Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, November 15, 2007
(iii)
Usai solat maghrib di surau kecil di Stesen bas Bandar Melaka ini, aku terus menunggu bas yang akan membawaku pulang ke Bandar Kota Bharu.Nurul dan Khadijah sudah pun pulang malam tadi.Mereka pulang dengan bas Mutiara. Aku orang terakhir yang meninggalkan rumah kami siang hari tadi. Tiket aku ke Kota Bharu sudah kehabisan pula semalam, kalau tidak, aku berpeluang balik bersama-sama mereka.Tapi apakan daya selalunya begitulah, tiket Ke Kota Bharu sering sahaja kehabisan kalau lambat dibeli. Berlainan sedikit dengan tiket ke Kuala Terengganu. Sudah tiada rezekiku, itu yang pasti.
Tina sudah pun meninggalkan rumah pagi-pagi lagi. Dia menuju ke Hentian Pudu di Kuala Lumpur dahulu. Barulah selepas itu bertolak ke Kuala Kangsar. Jadi pagi tadi, aku hanya tinggal sahaja berseorangan di rumah. Mengemas-ngemas barang-barang yang patut.Membersihkan longkang belakang rumah.Time tak ada orang di belakang rumahku ini lebih senang untuk aku buat apa-apa. Tanpa ada gangguan mental diusik-usik. Aku tak mahu di kata tunjuk rajin pula. Lebih baik di kata malas daripada tunjuk baik dengan mamat-mamat tu.Maklumlah, jiran belakang rumah aku ni boleh tahan juga kepoh mulut mereka ni.Aku senyum sumbing sahaja kalau teringatkan mereka ni. Selebihnya aku hanya menonton tv di ruang tamu. Tapi itulah,selalunya menonton tv dalam keadaan seorang-orang begitu, mata mulalah nak terpejam-pejam. Walaupun tiket bas aku pukul sembilan malam, tapi selepas asar lagi aku sudah cepat-cepat bersiap. Makin cepat kaki keluar dari rumah ini makin bagus pula. Iyalah takut juga kan kalau malam nanti baru aku keluar ke Bandar Melaka. Kalau siang-siang hari begini tidak lah takut sangat.
Jalan paling senang, aku hanya menaiki teksi. Sampai sahaja di Bandar Melaka ini, aku boleh terus lepak di stesen ini sementara menunggu bas datang. Dan disinilah aku tetap masih menunggu bas Budaya yang akan membawa aku pulang ke rumah. Emm rindunya aku pada adik kecilku. Ateh, bagaimana ya kamu sekarang. Mesti sudah tembam adikku yang seorang ini.
Komik majalah Ujang di tangan aku tatap dan belek puas-puas. Sudah habis di baca cerita demi cerita dalam tu. Kartun demi kartun.Tersengih-sengih juga bibirku ini sorang-sorang diri.Tadi aku ingin sekali membeli majalah Wanita di kedai depan sana, tapi sayang pula duit aku yang tinggal ini. Orang macam aku ni beginilah, kena berjimat-cermat sedikit. Keinginan yang bukan keperluan tak perlu diikutkan sangat.
Aku mengimbas jam di pergelangan tangan.Sudah pukul lapan malam. Jam hadiah pemberian nenek yang aku panggil Tok. Sebenarnya Tok ni pangkat moyang kepada aku, nenek kepada emak aku, tetapi kerana dia yang membesarkan emak, jadinya emak memanggil tok sebagai Emak dan bukan nenek.Sekarang Tok sudah tidak ada. Namun, jam jenama Rado pemberiannya sebagai hadiah atas keputusan peperiksaan UPSRku dulu masih aku pakai hingga kini. Sudah enam tahun jam ini melekat di pergelangan tangan kiriku.Sayang sungguh. Aku ada banyak juga jam tangan lain.Hobiku yang satu ini suka sangat beli jam tangan.Rasanya kalau jam lain yang hilang, aku tidaklah kisah sangat, tapi kalau jam ini yang hilang, mau aku jadi susah hati sehinggalah aku dapat kembali jam kesayangan aku ini. Iyalah, jam ni harganya enam puluh ringgit masa Tok belikan, satu nilai yang aku rasa amat mahal bagiku.Kini Tok dah tiada di alam ini tapi aku tahu arwah sentiasa di hatiku.Sementalahan lagi, bila aku lihat pada jam ini, aku memang akan selalu teringat pada arwah Tok. Semoga arwah Tok akan sentiasa dicucuri rahmat darinya.
Bas Budaya menuju destinasi lain sudah penuh di depanku ini.Ada yang ke Kuala Terengganu, dan ada pula yang ke Kuantan.Kota Bharu pun ada juga.Aku meninjau-ninjau kalau-kalau bas bernombor 18A yang akan aku naiki sudah sampai. Nampaknya belum lagi ni. Nampaknya terpaksalah aku tunggu lagi. Disebelahku ada mamat specky dari tadi lagi tak berganjak. Ada tin Seven Up di sisinya. Ada kulit-kulit kacang dalam bungkusan plastik di tepinya. Sebenarnya dari tadi lagi dia menjeling ke arah komik yang aku baca ni.
“Isk, kalau nak baca nape lah tak mahu beli sendiri?” nak aje mulutku ni cakap macam tu, tapi macam ada pasir pulak. Tak terkeluar kata-kata aku ini. Emak selalu berpesan berfikir dahulu sebelum bercakap. Bukan fikir lepas cakap. Sebab tu lah kadang-kadang aku jadi lambat pula bercakap.Aku lebih suka mendengar dahulu apa orang lain cakap. Dan lepas tu kalau ada peluang barulah aku bercakap. Kadang-kadang pula peluang tiada, dan aku selalu terlepas peluang untuk bercakap. Memperkatakan pendirianku. Atas apa-apa topic pun. Itulah sebabnya ya kawan-kawan serumahku ini mengatakan aku ini pendiam. Huh sebenarnya aku tidaklah pendiam, tapi kalau dah kamu semua yang asyik nak bercakap, tak kuasa juga aku nak berebut bercakap.Aku senyum sendirian mengenangkan teman-teman serumah yang tentunya saat ini sedang enak-enak di rumah sendiri. Aku aje lah yang masih di sini, tak juga sampai-sampai di rumah.
Mamat ni memang selamba aje nampak gayanya. Aku pula yang jadi serba salah. Nak baca kat tempat lain, stesen bas ni bukannya besar mana, untuk aku tukar tempat duduk pula. Mesti dikatanya aku ini kedekut tahap dewa. Nak tumpang jeling baca komik pun kedekut.Tapi yang sebenarnya aku ni kan jenis penakut pada lelaki-lelaki tak dikenali.Rasa terpenjara pula.
“Takut ke?” tetiba dia bersuara. Senyum dilemparkan. Topi di kepala di letak ke sisi.Menampakkan rambut kerinting besar-besar dia. Rambut melepasi leher. Baju besar mengalahkan Dr apa tuh, penyanyi yang gelarkan diri sendiri dr tu. Lupa pula namanya.Arghh lagak macam seniman sahaja ya.
Agaknya dia ni ada kuasa psikik boleh baca fikiranku. Atau aku ini bukan pelakon terbaik yang boleh buat muka toya depan orang. Kecuali depan hanya satu orang tu, aku boleh jadi muka toya seratus peratus.
“Tak.” Aku geleng kepala. Takkan nak mengaku.
“Tak mahu saya tumpang baca?” Aik, ini nak jadi peramah ke apa? Ingat pesan mak, jangan mudah percaya pada kata-kata lelaki sangat.Be Careful. Aku memang ingat itu. Tetapi untuk aku bersikap biadap, tentulah tidak manis sekali.Pesanan emak yang meminta aku pandai-pandai jaga diri di tempat orang kejap dalam simpanan akal fikirku. Berbudi apabila perlu.Berjaga-jaga apabila tiba waktunya.
Aku diam. Senyum tapi tak senyum.
Majalah Ujang di tutup. Dihulur kepada lelaki di sebelah. Entah berapa umurnya aku pun tidak tahu. Tapi melihat raut wajahnya, mungkin juga tua sedikit dariku.
“Nah, ambiklah dulu.”
“Tak apa.” Eh tadi masa aku sedang baca, dia yang tumpang semangkuk, kali ni, bila aku offer, dia pula jual mahal.
“Saya saje nak tengok apa yang awak baca sebab dari tadi saya tengok awak tak hirau kat orang lain pun kat stesen bas ni. Lepas tu sengih sorang-sorang pulak.” Baju belang-belang besar yang dipakainya dikibas-kibas. Panas agaknya. Betullah stesen ini memang agak panas.
“Ehh ye ke?Entah.” Aku jadi kaget.
“Mahu balik ke mana?”
“Kota Bharu.” Kenapa aku jawab? Tapi takkan tak jawab. Itu sombong maut pula. Tapi aku tak kenal dia siapa. Biarlah, kalau dia tanya lebih-lebih, jangan jawab lurus sangat, bukannya dia tahu pun.
“Seorang aje? Takut ke?” Di ulang soalan sama.
Aku bukan takut sangat. Tapi aku jadi kaget sebab dia ni dari tadi memerhatikan aku. Aku ni kan bukannya suka diperhatikan. Itu yang menyebabkan aku jadi sebal semacam.Tapi muka dia memang nampak baik. Eh muka aje, hati belum tentu. Hai hati, jangan buruk sangka pada orang tau, hati satu lagi cakap, tapi kalau tak berhati-hati, nanti jatuh hati, mau mati nanti..hehehh
Aku angguk. Lempar senyum. Muka ke depan.
“Saya Bob.” Aku tahu. Ewahh tahunya kau Hany. Bukanlah, biasanya kalau ada lelaki macam dia, tak tahu lah kenapa biasanya nama dia akan jadi BOB, tak kisah lah nama sebenar dia Adam ke, Nik Zahim ke, Alex ke. Ada orang cakap kat aku, BOB tu sebenarnya akronim pada Badan Orang Besar. Entahlah aku pun tak tahu sejauh mana kepastiannya.
“Ohh Bob.” Dia tidak hulur tangan seperti kelaziman orang ingin berkenalan. Mujurlah.Dia tahu adab-adab muslim.Bukan orang barat sana yang akan hulur-hulur tangan kalau ingin mulakan perkenalan tak kira siapa.Mungkin dia pun confuse tengok aku. Aku senyum.
“Saya nak ke Kerteh. Naik bas Kuala Terengganu. Bas Budaya juga.” Aih dia dah jadi spy ke sampai tahu aku naik bas Budaya juga. Bob angkat kening. Tahu aku macam soal dia balik dengan kening terangkat.
“Tuuu” tangan dia tunjuk pada tiket kat hujung tangan aku. Kami gelak.Eh kenapa pula aku tak simpan tiket ni dalam poket tadi, kalau jatuh atau hilang, jawabnya tak balik rumah lah aku. Menangis tak berlagulah kat bandar ni.
Ahh sudah dia ni tahu pulak. Tapi jangan terlalu bersangka buruk Hany pada orang lain. Selagi tiada tanda-tanda mencurigakan, bersangka baiklah pada orang.
Mengenali dirinya, aku sempat tahu yang dia pelajar di Kolej Yayasan Melaka. Tahun akhir. Jurusan Pengurusan Perniagaan. Sebentar kemudian, ada bas Budaya baru masuk ke Stesen ini. Ada tulisan besar Kuala Terengganu di depannya. Menyedari itu basnya, Bob minta diri.
Sudah jam lapan setengah malam.Biasanya bas sudah ada kalau waktu-waktu begini. Kebiasaannya kalau aku naik bas express ke mana-mana, waktu setengah jam sebelum bertolak begini, aku sudah siap sedia dalam bas.Lihat-lihat sahaja orang lain naik. Aku suka jadi awal. Tapi kali ni tak nampak pula bayang bas aku. Bas orang lain ada lah pula.Mana pula bas aku ni tak sampai-sampai lagi. Aku ambil keputusan tinggalkan sekejap beg pakaianku di sini, hanya bawa beg sandang dan tinjau sekali lagi bas-bas yang ada. Mungkin aku terlepas pandang tadi masa bas-bas dah bersusun. Atau mungkin juga ketika Bob si mamat rambut kerinting tu tengah asyik bercerita. Kenapa ya aku selalu dipertemukan dengan lelaki yang peramah pula? Yang mula-mula aku jadi tak mahu bercakap jadi tercakap pula?.Aku senyum sendirian mengenangkan perihal tadi.
Ha itu dia , Plat nombor DAD 3883, ada pun kau bas. Puas aku tunggu rupanya bas dah ada.Aku tepuk dahi. Nasib baiklah aku tinjau lagi sekali. Kalau tidak, mesti nanti terkocoh-kocoh pula.
Aku patah balik ke tempat beg pakaianku. Tali beg disangkut ke bahu, beg sandang kecil sudah tersedia. Ketika aku melalui bas besar warna Ungu tu, Bob melambai tangan kearah aku. Senyum lebar sampai ke telinga.Peramah betul orangnya.
Ada beberapa orang lain yang turut beratur untuk menaiki bas yang sama denganku.
Aku mempercepatkan langkah. Aduh, beg aku ni jadi berat. Entah apalah barang yang aku bawa balik kali ini. Sampai beg aku jadi berat begini. Aku beratur. Nampaknya aku yang terkebelakang.
“Hany.” Ada suara memanggilku saat aku menjejak tangga bas paling tinggi.
Aku berpaling. Takkanlah Si Bob.
Hafizy? Apa dia buat di sini?
“Azlan kirim salam.” Dia senyum tapi muka dia yang tetap toya tu macam itu juga.
Aku terkejut. Jantung aku berdebar. Kenapa jadi berdebar tiap kali nama dia disebut? Dia ada di sini jugakah? Dia nampak ke aku berbual dengan Bob tadi? Tapi aku tak buat apa-apa yang salah. Hanya basa-basi, sekadar perkenalan biasa orang yang menghulur sebuah salam persahabatan.
“Waalaikumussalam.” Aku senyum sahaja. Apa lagi yang boleh aku buat kalau jantung tengah berdegup kencang begini?
Hafizy masih berdiri di situ.
“Dia nak minta maaf juga yang dulu-dulu tu.” Hafizy menyambung bicara.
“Tak apa, tak ada apa.”Aku membalas. Lagi ayat klise, aku rasa. Azlan di sini juga? Aku ingin menyambung tanya tapi tidak terkeluar.
“Awak pun balik malam ni?” Ayat lain yang nak tanya, ayat lain yang keluar.
“Aa’h malam ni juga. Bas lain.Tuu” Jarinya ditunjuk ke arah hujung sana.Destinasi sama tapi nombor yang lain. Itu lah bas ke Kelantan ni selalunya banyak ya, tetapi sering sahaja kehabisan tiket kalau beli di akhir-akhir waktu.Ramai betul warga pantai timur ni di bumi orang.
“Baik-baik naik bas.” Hafizy menyambung. Dia senyum sambil seluk poket seluar. Gaya biasa teman sekelasku ini yang aku sudah arif benar. T-shirt longgar membalut tubuhnya yang kurus kering. Amboi Hanany, kalau mengata orang, sedap ya , kau pun apa kurangnya, kering juga.
“Terima Kasih,” ringkas aku menjawab. Hafizy beredar.Berlalu pergi. Aku berjalan lambat-lambat ke tempat duduk. Mencari tempat duduk. Lapan belas A. Ohh di sana.Dihujung sana.Agak sedikit terkebalakang. Mujurlah, masih jauh dari tandas.Aku meletakkan beg di atas pangkin yang sudah disediakan.Duduk. Mujur masih tiada orang di sini. Bolehlah aku duduk di tepi tingkap. Tempat kegemaranku. Boleh meninjau-ninjau orang yang lalu lalang. Memerhati gelagat manusia yang bermacam ragam.Aku duduk diam-diam di situ, tapi hati di dalam jadi tak henti berdegup.Ohh hati cukuplah berdebar. Kenapa Si Azlan kirim salam pada aku? Kenapa dia kirim salam melalui Hafizy pula. Di mana dia?Aku tidak tahu menafsir.Selama ini aku memang bukan pakar menafsir apa ada dalam kepala orang. Apakah itu salam persahabatan yang dia mahu hulurkan? Kalau salam persahabatan yang dia mahukan, kenapa pula tidak berterus terang sahaja padaku. Kan senang jadi macam Bob. Aku pun boleh aje senang hati sambut salam perkenalan yang dihulurkan.Tentunya dalam batas-batas tertentu. Ini tidak, main sembunyi-sembunyi begini. Nak kata nak kawan, macam tak kawan. Nak kata tak kawan, macam berkawan sebab semua gerak geri aku dia tahu lah pula. Sampaikan aku sakit demam pun dia tahu. Prihatinnya mengalahkan teman serumah aku pula. Mengalahkan Adun Bukit Rambai pula.Azlan, Azlan pernahkah kau tahu apa yang tersembunyi dalam hatiku?Tak, dia tak akan pernah tahu. Forever and ever.

posted by Mirip at 11:02 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home