Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, August 21, 2007

semangat baru

Rupanya ada orang sama macam aku di luar sana.hihi.
Pendapat yang sama.Buah fikiran rupanya sama walaupun masing-masing tidak pernah mengenali.Yang berbeza? Jantina.Lokasi Timur dan Barat.
---
Ops satu lagi.
Hari ni memang aku gembira sangat.
Dapat emel dari 3 kawan yang lost contact.
Sorang study Jepun, sorang kawan se USM dahulu
Bila dapat emel dari mereka, kesimpulan yang aku dapat
Trend yang tetiba ada dalam kepala aku
"Kebanyakan yang berjaya hari ini adalah kawan-kawan yang sederhana pencapaian akademiknya ketika zaman persekolahan".

Ya Allah, gembira bukan kepalang tadi bila dapat emel dari Mazni
"Aku tengah further study Phd"
Yang dari Jepun tu pula rupanya dah balik Malaysia.Dulu ambil Master kat Jepun.Tah le tak tanya pula entah-entah dia pun dah ada PhD.Sekarang balik Malaysia.Menetap juga di Kota Bharu.
hanya aku ajelah nampaknya di sini. Niat di hati nak sambung belajar, tapi apa kan daya tak tahu Fokus ke mana lagi..Orang lain dah ke hujung dunia, aku masih di sini.:) Tapi apapun aku tumpang gembira.

Kawan-kawanku semua dah berjaya ya..Gembira sungguh.Di saat dan ketika ini, barulah aku perasan, mereka-mereka ini dahulunya bukanlah top5 atau top10 student ketika sekolah dahulu.Tapi pencapaian mereka ketika ini amat membanggakan.Mereka bukanlah scorer Straight A's,yang famous seantaro sekolah, daerah dan sebagainya, namun itulah yang terjadi berbanding dengan ada antara rakan-rakan yang dahulunya bahasa mudahnya 'glamour', sebut sahaja namanya semua orang kenal, kesudahannya menjalani kehidupan seperti orang biasa-biasa.Bukanlah aku menafikan atau merendah-rendahkan sesiapa, sungguh, susah untuk aku menulis menyatakan pendapatku ini.Takut kalau-kalau ada antara kita yang terasa jauh hati, kecil hati dengan aku pula.

Namun, andainya di ambil positifnya, tidak mengapa kan?.Kembali kepada topik tadi, mungkinkah 'glamour' di awal usia sebenarnya sesuatu yang negatif?Glamour atau dikenali di awal usia, sehinggakan kadang-kadang terlebih tumpuan diberikan.Mengganggu perkembangan diri sendiri?Itu yang aku nampak.

Namun, tidak pula mengambil pukul rata semuanya begitu.Ada juga yang meneruskan kesinambungan kecemerlangan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke alam kerjaya.

Tapi bagi adik-adik yang pernah, atau gagal, atau keputusan peperiksaan tidak membanggakan, jangan sekali-kali putus asa.Jadikan kawan-kawanku ini sebagai teladan dan pendorong.Yang kita yang biasa-biasa ini juga mampu pergi lebih jauh selagi ada keazaman.Tidak semua orang juga ada semua kelebihan.Allah itu maha adil.Cuma, cari dan guna kelebihan diri masing-masing untuk meneruskan dan menggapai apa yang dicitakan.

Sebenarnya di rumahku kini sedang dilakukan sedikit construction.Melihat beberapa pekerja dari seberang bekerja, sungguh tetiba rasa insaf datang dalam diriku sendiri.Sebelum ini aku merasakan aku telah membuat keputusan silap paling besar dalam hidupku, bertukar bidang, bertukar university dahulu.Sungguhlah aku ini tidak bersyukur.Apalah yang perlu disesalkan pada perkara yang sudah berlaku.Yang penting adalah hari depan.Hari atau barang yang lepas tak usah di kenang lagi.Atau kalaupun di kenang, janganlah terus-terusan bersedih hati.

Hari ini, aku datang ke pejabat dengan perasaan baru.Walaupun aku tidak suka, aku benci(kadangkala) dengan kerjaku ini,tapi orang lain lagi ramai yang susah payah dari aku.Ketika aku berada dalam air cond dan dalam keadaan sungguh tension(kononnya),masih ramai di luar sana yang berhempas pulas,tenaga tercurah mengalir tanpa ada apa-apa sungutan pun.Apakah aku masih ingin mengomel itu ini.Walau hanya dalam hati? Sungguh, Nikmat manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman). Sungguhlah aku ini kadangkala lalai dalam nikmat yang Allah sudah berikan.Ampunkanlah aku.

Adakah mereka ada pilihan?Mungkin mereka juga tidak ada pilihan lain.Dalam keadaan negara yang begitu, tentunya apalah lagi yang dapat diharapkan dari rakyat marhaen seperti mereka.Kalaulah mereka boleh dengan sabar menghadapi kehidupan, kenapa aku yang ini tidak boleh? Sungguhlah kejadian dunia ini berpasang-pasangan. Kaya dan Miskin.Kuat dan Lemah.Siang dan Malam.Tiada siang, tiadalah kayu ukur untuk mengukur malam.Tanpa adanya si miskin, tentulah tiada si kaya.Manusia saling bergantungan.Namun,pergantungan yang pasti itu hanyalah kepadamu Ya Allah.Dan aku kembalikan segala ketakutanku,kepercayaanku, dan takdir hidupku seterusnya hanya pada sang Pencipta, Tuhan sekalian alam,Allah s.w.t.
posted by Mirip at 12:31 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home