Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, September 11, 2014

Sahamku di dunia... in sha Allah

Sebenarnya aku mengejar dateline manuskripku yang masih 20% tak siap. Kerja lain menyusul tapi malam ni terasa mahu menulis apa yang kurasa dalam hatiku. Tak dapat kutulis di ruang maya medium lain akibat pemikiranku yang sebegini. Apa yang kutuliskan ini memang sensitif di dunia hari ini. Tapi ku rasa perlu juga kutulis supaya nanti buat bekalan pahalaku mengalir andai ajalku tiba.

Teringat umur yang meningkat, dosa juga mungkin meningkat. Nauzubillah. Mengingatkan penulisan juga antara medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu, kupilih cara ini tanpa ada sesiapa yang mengenaliku. Kerana bukan pujian dan dikenali menjadi matlamat hidupku.

1. Terpanggil menulis malam ni apabila aku membaca berita media perdana. MasyaAllah apakah wartawan yang menulis itu tiada sekelumit pun keinsafan? Adakah mereka menulis mengikut sahaja apa arahan orang atasan?

2. Menuduh seseorang yang berjuang ke jalan Allah adalah satu fitnah yang tak mungkin aku terima. Bagimu mungkin mereka sampah masyarakat. Meninggalkan Malaysia dan seisi dunia demi peperangan yang tak mungkin akan menang. Tapi ketahuilah wahai hamba Allah di luar sana. Syria itu pintu gerbang dunia akhir zaman. Bacalah hadis hadis , semuanya mengatakan dan menceritakan secara jelas.

3. Bukan mudah menjadi pejuang. Aku menulis tidak menuding jari pada orang lain. AKu katakan diriku sendiri. Konon mahu berjuang tapi melihat darah juga takut. Mujurlah ada para pejuang ini membela rakyat Syria. tapi yang kamu katakan mereka itu pengganas , mengapa? Jariku akan laju menulis apa ada dalam hatiku . Terasa susahnya hidup di dunia yang mementingkan material sebegini. Kalau kau lantang bersuara, kau dikata terrorist. Kalau kau diam sahaja, hatimu akan menangis kerana tiada daya kekuatanmu untuk bersuara menentang kezaliman, walaupun hanya dengan suara? Aku adalah golongan yang kedua itulah. Tak mampu menyuarakan, tapi memilih jalan penulisan ini.

4. Dunia materialistik yang memaksa kamu bekerja siang dan malam,... demi hanya kertas. Yang tanpa kertas ini kau tak mampu hidup selesa.

5. Jadi bagi mereka yang berjaya meninggalkan perasaan cintanya pada material ini, lalu meninggalkan segala-galanya, memperjuangkan saudara seislam nun di luar sana kau katakan sebagai penentang dan pelampau, biarlah aku pula yang membela mereka di alam maya ini.
mudah-mudahan ada sedikit kebaikan mengalir daripada apa yang aku lakukan ini. Masaku menulis, dan waktu rehatku yang terbuang.

6. Syira, Iraq, Yaman-     peperangan yang Nabi Muhammad katakan. Bermulanya 2011 di Syria, kini menular di Iraq. dan Yaman? Tunggulah lagi, aku pun tak tahu bila.

7. Sesungguhnya aku ini tiada ilmu khusus dalam bidang agama. Tiada ijazah bergulung-gulung untuk membicarakannnya secara terbuka. Namun, aku percaya bagi mereka yang mengetahui., sesungguhnya once you are in Syria, you will never return to Malaysia. Menang atau mati, satu antara dua. Hanya itu sahaja. Apa sahaja yang manusia lain katakan, tak bermakna lagi seandainya kau sudah mengetahui kebenaran dan Allah bukakan hijabnya.

8. Lastly, i admit that i myself dont have courage to go there, being there, doing anything supposed to do. BUT..... eventhough u cant be there, please and please dont be so arrogant. Writing something that hurt their family's feeling. I dont know even one of them personally, but... i know why they are doing what they are doing. Media - you have a knife. It is either you become a killer, or you become defender of yourself and families.

Aku tak tahu adakah hadis ini akan muncul menjadi kenyataan ketika aku masih hidup atau sudah ke alam baqa.... Sekiranya panji2 hitam itu muncul, segeralah kamu berbaiat kepadanya. Sekalipun perlu merangkak di atas salji... Wallahualam...
posted by Mirip at 11:03 PM 0 comments

Tuesday, March 12, 2013

Insiden Lahad Datu... catatan dari hati

Aku terpanggil untuk menulis kembali kerana hatiku sudah meronta-ronta tidak sanggup lagi melihat sisi-sisi hitam dunia.

Semakin lama aku hidup, semakin lama memerhati dunia, aku merasakan aku umat akhir zaman yang termasuk dalam hadis nabi yang mengatakan "Akan ada suatu masa di mana, orang melalui kubur dan mengatakan 'Hai, alangkah indahnya kalau aku juga ke situ.'"... Bunyinya seperti putus asa... tetapi itulah hakikatnya, dunia ini bukan tempat istirehat yang aman. Akhirat tempatnya.. Dunia ini sudah penuh dengan kacau bilau dan kecelaruan.

Insiden di Lahad Datu.... Hatiku sangat sedih melihat apa yang berlaku. Memang aku tidak ada saudara mara secara langsung (wallahualam kalau ada), tapi aku melihat semua ini tidak harus terjadi.. kedua-dua pihak adalah Muslim.. jangan ada lagi penumpahan darah dan pembubuhan. Melihat wajah-wajah mereka, ada sinar kebaikan di dalamnya..atau apakah gambar yang disiarkan itu salah? Adakah pihak lain, adakah tentera MORO? tapi apakah sebenarnya yang terjadi? Apakah ada dalang yang memporak-perandakan Malaysia dan Sulu ini? Apakah dalang ini sedang bertepuk tangan melihat warga yang meninggal dunia dan mengalami keperitan dunia ini adalah sama, we are both Muslim...Siapakah personaliti yang ingin ditemui oleh mereka? Apakah media memberitahu yang betul, atau media juga sebenarnya seperti apa yang mataku lihat, memusingkan fakta? Mungkin kebenaran tidak akan terkeluar sampai bila-bila.... kerana dunia ini sendiri dikawal oleh super power. Banyak kemusykilan yang bermain di kepala... Dan kalau benar sekalipun sejarah yang tercatat, mengapakah cara ini yang dilakukan mereka? Adakah mereka hidup di zaman yang tiada komunikasi, atau apakah mereka menerima arahan yang salah? Adakah tidak tahu undang-undang? Dan di sana sendiri, berapa ramai yang mengaku sultan. Jadi di mana kebenarannya? Aku orang kecil ini pun merasakan tindakan pertama daripada yang utama adalah mewujudkan dahulu negeri yang berdaulat. Tapi mengapakah cara sebegini ? ... terlalu banyak persoalan sehinggakan tidak tertulis....

Melihat polis Malaysia yang terbunuh, juga para penceroboh.. yang bagi mereka, mereka tetap dengan perjuangan yang katanya tanah Sabah itu milik datuk nenek moyangnya... Sesekali aku merasakan isu ini sama pula sepertinya isu Palestin.. tidak akan pernah selesai, kerana kedua-dua pihak tetap dengan pendirian masing-masing...

Otakku memang ingin menulis lagi... terlalu banyak yang ada dalam fikiran... tetapi aku tidak dapat menuliskannya, kerana sekiranya apa yang aku tuliskan ini bakal menjadikan situasi lebih buruk, biarlah ia tersemadi sahaja di dalam salur nafasku...

Semuanya akibat persepsi. Prinsip dan perjuangan yang tiada titik. Jangan ada rakyat biasa lagi yang terbunuh.

Buat generasi akan datang... tanah, harta pusaka, semuanya.. tidak boleh dibuat main-main... kesilapan nenek moyang kadangkala mengakibatkan lapisan keturunan porak peranda.

Menelusuri sejarah Sulu...

Aku melihat akan ada peristiwa lebih besar dari ini...
Emas dan kekayaan....

Apapun Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui.... Al fatihah buat semua yang terkorban.. Sekiranya ini konspirasi , atau ada agenda atasan, atau segala-galanya. aku insan kecil di bumi Malaysia ini mengharapkan kedamaian...

Apapun situasi yang berlaku, rakyat kedua-dua Tausug dan Malaysian sudah ada yang berkecil hati...:(
posted by Mirip at 5:32 PM 1 comments

Friday, February 15, 2013

3 way relationship - ND Lala - Sharnaaz Ahmad - Shila Amzah...

Lama tidak menjenguk, kali ini aku ingin menulis. Apabila melihat kekusutan yang berlaku di media massa akhir-akhir ini. Isu yang setiap hari dimainkan media melibatkan 3 selebriti -ND Lala, Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.

Entah mengapa aku merasakan mereka dekat denganku walaupun sebelum ini, hanya Shila Amzah yang diminati oleh anak dara kecilku.

Pertama, aku merasa kasihan kerana akhirnya hubungan yang pada mulanya OK menjadi begini akibat  campurtangan media dan tangan.

Sebagai seorang perempuan (adakah aku perasan aku seperti Shila),heheh tidak, aku tahu mengapa ada ciri2 Sharnaaz @ ada perlakuan Sharnaaz yang menyebabkan Shila menyukainya. Aku tidak menyokong Sharnaaz, tetapi melihatkan situasi mereka...

Pertama2, aku tidak menyokong orang yang panas baran.. tetapi ada beberapa point yang aku ingin tuliskan...

Kadang-kadang, orang yang panas baran ini, mulutnya sahaja yang terlebih over, kata-katanya memang menyakitkan hati tetapi dalam masa yang sama, dialah yang paling lembut hatinya... dan  yang paling tidak tahan, sensitifnya mengalahkan orang yang kelihatannya tenang.

1. Daripada pandangan luarnya, Shila ini seorang yang lembut dan bersopan santun. Jadi dia memerlukan @
mudah tertarik hati kepada orang yang dapat melindungi @ protect @ bercakap bagi pihaknya. Melihatkan
hubungan mereka yang selalu menjadi 'anti' para peminatnya, (based on kata2 Shila), dan Sharnaaz yang
selalu mempertahankannya, itu menjadi kunci kepada keserasian mereka. Mungkin juga bagi Sharnaaz, sikap
Shila yang lembut dapat contra dirinya yang panas. Itukan sudah menjadi lumrah alam. Kita tidak tahu
keadaan sebenar, tetapi dari pandangan mata kasarku, itulah yang menjadikan mereka terasa diri mereka ada chemistry. Seorang bersikap lembut dan seorang bersikap protective.

2. Semuanya bermula apabila Sharnaaz mengatakan dia mengongkong Shila "kerana dia bakal isteri saya". Dari satu segi, Sharnaaz bercakap benar, kerana dia ada mengatakan "sebab Shila bukan rakan biasa saya, dia adalah bakal isteri saya,". Bagi lelaki, kalau dia sudah sangat sayangkan perempuan, memang dia akan
sedikit mengongkong, kerana dia sangat takut perempuan itu akan dikebas lelaki lain. Dari satu segi,
Sharnaaz bercakap telus, tanpa menyangka sebenarnya kata-kata ini secara tidak langsung menyinggung
perasaan ND Lala. Disinilah segalanya bermula.

3. Bagi pihak ND Lala pula, aku merasakan dia merasa berat hati melepaskan anak pertamanya kepada Sharnaaz yang dikenali umum dengan sifat panas baran. Silap Sharnaaz pula, apabila melepaskan geram kepada Shila di laman tweeter dengan bahasa yang sangat kasar. Walaupun aku ini ketinggalan zaman kerana tidak tahu apa makna "sakai" tetapi daripada message tweeter itu, dapat diketahui Sharnaaz sangat marah. Disinilah kesilapan pertama Sharnaaz kerana menggunakan medium tweeter. Sebaiknya kalau benar marah, bersemuka, telefon dan tidak menggunakan medium tweeter yang dapat dilihat umum.

4. Bagi seorang ayah pula, adalah tidak masuk akal menyerahkan anak perempuan kesayangannya kepada lelaki yang terang2an(tweeter) bercakap kasar dengan anaknya even belum berkahwin. Pasti ada rasa bimbang dan hubungan yang selama ini direstui, sudah menjadi tawar hati menerima sebagai menantu.

5. Apatah lagi, kini adalah saat Shila menempa nama. Umurnya pula ketika kemenangan 22. Sebagai ibu-
bapa,mereka berat hati melepaskan anaknya ketika anak baru menempa kejayaan. (Aku mengerti kerana pada usia ku seperti Shila, sedikit sebanyak aku alami apa yang Shila alami.. hahahah)

6. Tetapi difikirkan semula, tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka susah. Bagi ND Lala, terlalu
muda lagi bagi Shila untuk memikirkan soal kahwin. Ini kerana perjalanan hidupnya makin panjang, kejayaan
baru sahaja bermula. Sekiranya Shila berkahwin sekarang, semuanya sudah perlu terikat kepada suaminya. Di mana ibu bapa? Apakah usaha mereka sejak Shila masih kecil akan terkubur mahu melihat anaknya berjaya menggapai impian?

7. Apabila tidak tertahan dan melihatkan Sharnaaz ingin juga menghantar rombongan merisik, ND Lala merasa tercabar. Lalu mengeluarkan kenyataan di akhbar. Di sini jugalah kesilapan kedua berlaku. Apabila sudah melibatkan media, hubungan yang OK boleh menjadi KO, apatah lagi hubungan yang sudah retak, akan menjadi barai terus. Berbalas kata dimulai. Dari sini, aku melihat, semuanya sudah terlambat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, alamatnya....

8. Kedua-dua pihak sudah terasa hati. ND Lala mengatakan Sharnaaz biadap, bagiku tidak patut juga
mengatakan orang lain biadap secara terbuka. Kalau benar tidak puas hati, apabila Sharnaaz menghubungi
(atau kalau Sharnaaz tidak hubungi, ND Lala yang bersemuka sendiri). Apabila sudah mula menggunakan
perkataan sebegitu, perkara sudah menjadi besar dan melibatkan banyak pihak.ND Lala terlalu konfiden
apabila mengatakan "saya rasa ibu bapa Sharnaaz juga malu apabila membaca kenyataan anaknya..etc." bagiku tak perlu mengaitkan ibu bapa Sharnaaz, atau apakah kita tahu ibu bapa Sharnaaz turut malu dengan perlakuan anaknya. Bagiku tentu sebagai ibu bapa Sharnaaz, apabila membaca kenyataan ND Lala, mereka bukan malu, tetapi terguris hati kerana mengatakan anak mereka biadap.

9. Shila tersepit antara kekasih hati dan ibu bapa. Tetapi sebagai anak, tentu sahaja anak perempuan akan
memilih ibu bapa.

10. Sharnaaz (atau familinya) juga mungkin ingin menjaga maruah diri mereka. Kalau dah orang tak sudi, tak
perlu lagi merendah diri. ... Yang tersepit adalah Sharnaaz dan Shila..

12. Apabila aku menuliskan sebegini, tidak lah aku bermakna menyokong Shila,@ Sharnaz dan menyalahkan ND Lala sepenuhnya. Semuanya ada silap masing2. Shila dan Sharnaaz juga ada salahnya kerana terlalu terbuka menunjukkan cinta mereka. Kerana kedua-duanya adalah selebriti, hubungan yang kalau bagi orang biasa tidak menjadi kesalahan (isu besar), apabila melibatkan selebriti, riuh satu negara.

13. Apa-apun, Shila dan Sharnaaz ada juga melakukan kesalahan kerana terlalu mesra sebelum
berkahwin.Mungkin kerana alam seni yang biasa dengan keadaan ini @ apa, aku tidak tahu. Tetapi untuk masa akan datang, jaga batas2 perhubungan. Tetapi sekiranya difikirkan dalam2 pula, dunia ini memang tidak sesuai kerana perhubungan sepertinya tiada pemisah.

14. Bagi ND Lala pula, ada sedikit kemusykilan, kalau tidak merestui, kenapakah tidak pada awal2
perhubungan.. sebelum melarat sehingga terbitnya bunga cinta di hati anak-anak... Atau adakah ND Lala tidak kisah sebenarnya Shila bercinta asalkan jangan berkahwin lagi? Sama2 menjaga hati masing2 sekiranya mahu orang menjaga hati kita juga..

15. Apapun, setelah apa yang berlaku, adalah sangat sukar untuk hubungan pulih seperti sedia kala.Luka yang terguris tidak dapat kembali lagi... Sharnaaz mengambil keputusan yang terbaik buat masa ini (mengundur diri)daripada terus bertekak @ berbalas kenyataan. Mengundur diri ada kebaikannya supaya hubungan Shila dan ND Lala pulih kembali. Jadi di mata Shila, Sharnaaz mengalah.. walaupun kalau betul Sharnaaz cintakan Shila, tentu hatinya juga terluka..

16. Buat Sharnaaz dan Shila, walapun mungkin tiada jodoh antara kalian berdua, jangan ada benci di hati.
Doakan yang terbaik buat yang lain, kerana mereka pernah hadir dalam diri kita satu waktu dulu..

Buat Shila, ikutlah ibu bapa... restu mereka penting dalam setiap hubungan. Buat Sharnaaz pula, cool down dahulu, sekiranya benar memang masih cintakan Shila, beralah dan mulakan step dengan ambil hati ND Lala terlebih dahulu, minta maaf... walaupun jauh di sudut hatiku, setelah apa yang berlaku, semuanya sudah  tidak berguna lagi.... nasi sudah menjadi bubur... Apapun jodoh ajal maut di tangan Allah...



Moral of the story- jangan cerita apa2 dekat media...Hoohohoho...

P/S:Kes Rita Rudaini juga adalah kerana tweeter.
posted by Mirip at 12:24 PM 0 comments

Saturday, January 05, 2013

Seandainya....

Apakah cita-citaku tinggi melangit, hinggakan aku merasakan aku orang yang gagal dalam hidup? Malam ini, mataku masih juga tidak mahu memejamkan .. Sepertinya gangguan itu datang lagi. Datang dalam tidurku supaya aku tidak lena.. Bangun dan merasa ada banyak tanggungjawab yang aku masih berhutang.. Entahlah, apa sudah jadi dengan diriku.

Aku menunggu bulan 4 datang. Mudah-mudahan ianya datang dan aku sempat melihat 'anak baru'ku itu lahir. Tesisku entah ke mana. Masa yang sepatutnya kuhabiskan untuk tesis, sudah kuhabiskan kan untuk anak kecil itu.. mudah-mudahan lagi cita-cita di dinding itu tercapai.

Tanganku gatal lagi. dan malam ini seperti malam seterusnya, rasa kantukku hilang walaupun sudah seharian aku bekerja sehari suntuk.... Apakah masalah sebenar diriku ini? Sukakan malam sehinggakan mataku tidak mengantuk dan otakku merasa bimbang.. dan fikiran tidak berhenti?


posted by Mirip at 2:29 AM 0 comments

Wednesday, November 14, 2012

Julia Akasia

Satu hari ketika di groud floor, seorang makcik @ kakak?? ni cakap yang aku ni orang nampak je lembut, tapi orang tak berani nak dekat, kalau budak2 lelaki, diorang tak berani nak gurau2 etc,.. hihih, mmg aku akui la tang tu sbb kalau aku marah, mmg berapi..hahaha.. tapi kalau ada yang serius, you sendiri tahu yang dia serius dan tak main2 kan? eh, power jugak kakak ni, .. aku angguk setuju.. ya, aku tahu kalau orang tu
serius, kalau dia ada buat beberapa yang aku rasa sesetengah orang yang tak serius takkan buat..
tapi yang buatkan aku ingat statement akak tu bila dia kata, "ada keturunan panglima?"
"What?"
"Keturunan panglima?"
"Hati keras sikit.."
"Tapi jauh di sudut hati, mudah kesian, tak boleh tengok orang susah.."
"Ahhh, yang ni betul, kan? " Ein di sebelah mengiakan,.

Arh apa kaitanya semua ni dengan apa yang aku nak tulis.. aku nak tulis sebab buat pertama kalinya, ada cerita drama melayu yang berjaya buatkan aku nangis dan rasa kesian dekat semua watak protagonisnya...Bagi aku yang bukan kaki TV, aku rasa cerita Julia terbitan Jalena Rejab tu best..

Tengok sekejap2 memang tak faham sangat,. sbb banyak persoalan bermain di minda.. (eh apasal Najwa Latif tetiba ada dalam situasi?- abaikan ya) Episod last plak aku tak sempat lagi nak tengok sebab sampai lambat di rumah.. Lalu akhirnya aku buat kerja
gila, tak tidur malam sbb marathon Julia dari awal episod sampai akhir... sebab selama ni tengok cerlag
cerluk, chips more, so feel tak ada daaaa... kali ni aku tengok direct... dan ketiga-tiga watak ( plus
Izreen Azminda) berjaya bawa watak dengan baik sekali.. Aku yang lembut hati ni ??? rasa sedih sungguh
dengan keadaan yang melanda Julia, Amir dan Azwan yang jadi mangsa keadaan... Aku rasa cerita ni drama
melayu cintan yang logiknya ada dalam setiap konflik.. cuma satu ja, aku tak pasti kenapa Mak Mertua Julia
tu berkenan sangat dengan Cat, adakah sebab harta, atau memang sebab dah dirasuk kebencian kepada Julia..

Selama ni aku jadi pengkritik dalam setiap drama melayu sbb otak kiri aku akan cakap cerita tu tak logik.
Mesti ada la tang tak logiknya yang aku jumpa. Dalam cerita Julia ni pulak, ada juga sikit2 tang tak logik,
contoh Amir patah balik ke KL padahal dah nak dekat sangat dengan Teluk Intan. Setakat ni otak kiri aku
jumpa yang tu je lah, tapi overall, cerita ni macam dekat dalam masyarakat.. Unsur tidak logik tu aku jumpa
satu je dalam drama ni, kira oklah berbanding banyak komen2 aku yang lain kalau aku tgk drama melayu..

Moral yang aku dapat dari cerita Julia ni adalah... (ceng ceng teacher dah mai dah...)
1. Kalau benci sekalipun, jangan sekali2 cerai talak 3.. kalau tak, menyesal tak sudah
2. Kalau ada yang mencucuk dalam rumah tangga, memang akan parah..Azwan di depan mamanya memang menyebelahi Julia, tetapi kalau dah selalu sangat dicucuk, akhirnya akan terpengaruh juga akhirnya.
3. Kalau suami isteri memang tengah bermasalah, akan senang bermain api. Azwan masih sayangkan Julia, tapi dengan kehadiran Cat pada masa yang sama, keadaan semakin parah.
4. Julia terasa dengan perbuatan Azwan, hati terluka, walaupun Azwan dah minta maaf, ditambah pula denga
dia tahu perhubungan Cat dan Azwan

emm banyak lagi sebenarnya, tapi kalau nak disalahkan sesiapa, memang yang paling bersalah adalah mak
mertua Julia.. cuma aku tak berkenan dengan lakonan Norish Karman, nampak over dengan tahi lalat besar 2 biji,(apasal tak tempek penuh muka lagi?) dengan menangis yang dibuat-buat, sama ada masa tu mmg dia tengah buat2 nangis tipu Azwan ataupun betul-betul keadaan menangis, aku nampak semua tu tak real.. Kenapa mesti nak ketap2 gigi masa bercakap?Nak menunjukkan kuasa veto ibu yang jahat? Semua watak dalam cerita ni aku bagi 4.5 star, tapi untuk NK,aku bagi 1 bintang ja..

Julia dan Izreen pandai bawa watak. Aku rasa Izreen ni bakal jadi pelakon antagonis terbaik. pandai betul dia bawa watak jahat. Aku suka lakonan kedua2nya sebab setting dan raut muka sesuai. Kalau sakit, nampak sangat sakit muka tu, atau kalau kat rumah, tak de mekap tebal2... kira macam yang real.. sesetengah pelakon, kalau tang sakit @ kat rumah pun, masih nak maintain lawa.. tu yang mai la aku ni jadi pengkritik setia.. Jadi pelakon bukan nak tengok lawa memanjang, nak tengok watak tu bawa menjadi ke tak.. Walaupun sebelum ni aku tak pernah tengok Nabila Huda ni berlakon lagi, tapi aku rasa dia pandai berlakon.. kalau nangis, memang rasa nangis betul dia ni, kalau sakit, muka nampak sakit, imej budak U dan watak dewasa.. cuma tang pakaian tu ,,, em dah namanya pelakon yang membawa watak kan..

Situasi dalam cerita ni logik bagi aku kerana:
1. Amir tak jumpa @ tangguh2 lagi sebab targetnya kerja dahulu., Biasalah kalau fresh grad ni, memang bagi

full commitment kat kerja. Umur pun muda lagi.
2. Amir tak contact Julia bila dia tahu keluarga Julia tak mengaku Julia anak mereka kalau tahu Julia masih

ada hubungan dengan Amir. Di sini makin bermulanya gap antara Julia dan Amir. Amir tidak menghubungi dan Julia merasakan Amir semakin jauh darinya,
3. Dari segi keluarga, parents Julia juga betul. Mereka menganggap Amir tidak serius itu ada benarnya.
4. Kehadiran Azwan yang gentleman, baik, dan pandai ambil hati orang tua.
5. Julia tak salah sebab pilih Azwan, siapapun tidak tahu masa depan kita.. cuma pada masa tu, memang Azwan itu terbaik pada masa itu dengan keadaan yang berlaku.
6. Julia menyesal kerana tidak menunggu Amir
7. Amir menyesal kerana tidak serius dan ambil mudah dengan anggapan Julia itu pasti miliknya
8. Azwan menyesal kerana ceraikan Julia talak 3
9. Sofia menyesal kerana menolak cinta Amir satu waktu dulu.

Jadi cerita ni memang kena dengan tagnya ... "andai dapat kuundur waktu" ke macamana? tapi lebih kuranglah ya, tak ingat sangat ayat sebenarnya.. tapi yang pasti semuanya berkaitan masa dan waktu..
ooh tak larat nak tulis sbb netbook ni N nya macam rosak.. so stop sini sajalah merapuku kali ini..
posted by Mirip at 11:47 PM 0 comments

Sunday, August 26, 2012

Usaha Tangga Kejayaan

Ungkapan tepat. Sejak dari pukul 1 tadi (kurasa) atau 12.30 mlm tadi hingga kini ku godek template blogger ini supaya kembali ke asal. Dan pelik kenapa katanya tidak mahu save template lama... puas baca coding, compare, akhirnya aku google mencari punca. Rupanya akibat upgrade tempohari. Kini 3.30 pagi, aku berjaya kembalikannya ke template asal. Mmg aku tidak akan putus mencari mengapa.. Aku tidak mahu menukar template ini sehingga bila2... Burung merpati itu adalah jiwaku.. sekali ia menjadi template ini, biarlah selama2nya ia kekal begini ,walaupun aku sendiri jarang membuka encik blogger lagi...
posted by Mirip at 3:24 AM 2 comments

Saturday, June 30, 2012

Lucinda II

Why do i have to be sad everytime, and feeling lonely. Di sebalik keramaian terasa hidup ini sendiri sebenarnya. Ada orang tetapi di sudut hati merasa sedih. Apakah sebenarnya aku ini normal atau tidak normal? Susah sebenarnya. Hairannya, walaupun sedih, mata tidak mengeluarkan titisan mutiara.

Berada di tempat tenang dan sunyi. Itu impian sebenar diriku.. Entahkan boleh entahkan tidak. Impian menggunung tinggi, Banjaran Himalaya pun kalah. Nak menggapainya tidak terasa kudrat sendiri.

Kenyataannya, aku hidup dalam hiruk pikuk kota yang amat memenatkan. Tidak kunjung surut. Seharian berdepan dengan waktu yang rasanya tak dapat aku tuliskan. Hairannya, mata tidak mahu melelapkan apabila malam kunjung datang. Dan malam sebenarnya paling aku nantikan. Kerana ianya sunyi dan sepi. Mungkin satu hari nanti, aku akan menutup semua ruang komunikasi sosial dan mengikut kata hatiku sendiri. kadangkala yang paling memeritkan dalam hidup adalah melawan antara otak kanan dan kiri yang berperang sesama sendiri.

Pergi tidak sampai. Berpatah pun tidak.

Hairan ...
posted by Mirip at 3:49 AM 0 comments