Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, June 28, 2011

Apabila mempercayai di sebalik kesulitan ada kemudahan

Waaaa... betapa lamanya aku tak masuk ke sini sampaikan aku sudah hampir lupa password dan ID untuk ke rumahku ini. SUngguh kasihan. Oh ya, hampir lupa ya, bukan lupa. Sebab kalau lupa, anda tentu tidak dapat membaca tulisanku yang merapu ini.

Aku yakin. Mendengar perkhabaran dari AGM ku tadi, aku semakin merasakan inilah peluangku yang Allah takdirkan bagi memilih jalanku. InsyaAllah.

Aku yakin rezeki di tangan Allah. Yang penting adalah usaha dan tidak duduk bergoyang kaki. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan ini.

Aku gembira, hari ini sudah hantar 2 job yang diterima serentak minggu lepas.

Aku selalu menjumpai jalan T, dan stuck di situ. Kali ini rasanya aku sudah menjumpai selekoh manakah yang harus aku terus tujui.

Mungkin aku selalu menekan brek dalam memacu kehidupan, tetapi mungkin kali ini Allah sudah menunjukkan jalan supaya tidak lagi terus menekan brek. Mudah-mudahan brekku kali ini tidak akan haus lagi.
posted by Mirip at 4:00 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home