Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, January 02, 2008

Apa dah jadi dengan Malaysia?



‘Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik

Apa dah jadi? Benarlah di akhir zaman ini, golongan yang menjadi pemimpin adalah orang yang tak sepatutnya menjadi pemimpin.Juga orang ditakuti kerana kezalimannya.Juga hadis dari Nabi Muhammad yang ada kaitannya juga:Tunggulah kebinasaan sesuatu kaum andai sesuatu jawatan dipegang oleh orang yang bukan ahlinya.
Kalau dahulu, soal akhlaklah yang paling dipandang.Itu adalah kriteria utama.Mengalahkan kriteria-kriteria lain.Pemimpin adalah contoh kepada anak buah di bawah pimpinannya.Andaikata ibu ketam berjalan bengkok, bagaimana mungkin beliau ingin mengajar anak-anaknya berjalan betul?
Tapi kini? Masih menghulurkan huluran simpati. Sungguh tak masuk akal.
Tulisan ini adalah secebis ekspresi diriku pada apa yang terjadi.
Bangkangan hatiku terhadap persekitaran.

Malaysia, cemerlang gemilang
Malaysia kebanggaan negara
Malaysia
Malaysia boleh!!

Labels:

posted by Mirip at 8:42 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home