Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, January 17, 2008
iv- Erti Cinta
Apakah peristiwa yang masih anda ingat membabitkan kadar adrenalin yang tinggi menjalar di seluruh anggota badan anda?
Antara yang diingat ialah:
1.Saat menerima panggilan pertama dari insan berlainan jantina.Tangan jadi lemah,jantung berdegup macam nak pecah,untuk cover semua itu, intonasi suaraku sudah tidak normal.Soalan disambut dengan soalan kembali.Jadi garang.Sebenarnya itu bukan diri sebenar aku, tapi akus pun tidak tahu kenapa terjadi begitu.360 darjah berbeza.Sehinggalah keesokan harinya, aku diberitahu teman yang menelefon merah parasnya dan sedih perasaannya.Aku minta ampun!!Emmm sampai saat ini pun,masih berbekas rasa kesianku pada dirinya atas perbuatan 'jahat' aku.
2.Surat pertama mengandungi kata-kata pujangga ingin menjadikan aku teman hidupnya.Hah? Secepat itu? Macamana dia tahu nama aku walaupun yang ditulisnya itu sebenarnya nama gelar untuk anak-anakku sekarang kepada aku kini? Siapa gerangannya dia? Rupanya selama aku menunggu naik bas dengan kakak-kakak serumah ke kilang, dia memerhatikanku.Selepas kakak-kakak itu memberitahu insan itu, aku jadi takut sampai memang akan melarikan diri.Tidak sempat untuk cam mukanya betul-betul.Emm kesian juga dia sebab aku lari macam lipas kudung naik apartment sebaik melihat dia.Maafkan aku.
3. Panggilan pertama ke rumah ibu bapaku. Panggilan diterima ketika sedang makan. Symptom kes pertama menyerang lagi. Cuma kali ini tindakbalasku tidak lagi seperti kes no 1.Soalan disambut dengan jawapan kali ini.Sebaik gagang diletakkan, kembali ke hidangan. Tangan masih tiada upaya diangkat untuk makan selaju tadi.Symptom masih ada, terus ditanya oleh ibu dan jawapan telus dihulur.Akhirnya kini orang itu yang menjadi teman serumahku?.Emmm
Tidak tahu pada orang lain, tapi kalau dikenang semula,itulah diriku suatu waktu dulu.Mungkin kerana cinta tidak pernah menjadi agenda dalam hidupku.Lantas saat cinta hadir menawarkan diri, aku jadi gabra tidak tahu apa harus dibuat. Kerana suatu waktu dahulu aku memang membenci cinta. Dan seangkatan dengannya. Juga jadi takut pada lelaki yang ingin menghulur cinta. Takut sehinggakan aku jadi bukan diriku lagi. Berlainan pula andai sekadar menjadi kawan-kawan biasa.Aku tidak ada masalah berkawan dengan siapa-siapa pun. Tangan aku tidak jadi lemah,aku tidak jadi garang,jantungku tidak berdegup bagai ingin pecah kalau aku tahu dia tidak ada apa-apa perasaan selain menganggap aku ini kawannya. Jadi, perhubungan itu memang berterusan sampai bila-bila.
Akhirnya aku sedar yang kematangan itu datang seiring usia.Semakin usia meningkat, kematangan juga meningkat.Jadinya kini kalau diingat kembali semua peristiwa yang menjadi ketakutan dalam hidupku suatu waktu dulu adalah saat-saat manis yang indah untuk dikenang.Tentunya proses pembelajaran itu memang akan sentiasa berkadar langsung dengan perjalanan waktu. Dan inilah catatan perjalanan seorang aku. Seorang aku yang hanya aku yang tahu rahsianya.:)

posted by Mirip at 8:36 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home