Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, December 13, 2006

alahai adik aku

Bila tgk kisah benar NERACA kat tv ari tu teringat kisah benar diri sendiri plak.
Kisah dalam tv tu dia bersalin dalam kereta
Kes sama tahun 1996- bukan aku yg bersalin dalam kereta tp mak aku … dan bukan aku yg sambut baby tp pangku kepala mak aku je la..
Siang hari 15/12 tu aku konvo SPM, mak aku cam biasa je datang sekolah aku.
N tetiba malam tu mak aku kejut aku teman dia gi hospital
Mak aku dah sakit perut
On the way ke hospital ayah plak langgar lembu..heheh

Dah sampai hospital, nurse plak terkedek2..
Mcm dalam cerita kisah benar tu la.
Nurse dlm cerita tu suruh Sham Visa pergi hospital lain sbb dr tak ada.
Tp nurse hospital kawasan aku tu slow motion je.
Ayah dah hon2 kereta
Ada pesakit2 lain intai tru tingkap.. ayah mmg dah gelabah dah le..
Plus nak marah sama kat nurse…

Alih2 mak aku dah nak bersalin sgt dah, so nurse suruh kat situ jek..
Mana sempat dah nak letak atas troli apa segala..
Selamatlah adik aku dilahirkan…
Disaksikan aku sendiri
Bila nurse potong tali pusat , terpercik darah kat muka aku..
And mak disorong ke wad..

Aku n ayah balik rumah lepas tu.,..on the way sampai rumah carik2 kot2 ada lembu mati tepi jalan ke
Kot terpelanting ayah aku langgar tadi kan.
Tp tak de plak
Tak taula lembu tu hidup ke dah selamat…

Esok pagi 16/12/96- heboh org kat wad datang visit mak aku and nak tgk baby yg bersalin dalam kereta
Diorang pakat gelak2…
Dialog dalam kisah benar ari tu
Sham Visa: ALahai anak aku TIARA ( sbb dia pakai kereta proton tiara)

Dialog famili aku
Pak su : Kita letak nama dia SITI FORD HALIZA lah…(merujuk kereta FORD ayah pakai masa tu)-kereta FORD tu mmg kuat sbb tak kemek apa pun depan even langgar benda besar- we all assume lembu tgh tidur malam2 atas jalanraya kot..

Walaupun peristiwa ni dah lama, tp tak akan pupus dalam ingatan aku..
Sbb aku sendiri yg pangku mak aku

Lepas tu lagi satu mak aku kata adik aku tu perangai sama skit ngan aku..
Warna kulit, muka, kening, ada nak dekat sama ngan aku la..

Dan dalam banyak2 adik beradik, dia yg mak aku kata paling pelik
Sbb dia kalau dah buat satu2 benda lamaaaa sgt…
Main lamaa, ngadap computer lamaaa, baca buku boleh lamaaa,, dan merajuk melalak, pooonn dia paling lama…
posted by Mirip at 2:52 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home