Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, October 23, 2007

ii-gadis pencuci pinggan

Bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran bukanlah pekerjaan yang glamour. Apatah lagi bagi gadis remaja seusiaku. Sebab itulah aku hanya ada teman berbual yang lebih dewasa. Mak Jah, juga bekerja sepertiku. Kadang-kadang kami berdua yang duduk di belakang kedai dan membasuh pinggan mangkuk sambil berbual-bual berbagai-bagai perkara. Mak Jah berusia sekitar 40-an. Dan aku gadis awal 20-an ini sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Ada Abang Mat berusia dalam 30 an, ada Noni masih belasan tahun tapi sudah tidak bersekolah.

Bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran ini ada 4 shift kesemuanya. Shift pertama dari pukul sepuluh pagi hingga satu tengahari. Shift kedua dari pukul satu tengahari hingga empat petang. Shift ketiga dari pukul empat petang hingga tujuh malam dan Shift terakhir dari pukul tujuh malam hingga ke sepuluh malam. Satu shift kadang-kadang hanya ada seorang pencuci atau ketika waktu ramai pelanggan akan ada 2 orang pencuci. Kini aku hanya ambil shift siang sahaja, dari pukul sepuluh pagi hingga empat petang. Ketika aku mula-mula dapat kerja di sini, aku dapat shit malam. Bermula dari pukul empat petang hinggalah sepuluh malam. Ketika aku bekerja shift malam itulah, aku jadi rapat dengan Mak Jah. Macam-macam cerita aku dapat darinya. Sambil kami membasuh pinggan mangkuk sisa makanan pelanggan restoran, Mak Jah banyak juga menasihati aku, atau kadang-kadang aku menjadi teman setianya bercerita. Hari pertama bekerja, (malam pertama sebenarnya) aku jadi cuak betul. Iyalah hari memang sudah jauh malam. Sudah pukul sepuluh setengah malam. Memanglah tugas mencuci pinggan tu sepatutnya selesai pukul 10 malam, namun rasanya tak sampai hati pula membiarkan Mak Jah seorang diri menyusun pinggan mangkuk periuk belanga, dan kuali seorang diri. Itupun Mak Jah dah suruh aku balik dahulu.Nasib baiklah restoran ini dan rumah sewaku tidak lah terlalu jauh. Aku memecut motosikalku selaju 100 km/j dan tiba di rumah sewaku dalam sepuluh minit kemudian.Entahlah, keberanian apa yang ada dalam diriku waktu itu. Kalau difikirkan kembali, aku rasa aku sendiri tidak sanggup pula bertindak sejauh itu.

Beberapa malam selepas itu, Mak Jah mengajak aku tidur di rumahnya sahaja.
“Tak manis dan tak elok sangat anak dara macam kamu ni bekerja sampai lewat malam,” tuturnya penuh lembut tatkala aku sibuk menyusun pinggan mangkuk yang sudah bersih ke rak.
Aku hanya mengangguk , tapi mulut bagai terkunci pula untuk menjawab apa-apa.
“Hany tidur sahaja rumah Mak Jah malam ni, malam esok tak payah datang lagi.” Selamba sahaja Mak Jah menutur. Apa? Adakah Mak Jah sudah tidak sukakan aku? Atau ada apa-apa perbuatanku yang menyinggung hati Mak Jah?
Aku jadi terdiam tiba-tiba.
“heheheh, kenapa pula mata tu terbuntang macam tu?” Mak Jah menepuk bahuku sambil mulutnya tersenyum. Tangan kirinya ditutup ke mulutnya, agaknya ingin menahan ketawa.
“Mak Jah tak suka saya kerja di sini?” perlahan aku bertanya. Inginkan kepastian.
“Hany ni, Mak Jah dan bercakap dengan Puan Tina tadi. Katanya Abang Mat dah nak berhenti pagi esok. Jadi Hany bolehlah gantikan tempat Abang Mat tu mulai esok.” Mak Jah menutur perlahan tapi tangannya sudah cepat menyusun baki-baki periuk dan pinggan-pinggan plastic bujur untuk disusun.
“Hah, Puan Tina tak cakap apa-apa pun,” aku melontarkan pertanyaan sebenarnya. Iyalah baik Puan Tina atau Abang Mat , dua-dua tak berkata apa-apa pun tadi . Rasanya sekarang juga aku ingin bertanya pada Puan Tina yang berada di kaunter restoran untuk tahu perkara sebenar.
“Betul, tadi masa Abang Mat dah habis shift, Mak Jah nampak dia bercakap-cakap dengan Puan Tina. Lepas tu, lepas Abang Mat pergi, Puan Tina cari Hany. Masa Hany ke tandas sakit perut petang tadi. Puan Tina nak tanya Hany sendiri, tapi dah Hany tak ada, Mak Jah aja yang sanggupkan…”

“terima Kasih Mak Jah,” susunan sudu dan garpu yang sudah bersih terhenti. Terasa mahu saja kupeluk Mak Jah ini, namun masih ada rasa malu dalam diri. Aku rasa aku sudah tersenyum sampai ke telinga. Memang selama ini aku memang mahu bekerja shift siang, namun oleh kerana Abang Mat dan kadangkala Noni pun turut membantu, ku pendam sahaja hasrat hatiku itu. Mujurlah Mak Jah amat memahami. Dengan waktu dari pukul sepuluh pagi sampai empat petang, rasanya waktu itu yang lebih selamat untuk aku.

“Mak jah lupa pula nak cakap tadi sebab sibuk sangat. Dah tua-tua ni macam ni lah…” mak Jah menyambung. “Hah malam ni, jangan lupa, ikut Mak Jah balik, tak payah balik rumah sewa tu. Tidur rumah Mak Jah aja. Boleh juga temankan Mak Jah.” Mak Jah mengarahkan ku, bagai anaknya sendiri pula. Aku nak tersenyum pun ada, segan pun ada… Macamana ni ya, aku segan la tidur rumah orang….

“Mak Jah, saya segan la… ala,.. bukannya jauh oun rumah sewa saya tu, lagipun Shafini ada kat rumah sebelah,” benar, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku ambil keputusan bekerja ni pun dengan rela hati, ingin mengutip pengalaman baru. Bukan menambah susah orang lain pula.

“Tak apa, lagipun tak ada siapa-siapa kat rumah tu. Hadi dah ke asrama semula. Katanya nak pergi awal.Nak ulangkaji.”Aku tahu aku tak dapat mengelak lagi. Tak manis benar kalau aku menolak. Lagipun Hadi, anak teruna mak Jah dah ke sekolah. Anak muda yang bakal menghadapi SPM akhir tahun ni memang rajin belajar. Mungkin dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran, sebab itulah Hadi mahu segera pulang ke asrama. Kalau sebelum ini aku boleh berikan alasan yang aku segan dengan Hadi, malam ini, alasan ini sudah tidak boleh diterima.

“Balik rumah Mak Jah nanti, telefon kawan Hany tu, apa namanya?”
“Fini, Shafini..”
“Ha telefon Fini cakap Hany tak balik malam ni..”

Dalam diam aku mengangguk, tanda setuju.
posted by Mirip at 1:34 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home