Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, March 12, 2013

Insiden Lahad Datu... catatan dari hati

Aku terpanggil untuk menulis kembali kerana hatiku sudah meronta-ronta tidak sanggup lagi melihat sisi-sisi hitam dunia.

Semakin lama aku hidup, semakin lama memerhati dunia, aku merasakan aku umat akhir zaman yang termasuk dalam hadis nabi yang mengatakan "Akan ada suatu masa di mana, orang melalui kubur dan mengatakan 'Hai, alangkah indahnya kalau aku juga ke situ.'"... Bunyinya seperti putus asa... tetapi itulah hakikatnya, dunia ini bukan tempat istirehat yang aman. Akhirat tempatnya.. Dunia ini sudah penuh dengan kacau bilau dan kecelaruan.

Insiden di Lahad Datu.... Hatiku sangat sedih melihat apa yang berlaku. Memang aku tidak ada saudara mara secara langsung (wallahualam kalau ada), tapi aku melihat semua ini tidak harus terjadi.. kedua-dua pihak adalah Muslim.. jangan ada lagi penumpahan darah dan pembubuhan. Melihat wajah-wajah mereka, ada sinar kebaikan di dalamnya..atau apakah gambar yang disiarkan itu salah? Adakah pihak lain, adakah tentera MORO? tapi apakah sebenarnya yang terjadi? Apakah ada dalang yang memporak-perandakan Malaysia dan Sulu ini? Apakah dalang ini sedang bertepuk tangan melihat warga yang meninggal dunia dan mengalami keperitan dunia ini adalah sama, we are both Muslim...Siapakah personaliti yang ingin ditemui oleh mereka? Apakah media memberitahu yang betul, atau media juga sebenarnya seperti apa yang mataku lihat, memusingkan fakta? Mungkin kebenaran tidak akan terkeluar sampai bila-bila.... kerana dunia ini sendiri dikawal oleh super power. Banyak kemusykilan yang bermain di kepala... Dan kalau benar sekalipun sejarah yang tercatat, mengapakah cara ini yang dilakukan mereka? Adakah mereka hidup di zaman yang tiada komunikasi, atau apakah mereka menerima arahan yang salah? Adakah tidak tahu undang-undang? Dan di sana sendiri, berapa ramai yang mengaku sultan. Jadi di mana kebenarannya? Aku orang kecil ini pun merasakan tindakan pertama daripada yang utama adalah mewujudkan dahulu negeri yang berdaulat. Tapi mengapakah cara sebegini ? ... terlalu banyak persoalan sehinggakan tidak tertulis....

Melihat polis Malaysia yang terbunuh, juga para penceroboh.. yang bagi mereka, mereka tetap dengan perjuangan yang katanya tanah Sabah itu milik datuk nenek moyangnya... Sesekali aku merasakan isu ini sama pula sepertinya isu Palestin.. tidak akan pernah selesai, kerana kedua-dua pihak tetap dengan pendirian masing-masing...

Otakku memang ingin menulis lagi... terlalu banyak yang ada dalam fikiran... tetapi aku tidak dapat menuliskannya, kerana sekiranya apa yang aku tuliskan ini bakal menjadikan situasi lebih buruk, biarlah ia tersemadi sahaja di dalam salur nafasku...

Semuanya akibat persepsi. Prinsip dan perjuangan yang tiada titik. Jangan ada rakyat biasa lagi yang terbunuh.

Buat generasi akan datang... tanah, harta pusaka, semuanya.. tidak boleh dibuat main-main... kesilapan nenek moyang kadangkala mengakibatkan lapisan keturunan porak peranda.

Menelusuri sejarah Sulu...

Aku melihat akan ada peristiwa lebih besar dari ini...
Emas dan kekayaan....

Apapun Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui.... Al fatihah buat semua yang terkorban.. Sekiranya ini konspirasi , atau ada agenda atasan, atau segala-galanya. aku insan kecil di bumi Malaysia ini mengharapkan kedamaian...

Apapun situasi yang berlaku, rakyat kedua-dua Tausug dan Malaysian sudah ada yang berkecil hati...:(
posted by Mirip at 5:32 PM 1 comments