Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, June 28, 2005

FWD emel- asrama penyayang

Assalamualaikum,
>
>Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama perlindungan yang
>menempatkan 45 orang kanak-kanak yang kebanyakannya terdiri daripada
>anak-anak orang asli, anak yatim serta anak fakir miskin yang tercicir dari
>sekolah. Anak-anak orang asli ini telah di islamkan disini dan telah
>diselamatkan sebelum pihak lain mengambil mereka untuk di kristiankan atau
>sebagainya.
>
>Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul,
>Kuala Lumpur dan di kelolakan oleh Ustazah Sarimah Ali. Kini Ustazah Sarimah
>menyewa rumah 3 pintu dengan belanja RM1,350 sebulan yang dijadikan 2 buah
>asrama, sebuah untuk laki-laki seramai 24 orang dan sebuah untuk perempuan
>yang seramai 21 orang manakala sebuah lagi dijadikan surau dan pejabat.
>Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan anak-anak ini hidup dalam keadaan
>yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat tidur dan makan sahaja, tidak
>lebih daripada itu. Keadaan asrama yang begitu sempit, kurang selesa dan
>hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat perlindungan mereka setiap
>hari.
>
>Di atas belas ihsan orang perseorangan, dibahagian tepi sebuah asrama
>tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang
>dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar. Keadaan
>"dewan" yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar beratapkan
>zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan langsung tidak sesuai untuk
>pembelajaran 45 orang kanak-kanak.
>
>Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau dibandingkan dengan asrama
>penyayang lain. Di dalam almari pakaian diperbuat daripada besi yang sudah
>roboh pintunya dan usang diletakan pakaian harian mereka yang nampak begitu
>lusuh sekali. Begitu juga dengan kasut sekolah yang begitu usang tersusun
>di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.
>
>Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu Puan Noraini, mereka baru
>sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah yang perihatin. Sebelum ini
>mereka semua tidur diatas simen berbekalkan tilam buruk aje.... Menurutnya
>lagi, anak-anak ini mungkin ada yang tak biasa tidur diatas katil, tiba-tiba
>hilang, bila dicari rupanya tidur dibawah katil, orang dah biasa
>susah..........
>
>Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini Ustazah dapat menyediakan
>makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal hanya nasi dengan satu
>jenis lauk sahaja. Anak-anak ini tak kisah makan satu lauk sahaja kerana
>mereka dah biasa susah dan tak makan. Keadaan dapur yang kami lihat amat
>menyedihkan dan serba kekurangan. Menurut Puan Noraini setakat ini bekalan
>beras belum pernah putus tapi barang-barang lain seperti bawang, cili,
>minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi masalah bagi mereka.
>Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai.
>
>Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang dan
>mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari tempat yang lebih sesuai untuk
>anak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi memandangkan dana yang terhad amat
>menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang lebih selesa. Puan Noraini
>ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di tutup maka nasib anak-anak
>orang asli ini akan balik semula pada keadaan mereka yang bukan Islam serta
>anak-anak yatim dan fakir miskin akan hilang tempat berteduh dan tidak dapat
>terus pergi ke sekolah. Maka dalam keadan yang serba kekuranan ini Ustazah
>Sarimah meneruskan niat untuk mengendalikan asrama penyayang ini.
>
>Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan Asrama Penyayang Nur Iman
>ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun 2005. Asrama ini memerlukan
>pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan kewangan, pakaian,
>pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alat
>tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi...........
>
>Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus Ustazah Sarimah 03-40222404
>/ 019-2519082 atau disalurkan ke akaun AM Finance no. 2272021000327.
>
>Sekian terima kasih.
posted by Mirip at 4:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home