Malunya dia bukan kepalang.

"Bismillahirrahmanirrahim..... ikut aku."

"Laa.... Aku tahu itu."

"Tahu, tapi tak amalkan?"

"Bismillahirrahmanirrahim.OK? Cakaplah siapa kau?" Dia seolah tenaga baru. Rupanya dia ada seorang sahabat yang dia tidak kenal selama ini. Baru kali ini sahabatnya ini muncul.

"Ohh sabar.. sabar.. wahai sahabatku"
posted by Mirip at 3:55 PM 0 comments

16

Langau-langau berterbangan mengelilingi segala bahan buangan di situ.
"Uweng weng wenggg", berdengung-dengung mereka menyanyikan lagu kegembiraan menandakan kenyangnya perut mereka hari ini setelah diisi segala macam yang boleh disumbat. Ironinya, kalau tikus-tikus di situ, lalat, langau, kucing, ayam dan itik itu merasa nikmat pada kekenyangan, dia pula merasa kepedihan perut yang melampau akibat asid yang sudah tumpah dari sarangnya, mengacau-ngacau bagaikan senduk di dalam kuah kari kedai mamak, memenuhi segala ruang dalam perutnya.Perutnya sekali lagi membunyikan irama Senandung Semalam.

Ada juga lalat hijau. Menerawang pada dypers yang dibuang orang sesuka hati. Tanpa ada sedikit rasa malu,yang sepatutnya lebih eloklah kalau ada balutan plastik hitam di luar badannya. Bau hancing menerawang dan bebas di mana-mana.Sadis!

Ketika air matanya sudah kering sesudah mengalir di pipi keringnya itulah, setelah dia sudah tidak cukup nafas menekup hidung, setelah ilusi matanya sudah cukup yakin melihat lelaki-lelaki berpakaian putih itu sudah hilang ditelan bangunan-bangunan lama di situ, dia gagahkan dirinya keluar dari situ.

Perlahan tapi pasti.Satu langkah, dua langkah, langkah demi langkah.

Masa terus berdetik meninggalkan dia.

Beberapa orang yang lalu lalang pada bandar koboi ini sekadar memandang tanpa ada yang mempedulikan dirinya. Dan dia sendiripun sudah tidak kuasa lagi untuk mempedulikan dirinya sendiri.

Dia lalu duduk bersandar pada sudut dinding bangunan tua itu. Ada makhluk-makhluk hijau tua juga seperti dirinya,basah dan lekit menumpang tinggal di dinding yang tua itu, yang sudah tinggal kulitnya. Yang kelihatan hanya batu bata kemerahan tanpa simen. Sepertilah jua dirinya yang tinggal kulit membaluti tulang belulang. Isinya sudah hilang entah kemana ditelan waktu.

Dia dan bangunan tua di bandar koboi itu. Sepertilah dia dengan pizza hut dan cheese yang tidak dapat dipisahkan. Sehati sejiwa dan sehati berdansa. Walaupun untuk dirinya sedansa itu terlalulah jauh dan jauh dari dirinya.Jauh seperti bulan dan bintang di malam hari. Tidak terjangkau bukan sahaja dengan tangannya, tapi dengan fikirannya.

Dia melepaskan lelahnya dan mengambil sedikit udara segar. Terasa seperti baru sahaja dia menikmati hidup yang sepuas-puasnya, dapat lepas dari menghirup udara yang menggegarkan urat sarafnya sebentar tadi. Tentu ada sel-sel darahnya yang merajuk tidak mahu hidup lagi, tidak mahu menghantar bekalan makanan lagi pada tisu badannya akibat hidungnya yang telah menghidu bau-bau wangian itu.

"Biarkanlah, biarkanlah kalau kau mahu mati sekalipun. Aku pun tidak memaksa kau untuk terus memberikan oksigen padaku.Aku pun tidak mahu kalau darahmu ini mengalir lagi dalam badanku.Aku pun tidak mahu, aku tidak mahuuuu."

Dia pejamkan mata. Keluar lagi air mata dari kelopak matanya yang dulu seindah matahari. Tapi kini sudah berbalam-balam tiada sinar lagi, walaupun sinar matahari membias nyata pada paras wajahnya.Menyengat dan menggigit kulitnya.

Lalu ada suara perlahan membisik...
"Apa yang kau tidak mahu?"

"Aku tidak mahu hidupppp," dia membentak keras, keluar jelas melalui lohong suaranya,ahh aneh peti suaranya mampu berfungsi dan bergetar sempurna kali ini. Ada beberapa pasang mata melihatnya, kemudian menggeleng-geleng sendirian, terus berjalan meninggalkannya sendirian.

Ahh dia tidak peduli kini. Pedulikan mereka yang melihatnya. Katakanlah apa sahaja.Atau paling senang, angkut diriku, letakkan aku dalam bot laju, bawakan aku ke tengah samudera nan luas,humbankan saja aku ke laut. Agar senang hidupku, agar diriku mudah menjadi makanan ikan paus, atau ikan jerung.Atau menjadi makanan lazat sekumpulan ikan bilis. Agar nanti yang tinggal nanti sekadar namaku sahaja di dunia yang kejam ini. Tapi... tapi adakah ikan yang ingin memakan diriku? Sedangkan aku ini sendiri seperti ikan kering?
posted by Mirip at 3:22 PM 0 comments

Friday, October 17, 2008

1iA

Berirama senandung semalam
ku terkenang peristiwa silam
di mana aku dan si dia
cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang dirasa
ku dibuai oleh angin senja
budimu yang seikhlas itu
akulah kasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
di taburan bunga pusaramu

Ku berdoa agar dikau
aman bertemuNya

Ooh kenangan tinggallah kenangan
engkau pergi telah ditakdirkan
diriku termenung menjauh
bersama senandung semalam


Dia meneruskan pemanduannya. Terasa masa terlalu lambat berjalan. Dia ingin cepat sampai ke rumah ibunya. Tangan kirinya menekan punat di tepinya lalu ruang udara dalam keretanya dihiasi dengan bunyi dari corong speaker di belakang keretanya. Ahh rupanya DJ radio itu bagaikan mengerti perasaannya.

Hany hanya mendengar. Telinganya tekun mendengar setiap bait-bait lagu dendangan 'LorongKucing' itu. Dia teringat pada mendiang Loga, pantas ruang fikirnya terbayang pada David Arumugam yang terkenal dengan trademark 'terima kaseyyy'nya itu.
Pada masa yang sama dia seperti ingin berlari dan memeluk DJ yang bertugas pada masa itu. Serasa ingin sekali dia mengenali DJ yang pandai menebak hatinya pada waktu dan ketika ini.

Memang, tidak semua bait-bait itu terkena tepat pada batang hidungnya. Tapi rasanya pada ketika ini, lagu itu benar-benar menduga hatinya.Dia kehilangan dan lagu itu juga menceritakan perihal kehilangan. Walaupun dia dan Abang Sham tidak pernah bercinta.Dia pun tidak tahu apa itu cinta waktu-waktu begitu.Tentu sahaja tidak tepat untuk dia bandingkan keseluruhan lirik itu dengan dirinya, namun kalaupun tidak seratus peratus sama, ya lagu itu 80% nya sudah tepat mengenai perihal dirinya saat dan ketika ini.

Kini tinggal kenangan belaka
di taburan bunga pusaramu

Ku berdoa agar dikau
aman bertemuNya
posted by Mirip at 2:05 PM 0 comments

12



Tulip- tulipha- tulipmania.
posted by Mirip at 1:59 PM 0 comments

11



Patah Sayap Terbang Jua
posted by Mirip at 12:50 PM 0 comments

Monday, October 13, 2008

10

Jarum jam di dinding usang itu tetap juga berjalan. Detik demi detik tanpa menunggu lebih lama. Dia tersedar dari lamunan jauhnya,menerawang kisah yang berkurun-kurun ditinggalkan.

Dia lekas tersedar bahawasanya masa tidak pernah dan tidak ingin pun mahu menunggu manusia. Masa tetap juga akan berjalan samada setiap manusia itu sedar ataupun tetap tidak sedar. Samada setiap yang bernyawa itu pandai menggunakan masanya yang tidak pernah jenuh bergerak itu ataupun masih gembira riang ria pada kehidupan yang sementara.

Memandang jam di dinding yang berpututar ke kanan itu, dia lalu teringat bahawasanya kaum Yahudi dan Nasrani itu tidak pernah berheni dari berusaha menyesatkan umat yang selain dari agama mereka sendiri. Betapa walau dia sedar hakikat yang imannya dan ilmunya dan amalnya terlalu cetek berbanding tahap umurnya yang makin meningkat, namun dia sedar kini yang fikiran dan tenaga kaum-kaum yang telah diceritakan dalam kitab agamanya itu tidak pernah putus mengerah akal fikir mereka untuk menjerat umat lain, lalu meramaikan umat mereka sendiri.

Pernah satu hari,ketika dia termenung sendirian mengenang nasib malang dirinya, ketika dia putus harapan lagi untuk hidup, telinganya dihidangkan dengan gelombang radio IKIM.FM.Suara yang keluar dari corong radio kecilnya menarik hatinya dan menarik perhatiannya untuk lebih lama mendengarkan saluran itu. Saluran yang tidak pernah pun dia dengari sebelum ini.

"Mereka memang pintar. Masakan tidak pintar?Diciptanya jarum jam itu bergerak ke kanan. Untuk apa itu ya?Jawapannya tidak lain, hanyalah untuk melalaikan dan tidak mahu manusia mengingat pada ibadat tawaf di Mekah. Tawaf 7 pusingan kaabah itu harus ke kiri, bahu kiri yang mengadap pada sisi kaabah. Tidak sah kalau orang itu salah pusingan. Lalu mereka ciptakan jam itu ke kanan. Ya, supaya manusia sedikit demi sedikit bisa melupakan tawaf, perlahan meninggalkan Mekkah dan Madinah dari kamar hatinya, dan sedikit demi sedikit tidak lagi mengamalkan ajaran agamanya, lalu tiadalah lagi pakaian Islam di badannya."

Dia mendengar penuh minat dan khusuk. Keriuhan sekeliling tidak lagi dihiraukan. Yang masuk ke gegendang telinganya hanya bait-bait seterusnya pengajaran dari Sang Ustaz. Segala bunyi bising lain tidak lagi dia benarkan masuk ke cuping telinganya apatah lagi gegendang kenyal telinganya. Terasa menyesal kerana lambat memusing tombol radio ke gelombang yang penuh ilmu itu.Tentu banyak lagi ilmu baru lain yang akan dia pelajari kalau dia lebih awal memutar tombol itu.Tapi fikirnya lagi, tidak mengapa dan tidak perlu memikirkan perkataan KALAU kerana KALAU itu sesuatu yang tak akan pernah wujud dan tak akan kembali pun. Masa sudah pun dia tinggalkan dan terlepas dari genggamannya dan tidak akan pernah berulang lagi.Lalu dia bersyukur juga kerana tangannya masih diberikan hidayah untuk memusing-musing tombol itu tadi. Dan terhenti pada saluran itu kerana siarannya yang jelas. Dibuatnya tangannya laju memulas tombol, dan melepasi gelombang radio ini, tentu sahaja dia tidak akan pernah tahu kewujudan siaran ini. Mujur tangannya menukar siaran dari siaran yang menggelarkan dirinya stesen radio nombor satu seantarabangsa ini. Rupanya kalimat MUJUR dan KALAU itu merupakan satu pertentangan sifat.

Bibirnya mengukir senyum sendiri kerana akal fikirnya sempat melontarkan neutron-neutron kecilnya ke partikel di saraf otaknya. Betapa orang-orang ini sangat pandai bermain ilmu psikologi.Kenapa tidak? Siapakah sebenarnya yang meletakkan angka-angka nombor itu. Adakah pendengar sendiri ataupun hanya sekadar taktik perniagaan untuk menarik rating syarikat sendiri. Kalau dari pendengar, tidak pernah pula dia mendengar ada anugerah atau kaji selidik atau segala mala yang boleh ditakrifkan sebagai ujian pengukur kepopularan stesen itu. Lalu, akhirnya dia mendapat jawapan. Kadang-kadang manusia tidak segan silu mengangkat diri setinggi langit atau dalam masa yang sama menjunam orang lain sedalam dasar laut semata-mata demi kepentingan diri sendiri.

Mendengar kata-kata sang Ustaz, dia lantas tersedar bahawa apa jua yang terjadi pada dirinya selama ini adalah hasil dari perencanaan kaum-kaum itulah jua.Ternyata kaum-kaum itulah yang berjaya, dialah sebaliknya yang telah gagal.Gagal mengemudi arus gelombang dan tsunami kehidupannya sendiri. Apatah lagilah pula mengemudi negaranya, dan lebih penting dari semua itu, mengemudi agamanya sendiri. Menitik mutiara-mutiara jernih dari tubir matanya membasahi bantal tempat pembaringannya.Basah bantalnya dengan air jernih itu, seolah membasahi juga kolam hatinya yang selama ini kering kontang kegersangan.Dia menangis semahu-mahunya.Walaupun tidak akan ada sesiapa yang akan perasan pada tangisannya dalam keriuhan rumah kecil itu.
posted by Mirip at 11:33 AM 0 comments

Thursday, October 09, 2008

9

Dia terjaga pada pukul empat setengah pagi. Mujur dia tersedar pada waktu yang telah dirancangkannya. Dia mengintai pada jendela di luarnya. Suasana yang sunyi dan tenang itu menjadikan hatinya sebak. Dia sudah biasa kesunyian dalam keriuhan, tapi berada dalam ruang lingkup sunyi yang sebenar-benarnya menjadikan hati halusnya terusik.Inilah waktu yang dirancangkannya.

Ayam jantan pun masih tidak bangun dari tidurnya untuk mengejutkan seluruh penghuni alam. Titis-titis embun masih turun membasahi dan menyejukkan dedaunan. Bunyi kipas dalam kiraan 1 dari 5 kelajuan itu berbunyi ketung, ketung perlahan. Kipas yang agak usang. Tapi sesuailah dengan keadaan di sini yang seperti suasana 20 tahun dahulu masih juga tidak berubah. Samada ada orang yang telah menelan bajet yang diperuntukkan atau sememangnya langsung tiada bajet diberikan pada penyelenggaran tempat ini. Tapi bukan keadaan fizikal tempat ini yang dia kisahkan. Itu tidak pernah menjadi soal pada dirinya. Tempat tidur, baginya cukuplah sekadar pelapik supaya dia dapat melelapkan mata. Itupun kalaulah dia boleh terlelap melupakan segala permasalahannya. Dahulu pun, dia sering sukar melelapkan mata. Kepalanya tepu dengan segala masalah hidup. Sehinggakan dia merasakan yang hidupnya hanyalah untuk menerima masalah. Samada masalah orang lain, apatah pula masalahnya sendiri. Awal hidupnya, terasa semua masalah orang lain itu menghempap pundaknya. Orang lain yang membawa masalah kepadanya, tapi rupanya kini tanpa dia sedari, dan tanpa dia ingini, perlahan-lahan dia pula yang menjadi masalah kepada orang lain.

Dia sempat melihat pada bunga kecil kuning yang tumbuh segar di tepi salur air longkang itu. Selama inipun, kalau dia memandang jendela itu, bunga kecil itulah yang dipandangnya. Dia ingin sekali menjadi seperti bunga itu. Yang dia sendiri tidak pernah tahu namanya. Yang dia tahu bunga itu sering menjadi bunga hiasan di taman-taman. Memandang bunga itu nostalgia lampau zaman kanak-kanaknya diimbau kembali.Dia lalu teringat pada teman kecilnya itu.

"Hany,bila besar nanti, Hany nak jadi apa?"
"Hany nak jadi doktor."
"Kenapa?"
"Boleh ubat orang sakit.Boleh sembuhkan emak demam.Atau boleh betulkan tulang.Macam siku Abang Sham tu," masih terngiang-ngiang di cuping telinganya itu kata-kata nakal dari teman waktu kecilnya.

"Isk, kenapa Hany malu yee?" Dia pura-pura merajuk. Padahal dia tahu teman kecilnya itu tidak akan pernah pandai memujuk. Memujuk itu sifatnya perempuan, tetapi melihat pada temannya yang seorang ini, dia tidak terlalu mengharapkan yang sifat memujuk itu akan terpamer pada perlakuannya.

"Hhehehhe," teman kecilnya itu hanya ketawa kecil.

"Ok tak apa, Abang Sham sokong. Hany mesti boleh." Dia seperti kebiasaan akan menunjukkan sifat menyokong. Hany itu sudah dianggapnya seperti adiknya sendiri.

Hany tersengih sendirian. Tangannya menguis-nguis kayu di atas tanah itu membentuk tulisan. D.R. H.A.N.Y.

"Hany belajar rajin-rajin tau.Hany nak belajar kat mana nanti?"

"Eh mestilah nak ke luar negara.Ada banyak bunga tau kat sana. Boleh main salji. Cuaca pun sejuk macam kat dalam tv tu. Tak de la panas macam sekarang."

"Eleh, eksyennya budak ni. Tapi kat sana tak ada hujan tau? Siapa eh budak yang suka main hujan tu sampai kena marah kat mak dia?"

"Eh Abang Sham ni..." lalu tangannya menumbuk-numbuk belakang Abang Shamnya.

Matanya menitis lagi mengingati semua ini. Hany, aku tau kita sudah jauh berbeza. Tapi aku gembira kerana aku tahu kau telah mencapai cita-citamu. Bisik hati kecilnya. Dia tersenyum sendirian selepas menyeka air matanya sendiri. Hany, Abang doakan Hany selamat dunia akhirat.Abang tahu Hany sudah bahagia kini. Abang ingin sekali berjumpa denganmu tapi itu semua tidak mungkin sama sekali terjadi.
posted by Mirip at 4:28 PM 0 comments

8

Mendengar bunyi yang jatuh itu bukanlah seperti bunyi nangka ranum jatuh. Kerana kalau nangka ranum yang jatuh bunyinya padat kerana isi nangka yang padat. Tapi bunyi yang jatuh itu seperti jatuhan pen-pen dari atas meja ke lantai, kalau boelh dibuat tamsilannya. Bunyinya ringan, tapi bagaikan terdengar pula suara sayup-sayup berkumandang mengisi ruang bunyi tulang temulang itu meratap-ratap kesedihan.

"Krekkkk...."

Mungkin saja tangannya yang sedia bengkok sejak dari kecil itu menambah lagi sudut belokannya. Tangannya yang menjadi identiti pada dirinya kerana lain dari yang lain. Kalau memandang tangannya sepintas lalu, tangannya sama juga seperti orang lain. Tapi cubalah kalau orang memandangnya dua tiga kali, pasti ada kelainan di situ.

Pertemuan dua tulang di sikunya itu terbonjol keluar. Tidak mahu masuk ke dalam sarungnya. Jadi sesiapa yang menyentuhnya akan dapat melihat bucu tulang itu. Walaupun ada orang yang memanggilnya cacat kerana tangannya begitu. Dia sama sekali tidak pun menganggap dirinya cacat kerana Allah memang memberinya fizikal yang cukup sifat. Cumanya dia masih ingat ketika umurnya 7 tahun, ketika umurnya tengah lasak-lasak begitu, dan ketika dia memanjat pokok-pokok di sekitar halaman rumahnya itu, dia terjatuh. Lalu tangan kanannya itu patah. Ketika mahu disambung oleh pakar patah di kawasan itu (mereka memanggilnya dengan nama gelar TOK BOMOH PATAH), tulang-tulangnya tetap tidak mahu masuk ke dalam kedudukannya. Sudah habis daya Tok Bomoh Patah itu mengatur-ngatur, menggosok-gosok tetap juga tidak mahu. Sudah habis daya juga dia meraung-raung kesakitan. Akhirnya kata putus dipersetujui bersama, supaya biarkan saja tulang itu begitu. Ketika kecilnya memang dia juga merasa kelainan pada sikunya itu. Tapi lama kelamaan, semakin dia membesar, semakin dia meningkat usia akhil baligh, dia sudah menganggap itu adalah bahagiannya.

"Biasalah tu, tanganku istimewa, siku korang ada macam siku aku?" begitu dia membalas kalau ada teman-teman kecilnya yang mengejek atau ketawakan dia kerana sikunya yang terbojol keluar. Kalau dilihat pada sikunya, akan terjadi dua kejadian. Pertama akan timbul perasaan kesian pada dirinya tapi tidak kurang juga benjolan tulang itu menjadi satu kelucuan kepada sesiapa yang memandang.

Dia pejamkan mata. Hanya raut muka yang dipamerkan menandakan dia berada dalam keadaan kesakitan yang amat sangat.

Penghuni lain yang sama-sama mendiami bilik itu kebanyakannya sudah pun tidur. Samada buat-buat tidur kerana tidak mahu menolongnya atau memang sejak dari tadi berjaya melelapkan mata melupakan kesakitan masing-masing.Ada seorang dua yang masih belum tidur datang menghampirinya.

"Kau angkat lah, kau yang tolak tadi kan?" wanita berpakaian putih A mengarah pada wanita B.

"Aku tak tolaklah, kau sendiri nampakkan. Dah kita tengah bersihkan, gerak-gerakkanlah badannya," balas wanita B. Eleh padahal dia pun sama buat jugak tadi, sekarang dah jatuh mengata aku, bisik hati kecil wanita B.

Badannya yang sekeping itu dibalut dengan kain selimut. Perlahan-lahan diangkat dan diletakkan di atas tilam putih itu oleh 2 wanita dan seorang penghuni lain.

"Terima kasih," dalam serak menahan kesakitan dia sempat mengucapkan kalimat itu.

Penghuni lelaki berumur 40-an itu menepuk-nepuk bahunya yang juga tiada isi itu. "Sabar ya." Perlahan tapi dapat didengari oleh lapan cuping telinga yang ada di situ. Mungkin juga sabar itu ditujukan juga buat dirinya sendiri yang entahkan bila akan sembuh.

Wanita-wanita itu meninggalkan dia selepas membetulkan posisi pembaringannya. Ditekan-tekan dadanya buat seketika. Untuk pemeriksaan luaran barangkali.Ataupun sekadar buat-buat memeriksa supaya tidak dilapor penghuni lain akan kecuaian mereka.Cuai atau sengaja atau tertekan tidaklah pula dapat dipastikan, dalam kategori apakah kejadian itu harus diletakkan.

"Tidak ada apa-apa ni," wanita B berpaling pada wanita A. Sebenarnya memang geramnya pada pemuda ini melonjak-lonjak tadi kerana pemuda ini telah mengganggu perbualannya dengan sang arjuna hatinya. Perbualan mereka harus diputuskan oleh kerana adanya manusia seperti pemuda ini. Itu yang tadinya dalam keterpaksaan dia seolah membentak-bentak dalam menjalankan tugasnya.

"Duduk diam-diam ya,kang patah pula tulang tu," ada nada benci dan meluat yang terpancar dari ayat itu. Perlahan tapi menusuk dalam ke hatinya. Tapi tak mengapa, dia sekadar menelan sahaja apa pun yang orang katakan.

Dia hanya menganguk perlahan. Tidak mampu lagi bergerak lebih dari itu. Seluruh badannya bisa sekali.Bisanya seperti tulang-tulang yang ada dipatahkan, dan muncung yang patah itu menggigit, mengoyak seluruh sendi, seluruh otot-otot dan seluruh organ-organ dalamannya. Baik organ sistem pencernaannya yang baru sahaja tadi bekerja sepenuh daya memproses segala hasil makanan tadi. Tentu, perut, pankreas dan usus-ususnya yang berselirat itu terasa bersalah sekali kerana hasil daya juang mereka tadi,inilah natijah yang diterima oleh tuannya.

Dirinya menahan kesakitan itu. Dari ekor matanya dia melihat dua wanita itu sedang berbual sesama sendiri. Yang seorang menyandang beg tangannya dan terus keluar. Tinggallah yang seorang lagi duduk di meja, mendail-dail benda ditangannya itu. Dia sama sekali tidak akan memanggil mereka lagi.

Dia kuatkan hatinya.Dia mahu tidur. Dia mahu melupakan kesengsaraannya hari ini.Esok pagi di saat orang lain masih tidak bangun, dia akan melakukan rancangannya.Dia sudah nekad.
posted by Mirip at 3:43 PM 0 comments

7

Dia pasrah lagi.

"Kau ni, tak sudah-sudah menyusahkan orang jelah," ngomel wanita pertama.Tangannya cepat-cepat memegang kain selimut putih. Menambah lagilah pekerjaannya. Baru sahaja dia mahu berehat-rehat menunggu waktu shifnya tamat. Ingin dia pulang ke rumah berjumpa suaminya dan anak-anak yang menunggu. Ini mamat ini buat hal lagi.

Dia sekadar diam. Tidak layak pun dia bersuara. Dia pun tahu yang dia sudah pun menjadi bebanan pada manusia hidup yang lain.Bebanan pada manusia beruniform putih itu yang akan tamat shift kerjanya. Mencuri masa rehatnya . Mencuri pula masanya dan anak-anaknya. Sesekali dia jatuh simpati pula pada anak-anak wanita itu. Dia takut pula kalau anak-anak kecil wanita itu menjadi seperti dirinya.

Wanita yang seorang lagi walaupun diam tapi jelas kelihatan dari raut wajahnya tahap tension tingkat paling tinggi.Dia juga mengomel tapi tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinganya bahasa apakah yang wanita itu gunakan. Mungkin saja bahasa Siam atau bahasa jawa atau bahasa lombok. Dia tidak tahu walaupun sudah pastilah bebelan itu didedikasikan khas untuknya. Atau mungkinkah juga gegendang telinganya sudah hilang kekenyalan fungsi. Sehingga tidak dapat menafsir butir bicara orang di depannya.

"Cubalah lembutkan badan tu," arah wanita A.

Dia sendiri telah cuba melembutkan badannya. Bukannya dia ingin semuanya ini terjadi. Kalau boleh, dia tidak ingin pun menyusahkan mereka. Tapi apalah dayanya. Sudah suratan hidupnya begini.

Dia tidak mahu air matanya tumpah di depan wanita-wanita ini. KErana yang akan dia dapatkan nanti bukan simpati tapi tetap sumpah seranah.

"Pusinglah badan tu, kita nak bersihkan ni." keras suara wanita B. "Ingat wangi ke?"

Wangi tak wangi pun, hajat kau wangi ke? Ingin sahaja dia lemparkan ayat itu pada singa-singa itu namun sekali lagi apalah dayanya. Hanya tersekat di kerongkongnya sahajalah.

Sedang dibersih-bersihkan, ditolak , dipusing-pusing, dimarah begitulah, dia pun sudah tidak tahu tahap kemaluannya harus disembunyikan bagaimana lagilah. Mukanya kalau boleh diukur sudah tidak ada pembaris untuk mengukur. Rasanya seperti dia tidak ada muka lagi. Di saat itulah, tiba-tiba gedebuk suara berbunyi.

Dia tersenyap mengaduh tanpa suara.Kaku tidak bergerak.
Rasannya habis tulang temulangnya berserakan patah dan menusuk organ dalaman.
Kesakitan yang dirasai amat menikam.
Mungkin juga inilah nafas terakhirnya.

Apakah yang telah terjadi?
Rupanya dia telah terjatuh dari katilnya.

Kedua-dua wanita itu terperanjat.Sedikit sebanyak mereka juga menyesal kerana bertindak terlalu keras pada pemuda tidak berdaya itu.
posted by Mirip at 12:20 PM 0 comments

6

Manusia memang akan merasa takut pada sesuatu yang dia tidak bersedia menghadapinya. Ada yang takut kalau tidak bertemu jodoh, kerana tidak bersedia hidup sendiri. Tapi sudah berumahtangga, takut pula kalau jodoh tidak panjang, bercerai samada hidup atau mati kerana juga tidak bersedia hidup sendiri. Jadi akhirnya sama juga ketakutan itu samada jodoh sampai atau tidak.

Ada pula orang yang takut kalau dia hilang sumber pendapatan, hilang pekerjaan kerana dia tidak ada sumber lain untuk menampung perbelanjaan keluarga. Ada pula yang pemnaduannya di jalanraya pada waktu malam bagaikan hantu kerana dia sebenarnya terjumpa dengan hantu. Tapi sebenarnya hantu yang dia sangkakan itu rupanya helaian daun pisang. Lembaran daun pisang itu mengepak, dan memanglah kalau dilihat di bawah sinar bulan, akan kelihatan seperti hantu yang tinggi yang memakai jubah pakaiannya. Sinar bulan yang membias itu dilihat seperti rupa dan jubah hantu.Dan berbagai lagi ketakutan yang melanda diri manusia.

Rupanya resah gelisah dan ketakutan itu satu kembar. Manusia gelisah sebelum mendapatkan sesuatu dan manusia takut pula kalau apa yang dia resahkan selama ini sudah didapati, Tapi dia takut pula benda itu hilang.

Bagi dirinya sendiri, keresahan yang tadi bersarang, akhirnya timbul menjadi ketakutan yang benar-benar terjadi.

Dia ingin bangun, tapi sepertilah yang pengarang ceritakan tadi, dia tidak berdaya.

Setelah 2 minit,3 minit berlalu, akhirnya ruang molekul-molekul udara yang sebelum ini suci murni, bersih dan wangi bau ubat yang menusuk rongga hidung, akhirnya tercampur jugalah dengan bau yang dia hasilkan.

Mula-mula hanya dia seorang yang dapat merasai bau 'harum semerbak' itu, tapi dia dapat rasakan yang penghuni jirannya yang selang beberapa katil itu juga dapat merasainya. Walaupun disembunyikan dengan menyelimuti badannya berkali-kali, tapi dia tahu jirannya itu terganggu juga dengan lepasan bom dan segala mak neneknya itu.

Penjelajahan molekul yang berbau harum itu akhirnya tiba juga di bawa angin ke penjuru sana. Penjuru di mana manusia berpakaian putih sedang bersantai-santaian. Seorang darinya yang agak muda sedang rancak berbual menggunakan alat elktronik yang kecil canggih itu. Tidakkah dia ketahui berbual berjam-jam itu akan merosakkan saraf otaknya kerana aura gelombang elektronik itu? Sempat dia mengomel sendirian memujuk hatinya yang ketakutan kerana lepasan hajat itu.

Dia berusaha untuk bangkit dari tempat pembaringannya. Sejurus itu juga dia mendengar dua pasang telapak kaki menghampirinya. Dari ekor matanya, dia tahu dua singa itu sedang datang untuk membahamnya untuk kesekian kalinya.
posted by Mirip at 11:54 AM 0 comments

5

Petang itu, di waktu makanan yang menyelerakan (makanan biasa tapi pada pandangannya seperti makanan hotel) itu terhidang di matanya, dia gagahkan juga dirinya menjamah.

Dia mahukan tenaganya kembali pulih. Seandainya dia tidak berdaya melawan tangannya sendiri atau dia tidak berupaya memaksa otaknya mengarahkan saraf di tangannya mengangkat dan menyuapkan makanan itu di mulutnya, tentu sahaja tenaganya tidak akan pulih lagi. Sedangkan dia mempunyai rancangan lain apabila tenaganya pulih nanti. Rancangannya pula hanya akan berjaya kalau dia sudah mampu bergerak.

Azamnya kuat. Orang sepertinya hanya itulah sahaja yang tinggal. Kalau pula tidak berazam, tentu sahaja akan dimakan tilam pembaringan.

"Syukurlah, aku dapat makan juga hari ini.Moga-moga rancanganku berjaya. Aku tidak akan menyusahkan mereka lagi."

Apabila manusia beruniform putih yang seorang itu datang, buat pertama kalinya wanita itu menegur "Banyak makan hari ini?" sambil melemparkan senyuman.

"Selera datang kak," balasnya melemparkan senyuman walaupun senyumannya tidaklah seindah orang lain.

"Tak apa, asalkan makan." Manusia berpakaian putih itu meminta diri untuk beredar. Wanita mulia kerana pekerjaan sehari-harinya itu mulia berjalan terus membelakangkan dirinya. Beberapa langkah.

"Kak..." dia memanggil.

Manusia berpakaian putih itu berpaling. "Ya, kenapa?"

"Terima kasih, kak," tuturnya perlahan.

Manusia berwajah tenang itu tersenyum dan mengangguk.

Hatinya sedikit tenang. Pertama dia berharap rancangannya akan berjaya beberapa hari lagi apabila tenaganya sudah kembali ada. Kedua kerana dia sempat mengucapkan ucapan penghargaannya kepada wanita itu. Satu penghormatan tulus darinya dengan kiriman doa supaya hidup wanita itu sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

Pukul 9 malam. Suasana di situ sepi. Jiran-jirannya sudah melelapkan mata. Hanya bau ubat menerawang mengisi ruang. Dan sesekali kedengaran bunyi deringan perlahan dari objek di depan sana yang minta di angkat. Di ruang depan sana di mana lima atau kadangkala empat atau kadangkala 3,2, atau seorang atau kadangkala langsung tiada manusia beruniform putih itu.

Panas tidak selamanya sampai ke petang.
Apa yang dia takuti selama ini terjadi juga. Dia pasrah lagi.
posted by Mirip at 11:35 AM 0 comments

4

Perutnya lapar sekali. Berlagu keroncong. Kadang-kadang bertukar rentak seperti lagu-lagu nyanyian Gun n Roses. Kadangkala pula berbunyi tidak dapat dipastikan butir rentak seperti Linkin Park. Bukan sekali pula bernada seperti Hujan Sudirman atau Keroncong untuk Ana M.Nasir.

Bukannya dia tidak ingin makan. Dia juga seperti orang lain, apabila tiba waktunya perut akan mula menyanyi-nyanyi minta diisi. Berada di sini pun, makanannya tidak pernah tidak cukup. Sentiasa ada on time orang putih kata. Jangan pandang rendah sangat padanya.Ewahh, ah dia tahu juga berbahasa inggeris.Walaupun hanya beberapa patah. Itupun dia tahu melalui kaca tv yang sering dia tonton dulu-dulu. Di saat hidupnya sama juga seperti orang lain.

Walaupun makanan di sini bagi orang lain mungkin langsung tidak menyelerakan, tapi baginya , makanan begini sudah cukup nikmat untuk dinikmati. Kerana dia sudah biasa tidak makan berhari-hari. Atau dia pun sudah biasa menguis-nguis sampah sarap di jalanan untuk mencari sebutir dua nasi mengalas perut. Dia pernah menjadi orang gelandangan. Jadi kalau makanan yang disedikan di sini, pada matanya adalah seperti makanan bertaraf hotel lima bintang di Rennaisance, atau Nikko Hotel, atau paling kurang Hotel Perdana di Kota Bharu.

Dia ingin menikmati makanan-makanan yang berkhasiat yang dia rasa sungguh menyelerakan itu walaupun dia tiada tenaga untuk mengangkat tangan pun. Tapi mujur juga sejak dia dimasukkan ke sini boleh juga dia mengengsut dan bergerak-gerak sedikit.

Dia ingin sekali memasukkan itu ke dalam rongga mulutnya. Tentu saja salur esofagusnya, dan perutnya gembira menerima tetamu yang jarang hadir itu. Namun sayang seribu kali sayang, dia ada 2 masalah menimpa batang tubuhnya sekiranya dia makan makanan itu.

Pertama, untuk makan pun, dia tidak berdaya.
Kedua, kalau halangan pertama dilepasi, masalah keduanya adalah hasil susulan tindakannya memasukkan bahan-bahan itu ke dalam salur perutnya. Dia akan menghadapi masalah besar. Masalah yang hanya dia sahaja hadapinya, sedangkan bagi orang lain itu bukanlah satu masalah pun, kerana sudah menjadi lumrah kehidupan, apabila ada input di depan tentu sahaja ada outputnya di belakang. Tidak perlu dimalukan kerana semua itu sudah menjadi fitrah alam. Apatah pula orang sampai mencipta istilah melepas hajat. Menandakan tingginya tingkat penghormatan proses itu. Dipanggil orang sebagai HAJAT. Tapi dia sebaliknya pula, dia amat takut kalau HAJATnya itu sampai akibat dari tindakannya memasukkan makanan ke dalam mulutnya.
posted by Mirip at 11:16 AM 0 comments