Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, May 07, 2010
Kasih seorang abang
Gambar mampu menceritakan seribu kisah.
Dalam usiaku sebegini, dalam kekalutan memikirkan masa depan, aku ingin menikmati hidup yang sekejap ini.
Semalam, 6 May aku berpeluang berbicara dengan salah seorang orang berjaya dalam lapangan industri yang aku ceburi ini. Bumiputera.Melayu. Sudah berkecimpung 25 tahun dalam bidangnya. Sekarang lebih banyak meluangkan masa dengan kerja-kerja kebajikan. Haji A, orangnya baya2 ayah pada diriku, muda sedikit dari ayahku sendiri barangkali, kerana anak2nya masih berada di Uni. Tinggal di rumah persekitaran KLCC. Nilai sewaan rumahnya di kawasan itu mencecah RM15K sebulan. Ya, dia membelinya zaman sewaktu KLCC belum wujud lagi. Orangnya berbicara lembut, (nada seorang bapa-bapa). Kata-kata hikmatnya yang masuk dalam jiwaku.
" Saya tidak meletakkan duit pada tangga pertama. Pada ketika ini, saya lebih kepada kerja-kerja kebajikan. Inilah kerja saya. Macam apa yang kita sedang buat ni. Tapi kalau tak ada duit pun tak boleh juga."
Tambahnya lagi, "saya ni, kalau kerja kat tempat lain, dah lama kena buang kerja."
Aku mengerut dahi, tidak memahami. "Maksud haji?"
"Yelah macam mana tak kena buang. Saya memang datang ofis, tapi ni je la kerja saya. Chit chat. Macam sekarang. Macam apa kita buat sekarang. Karang pukul 3 ke 3.30 ke saya turun bawah, minum. Saya datang kerja memang tiap2 hari. Selalu ada kat sini, tapi macam ni je la kerja saya "
Aku memahaminya, lalu menambah.. "aa'h... tapi mula2 tu la yang susah sikit tu kan"
Haji A mengangguk ," Az*** pun mula2 dulu susah gak," sambil menunjuk ke arah orang di sebelahku dan menambah perlahan sambil tersenyum "Mula-mula aje susah, ..,". Insan di sebelahku menambah "mental kena kuat & tabah".
Banyak aku belajar semalam dari Haji A. Pelajaran yang tak kudapat melalui pembacaan dan teori segala mala. Pembelajaran yang diadun bersama melalui teori dan praktikal, walaupun kadangkala ianya tidak selari, kedua-duanya aku ambil. Aku merasakan walaupun payah,dan kadangkala mahu sahaja aku menarik diri, tapi untuk pengetahuan diriku sendiri, aku merasakan tidak salah aku menyambung pelajaran dalam bidang psychology tempohari. Walaupun sangat jauh antara teori dan kajian dan thesis dan segala mala assignment yang harus aku laksanakan, sekurang-kurangnya pada masa depan, tatkala aku dapat mencapai apa yang aku cita-citakan, ilmu itu dapat aku applykan pada organisasiku sendiri, insyaAllah..
Walaupun di sini, ya disini, di meja dan di organisasi tempat aku coretkan kisah ini, kadangkala aku merasakan apa yang aku buat belajar itu tidak pun mendatangkan kelebihan buatku, ya tidak akan ada sesiapa yang memandang aku, dan course itu pun mungkin tidak relevan pada bidangku sekarang ini, (sangatlah pening aku rasakan duduk dalam industri yang sentiasa berubah ini), tapi utk diriku sendiri, insyaAllah ilmu itu aku ada gunanya. Biarlah kalau orang lain tidak memandangnya. Untuk sekali ini dan akan datang, aku ingin lakukan apa yang aku ingin lakukan, tidak lagi kerana terpaksa. dan tidak lagi kerana selalu memikirkan orang lain.
Selalu dalam hidupku ini, banyak yang aku fikirkan, dan aku selalu mengambil kira banyak sudut sebelum melakukan sesuatu. Ada bagusnya dan ada juga tidak bagusnya sikapku itu. Sungguh ku akui.
Tidak mengapalah, yang lepas biarkan lepas. Tidak ada untungnya dikenang barang yang lepas. Dan aku tidak dapat kembali masa dan segalanya. Kalau pun ada kegemilangan atau kesedihan atau apa2 sekalipun, samada diriku sendiri, bangsaku atau agamaku sekalipun, segala-galanya adalah lepas. Ku fikirkan, ya memang umat islam itu pernah gemilang, tapi kegemilangan itu sudah lepas. zaman ini umat ini diinjak, tapi umatnya masih lagi leka dengan kegemilangan masa silam. aku tidak merujuk pada orang lain, ya aku pun tidak boleh merubah orang lain. Tapi sesungguhnya aku mengatakan ini pada diriku sendiri.
Yang penting kini adalah masa sekarang. Dan masa depan!
posted by Mirip at 9:07 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home