Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, November 13, 2007

REJECT

Dalam dunia pekerjaan, ketegasan memang perlu. Benar, setiap perkara itu ada prosedur yang telah ditetapkan, namun kadangkala bagi benda-benda yang kecil, kita kadangkala perlu bertoleransi untuk memudahkan semua pihak. Tapi jangan pula toleransi itu disalah tafsir kan dan diambil mudah!.

Hari ini, setelah aku menunggu sejak seminggu yang lepas tapi masih tiada maklumbalas sewajarnya dari pihak berkenaan, aku telah menekan button radio 'reject' pada request yang disediakan dalam sistem. Memang setiap request ada button 'accept' dan 'reject'. Mana-mana request yang tidak lengkap perlu direject, namun untuk memudahkan semua orang, kebiasaannya mana-mana yang perlu direject pada awalnya, terpaksa followup pula secara manual. Biasalah tu, bukan semua orang faham dan kita try memahami orang - apa orang kata put ourselves in their shoes.. Ok berbalik kepada kes tadi, sebaik sahaja aku tekan button 'reject' akan ada automatic email yang hantar kepada pihak berkenaan bahawasanya aku telah 'reject' permohonan tersebut beserta butiran-butiran kenapa 'reject'.

Kring kringggg
A: Hello, saya A, saya dah baca email tadi....
B: Ya..
A: Kenapa reject?
B: Permohonan tidak lengkap. Saya sudah followup tapi masih tiada maklum balas
A: Ooh ya, saya baru tahu, sebelum ini saya bercuti, dan benda tu pun dapat kat orang lain.
B: Saya terpaksa reject, sebab kalau tak reject, sampai bila pun tak ada feedback
A:Boleh kita buka master copy, colour hitam dah ada
B: Saya tahu..yang color hitam dah ada, kita tengok yang bawah ya.. macam no 12, 13 ...... perlulah ada reccomendation yang sesuai. Option yang seharusnya ada..
A: ooook, kalau gitu, saya tengok dulu la ya
B: yup
A:Saya kena request balik ke?
B:Ya, sebab saya dah reject.
A: Orait..
B:OK..

Bukanlah aku ini mahu bersikap ...'yeaa kuasa kat tangan aku, aku boleh reject sesuka hati' tapi kalau dah seminggu masih tiada maklumbalas, dan job itu pula menyesakkan list to do aku tanpa ada apa-apa improvement, tindakan aku tadi sudah tepat. Barulah cepat pula feedback yang aku terima. Kan semua orang jadi senang.

Banyak lagi kisah-kisah sadis sepanjang aku kerja ni. Kes kat atas ni tak de la sadis mana pun , cumanya aku aje yang gatal tangan nak tulis kat sini. Banyak lagi tapi tak leh la nak tulis. Simpan saje dalam hati. hehehe..
-luahan hati pekerja kuli macam aku ni
posted by Mirip at 3:29 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home