Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, September 26, 2007
Kawan lama
Telefon berdering. Tidak sempat menjawab Hello, pemanggil sudah bersuara
"Assalamualaikum," suara kasar di hujung talian.
diam- mataku masih menala ke arah skrin.Problem baru dihantar oleh pengguna, belum pernah aku jumpa lagi kes ini.Kepala berputar mencari penyelesaian.
"Assalamualaikum," suara di sana memanggil lagi.
"err, Waalaikumussalam" aku menjawab. Ya Allah, apalah aku ni ya, orang bagi salam tu.
"Ni Hazrul, ingat lagi?Mohamad Hazrul"
"Hazrul?Hazrul..."
"Dol la..." suara di sana ketawa.
"Ohh Dol..." igatan melayang kepada teman sekursus suatu waktu dulu.
"Hah, sebut Dol baru ingat, sebut Hazrul tak ingat, " dia menyergah sambil ketawa
"Ya, ya, ingat, ingat...."
"Aku nak tanya kau ni?"
"Hah.. tanya la ,. pasal apa?"
"Kalau aku nak report kerosakan di hala ke bahagian aku boleh tak?"
"Ohh beres, tapi kau kena minta proper la, field mana kau nak."
"Field, itulah masalahnya aku pun tak masuk lagi sistem tu?"
"Kau dah ada ID ke belum?"
"Tak ada, kau nak bagi ke?"
"ID tu kalau kau request aku boleh create"
"Takpe, tak pe aku tengok yang kawan aku ni je dulu..."
"Lepas tu kau mentioned mana-mana field yang kau nak, nanti request kat aku, ...."
....perbualan seterusnya berkisar pada kerja. bla bla bla..
"eh kau kenal ke aku?"
"rasa cam kenal, nama tu aku ingat la, ko pakai spec kan?"
"aa'h pakai"
"ha betullah tu, kalu dulu ko kecik-kecik je, tak tahu la sekarang kot dah berisi ke, kalau aku ni memang dah berubag sangat la"
"emm camtu gak la.."
"Ofis kau kat mana ni?"
"Kelana Jaya"
"Lah KLJ, dulu?
"Bangsar"
"Ehh nape dari Bangsar ke KLJ?Kena halau ye?"
"Emmm entahlah biasalah orang kecil ikut aje..."
"Iyalah, ikut aje lah...Kalau macam tu, bolehlah kalau aku ke sana, ajak kau minum-minum"
"Dah kahwin?"
"Dah.."
"Tak tahu pun..."
"La kan dah lama berzaman dah..."
"Dah berapa orang ?"
"Lima" selamba aku menjawab. Tawa perlu di tahan.
"Hah , lima? mak ooii express nya? tiap-tiap tahun ke?"
heheheh bla bla bla
"tak de la, dua je"
"tu la, kalau lima terkejut aku. Tak terkejar aku, aku baru seorang.Tak tahulah sempat kejar ke tak"
"heheh sepasang"
"laki perempuan"
"perempuan lelaki"
"Oklah tu sepasang"
Tengahari ini aku senyum sampai ke telinga. 6 tahun berlalu. Hari ini berjumpa. Ops bukan , bertanya khabar melalui suara. Hazrul rakan sekelas, sama-sama berkursus, training selama sebulan sebelum memulakan tugasan. Sebelum masing-masing lost contact selepas sudah ada tanggungjawab masing-masing. Dia antara beberapa orang yang bekerja dahulu , baru dihantar ke kursus tu, manakala selebihnya kami ramai yang baru grad- fresh lagi, belum tahu apa itu dunia kerjaya. Sebagai orang yang lebih senior dalam kumpulan kami, semua orang kenal siapa Hazrul. Dengan sofatnya yang kelakar, siapa saja mudah mendengar celotehnya. Paling tak dilupa, dia kuat makan durian... Habis durian pak cik staff di bedal dia je masa pak cik tu bawa durian dari kebun dia.. Bukan sekali dua.. Banyak kali.Aku pun kaki durian jugak.Dia yang tolong bukakan durian-durian. Dari situ aku jadi kenal dia.
Itulah kenangan.Cepat masa berlalu meninggalkan kita semua.
-------
nama watak adalah rekaan

posted by Mirip at 4:08 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home