Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, February 15, 2013

3 way relationship - ND Lala - Sharnaaz Ahmad - Shila Amzah...

Lama tidak menjenguk, kali ini aku ingin menulis. Apabila melihat kekusutan yang berlaku di media massa akhir-akhir ini. Isu yang setiap hari dimainkan media melibatkan 3 selebriti -ND Lala, Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.

Entah mengapa aku merasakan mereka dekat denganku walaupun sebelum ini, hanya Shila Amzah yang diminati oleh anak dara kecilku.

Pertama, aku merasa kasihan kerana akhirnya hubungan yang pada mulanya OK menjadi begini akibat  campurtangan media dan tangan.

Sebagai seorang perempuan (adakah aku perasan aku seperti Shila),heheh tidak, aku tahu mengapa ada ciri2 Sharnaaz @ ada perlakuan Sharnaaz yang menyebabkan Shila menyukainya. Aku tidak menyokong Sharnaaz, tetapi melihatkan situasi mereka...

Pertama2, aku tidak menyokong orang yang panas baran.. tetapi ada beberapa point yang aku ingin tuliskan...

Kadang-kadang, orang yang panas baran ini, mulutnya sahaja yang terlebih over, kata-katanya memang menyakitkan hati tetapi dalam masa yang sama, dialah yang paling lembut hatinya... dan  yang paling tidak tahan, sensitifnya mengalahkan orang yang kelihatannya tenang.

1. Daripada pandangan luarnya, Shila ini seorang yang lembut dan bersopan santun. Jadi dia memerlukan @
mudah tertarik hati kepada orang yang dapat melindungi @ protect @ bercakap bagi pihaknya. Melihatkan
hubungan mereka yang selalu menjadi 'anti' para peminatnya, (based on kata2 Shila), dan Sharnaaz yang
selalu mempertahankannya, itu menjadi kunci kepada keserasian mereka. Mungkin juga bagi Sharnaaz, sikap
Shila yang lembut dapat contra dirinya yang panas. Itukan sudah menjadi lumrah alam. Kita tidak tahu
keadaan sebenar, tetapi dari pandangan mata kasarku, itulah yang menjadikan mereka terasa diri mereka ada chemistry. Seorang bersikap lembut dan seorang bersikap protective.

2. Semuanya bermula apabila Sharnaaz mengatakan dia mengongkong Shila "kerana dia bakal isteri saya". Dari satu segi, Sharnaaz bercakap benar, kerana dia ada mengatakan "sebab Shila bukan rakan biasa saya, dia adalah bakal isteri saya,". Bagi lelaki, kalau dia sudah sangat sayangkan perempuan, memang dia akan
sedikit mengongkong, kerana dia sangat takut perempuan itu akan dikebas lelaki lain. Dari satu segi,
Sharnaaz bercakap telus, tanpa menyangka sebenarnya kata-kata ini secara tidak langsung menyinggung
perasaan ND Lala. Disinilah segalanya bermula.

3. Bagi pihak ND Lala pula, aku merasakan dia merasa berat hati melepaskan anak pertamanya kepada Sharnaaz yang dikenali umum dengan sifat panas baran. Silap Sharnaaz pula, apabila melepaskan geram kepada Shila di laman tweeter dengan bahasa yang sangat kasar. Walaupun aku ini ketinggalan zaman kerana tidak tahu apa makna "sakai" tetapi daripada message tweeter itu, dapat diketahui Sharnaaz sangat marah. Disinilah kesilapan pertama Sharnaaz kerana menggunakan medium tweeter. Sebaiknya kalau benar marah, bersemuka, telefon dan tidak menggunakan medium tweeter yang dapat dilihat umum.

4. Bagi seorang ayah pula, adalah tidak masuk akal menyerahkan anak perempuan kesayangannya kepada lelaki yang terang2an(tweeter) bercakap kasar dengan anaknya even belum berkahwin. Pasti ada rasa bimbang dan hubungan yang selama ini direstui, sudah menjadi tawar hati menerima sebagai menantu.

5. Apatah lagi, kini adalah saat Shila menempa nama. Umurnya pula ketika kemenangan 22. Sebagai ibu-
bapa,mereka berat hati melepaskan anaknya ketika anak baru menempa kejayaan. (Aku mengerti kerana pada usia ku seperti Shila, sedikit sebanyak aku alami apa yang Shila alami.. hahahah)

6. Tetapi difikirkan semula, tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka susah. Bagi ND Lala, terlalu
muda lagi bagi Shila untuk memikirkan soal kahwin. Ini kerana perjalanan hidupnya makin panjang, kejayaan
baru sahaja bermula. Sekiranya Shila berkahwin sekarang, semuanya sudah perlu terikat kepada suaminya. Di mana ibu bapa? Apakah usaha mereka sejak Shila masih kecil akan terkubur mahu melihat anaknya berjaya menggapai impian?

7. Apabila tidak tertahan dan melihatkan Sharnaaz ingin juga menghantar rombongan merisik, ND Lala merasa tercabar. Lalu mengeluarkan kenyataan di akhbar. Di sini jugalah kesilapan kedua berlaku. Apabila sudah melibatkan media, hubungan yang OK boleh menjadi KO, apatah lagi hubungan yang sudah retak, akan menjadi barai terus. Berbalas kata dimulai. Dari sini, aku melihat, semuanya sudah terlambat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, alamatnya....

8. Kedua-dua pihak sudah terasa hati. ND Lala mengatakan Sharnaaz biadap, bagiku tidak patut juga
mengatakan orang lain biadap secara terbuka. Kalau benar tidak puas hati, apabila Sharnaaz menghubungi
(atau kalau Sharnaaz tidak hubungi, ND Lala yang bersemuka sendiri). Apabila sudah mula menggunakan
perkataan sebegitu, perkara sudah menjadi besar dan melibatkan banyak pihak.ND Lala terlalu konfiden
apabila mengatakan "saya rasa ibu bapa Sharnaaz juga malu apabila membaca kenyataan anaknya..etc." bagiku tak perlu mengaitkan ibu bapa Sharnaaz, atau apakah kita tahu ibu bapa Sharnaaz turut malu dengan perlakuan anaknya. Bagiku tentu sebagai ibu bapa Sharnaaz, apabila membaca kenyataan ND Lala, mereka bukan malu, tetapi terguris hati kerana mengatakan anak mereka biadap.

9. Shila tersepit antara kekasih hati dan ibu bapa. Tetapi sebagai anak, tentu sahaja anak perempuan akan
memilih ibu bapa.

10. Sharnaaz (atau familinya) juga mungkin ingin menjaga maruah diri mereka. Kalau dah orang tak sudi, tak
perlu lagi merendah diri. ... Yang tersepit adalah Sharnaaz dan Shila..

12. Apabila aku menuliskan sebegini, tidak lah aku bermakna menyokong Shila,@ Sharnaz dan menyalahkan ND Lala sepenuhnya. Semuanya ada silap masing2. Shila dan Sharnaaz juga ada salahnya kerana terlalu terbuka menunjukkan cinta mereka. Kerana kedua-duanya adalah selebriti, hubungan yang kalau bagi orang biasa tidak menjadi kesalahan (isu besar), apabila melibatkan selebriti, riuh satu negara.

13. Apa-apun, Shila dan Sharnaaz ada juga melakukan kesalahan kerana terlalu mesra sebelum
berkahwin.Mungkin kerana alam seni yang biasa dengan keadaan ini @ apa, aku tidak tahu. Tetapi untuk masa akan datang, jaga batas2 perhubungan. Tetapi sekiranya difikirkan dalam2 pula, dunia ini memang tidak sesuai kerana perhubungan sepertinya tiada pemisah.

14. Bagi ND Lala pula, ada sedikit kemusykilan, kalau tidak merestui, kenapakah tidak pada awal2
perhubungan.. sebelum melarat sehingga terbitnya bunga cinta di hati anak-anak... Atau adakah ND Lala tidak kisah sebenarnya Shila bercinta asalkan jangan berkahwin lagi? Sama2 menjaga hati masing2 sekiranya mahu orang menjaga hati kita juga..

15. Apapun, setelah apa yang berlaku, adalah sangat sukar untuk hubungan pulih seperti sedia kala.Luka yang terguris tidak dapat kembali lagi... Sharnaaz mengambil keputusan yang terbaik buat masa ini (mengundur diri)daripada terus bertekak @ berbalas kenyataan. Mengundur diri ada kebaikannya supaya hubungan Shila dan ND Lala pulih kembali. Jadi di mata Shila, Sharnaaz mengalah.. walaupun kalau betul Sharnaaz cintakan Shila, tentu hatinya juga terluka..

16. Buat Sharnaaz dan Shila, walapun mungkin tiada jodoh antara kalian berdua, jangan ada benci di hati.
Doakan yang terbaik buat yang lain, kerana mereka pernah hadir dalam diri kita satu waktu dulu..

Buat Shila, ikutlah ibu bapa... restu mereka penting dalam setiap hubungan. Buat Sharnaaz pula, cool down dahulu, sekiranya benar memang masih cintakan Shila, beralah dan mulakan step dengan ambil hati ND Lala terlebih dahulu, minta maaf... walaupun jauh di sudut hatiku, setelah apa yang berlaku, semuanya sudah  tidak berguna lagi.... nasi sudah menjadi bubur... Apapun jodoh ajal maut di tangan Allah...



Moral of the story- jangan cerita apa2 dekat media...Hoohohoho...

P/S:Kes Rita Rudaini juga adalah kerana tweeter.
posted by Mirip at 12:24 PM 0 comments