Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, October 05, 2009

namaku namira

Sessi luahan perasaan.

1. Aku bukannya nak gaji banyak sangat. Cukup apa aku ada ni dah rasa ok. Kalu keja baru aku dapat setara aku dapat skarang dah ok. Aku bukan nak kaya meria sangat. Tapi kalau aku jadi macam Abdul Rahman Auf, Alhamdulillah.

2. Aku tak nak kerja yang aku tak nampak benefit dia pada aku dan pada ummah pun. Aku pun tak tau camana aku boleh sesat dalam dunia teknologi sedangkan aku bukan seorang yang hantu IT gadget @ segala teknologi. Hp aku asalkan boleh SMS dan call out dah memadai. Camera aku asal boleh ambik gambar tu pun tak selalu digunakan sbb selalu lupa nak bawak kemana mana, kalau orang bercakap pasal Nikon D50, Olympus etc etc aku tak ada perasaan pun nak benda2 tu.Sayang duit aku terbang melayang tak dapat hasil kat aku.. hahahha..very materialistic of me. Hahahahahah

3. Aku nak hidup yang simple, dan tenang dan aku suka dengan hidup dan kerja aku. Masalahnya sekrang semakin lama aku dok keja macam ni, gaji tetap aku makin naik, tapi aku rasa aku sakit jiwa. Aku macam tersekat.

4. Mudah-mudahan Allah permudahkan apa yang aku rancangkan.
Terlibat dalam dunia perniagaan konsultansi bukan bermakna aku nak kaya cepat, tapi asalkan aku puas dengan kerja itu sudah memadai. Bukan wang ringgit yang membuatkan aku happy dalam dunia ini. Ya wang itu penting sangat, tapi yang lebih penting lagi aku tak rasa terseksa melakukan sesuatu.

Aku tak suka bercakap di khalayak ramai. Aku suka one by one.
Aku tak suka bertekak tapi aku suka berhujjah.
Aku suka main ngan calculator.
Aku suka kira-kira.

Aku makan pegaga yang aku tanam sendiri. yess.. awet muda la camni gak.
Pokok mangga yang aku campak 3 darinya dah jadi pokok, memandangkan tanah sekangkang kera tak dapat nak menampungnya, petang karang aku nak gi beli tanah dan letak dalam pasu. Dah besar skit boleh transfer depan rumah sebelah kemboja n betik dan transfer rumah satu lagi, kanan dan kiri. Tak payah aku minta ngan orang lagi sbb nak makan mangga. Hehehhe Aku memang nak beli tapi orang-orang yang baik hati tu selalunya tak nak terima duit yang aku nak bayar utk aku sekali makan dengan kicap atau garam itu. Argg sedapnya. Lambat lagi la pokok aku tu boleh aku rasa hasilnya.

Kailan aku tumbuh tapi tak tau la aku kena letak baja ke tak. Hari tu aku nak beli baja tapi cam was-was plak selamat ke tak. Bayam aku tu tak membesar ke slow ke bantut pembesaran dia. Ke sbb aku tanam dalam pasu? emmm banyak betul projek dalam kepala aku ni. Tah boleh buat ke idak le.

Kes2 baru tak followup lagi. Tunggu masa yang sesuai.

Cepat la masa berlalu.. Aku nak habiskan tahun ni. Dan tahun depan. Dan cepat dan cepat. Wait n see.
posted by Mirip at 12:02 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home