Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, October 23, 2009

Tragedi October...

Ketika presentation dihadiri orang-orang besar, Manager, AGM dan vendor sedang berlangsung. Topik yang dibincangkan pula berkenaan IPCOre dan MetroE (bukan cucur udang dan karipap Mak Munah), tiba-tiba diganggu oleh suara kuat tanpa isyarat.

"SIAPA ADA ORDER MAKANAN?"

Aku terus keluar sebab aku yang uruskan mengenai makan minum attendance participants.

Wahhhh.. kalau ada orang sakit jantung,rasanya terus terjelepuk kat situ.

Aku keluar.

Adik tu kata "nama siapa? Tak tulis nama kat sini( merujuk bil makan minum dari pihak caterer). Malulah saya nak panggil di semua bilik."... bla bla.

Masuk semula ke dalam bilik meeting. Tapi hati agak geram sebab apa yang terbuku di hati tidak diluahkan.

Keluar semula dan menuju ke meja beliau. Adik itu (ya aku kira sangat baru bekerja kerana kurang PR, Atau sememangnya dia tidak mengambil berat soal kesopanan). Mula-mula aku lemparkan senyum yang paling manis kepadanya.

"Adik, ni saya nak cakap, kat dalam tu semua orang-orang besar, lain kali kalau nak panggil, tak boleh macam tu tau."Aku meluahkan apa yang aku rasa patut aku luahkan.

"Saya tolong u je, bukan kerja saya tu nak panggil-panggil. Mana saya tahu siapa yang order makanan," jawab adik itu dengan nada defensive. (ya nada defensive orang yang bersalah tapi tetap mahu mempertahankan perlakuannya).

"Ya, saya tahu niat adik tak tahu apa nama ni baik, nak tolong, tapi caranya tidak kena. Lain kali, just panggil (sambil tanganku berikan isyarat tanda orang melambai),atau tanya perlahan sudah cukup. Ini bila panggil macam tu (dia tidak memberi sebarang ketukan di pintu), semua orang terkejut, dan blank sekejap. Mengganggu . "

Dia ingin menjawab lagi.

Aku terus memotong.

"Lain kali jangan buat lagi macam ni. Tak elok."

Ketika makan, AGM dan staff di dalam bilik meeting semuanya menyatakan perasaan tidak berkenan dengan perlakuan staff tersebut, yang kalau dalam bahasa pantai timurnya TIDAK ADA TO'MA'NINAH.

Moral of the story:-
1. Kalau aku ingin mengambil pekerja di masa depan, aku tidak akan menilai personaliti luarannya sahaja yang cantik dan anggun tapi tidak berbudi bahasa. Aku akan buat test tarikh lahir dahulu. Dan aku akan bagi kajian kes , bukan untuk menilai tahap IQ mereka (Sekiranya pekerjaan itu tidak pun memerlukan tahap IQ tertentu). Dari jawapan mereka, mungkin boleh tahu apa perangai sebenar mereka.

2. Bukan semua - tapi selalunya aku dapati mereka yang bekerja sebagai kerani, atau frontliner, perangainya sangatlah pelik. Isu-isu yang kecil menjadi masalah besar kepada mereka. Sedangkan tidak sepatutnya isu-isu kecil itu menjadi satu masalah pun. Dan mereka sangat kuat membebel. Sorry, aku tidak bermaksud untuk mengecilkan kemampuan mereka, kerana aku juga selalu deal dengan kerani-kerani dan PA yang baik-baik hati belaka.

3. Apa yang penting.... kerjasama.. (nyanyi ikut Wonderpet cartoon). Apapun jenis kerja atau jawatan yang disandang, tidak kira tinggi atau rendah, budi bahasa tetap perlu dijunjung.

Sekian, terima kasih.
posted by Mirip at 11:35 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home