Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, January 31, 2008

Kehilangan besar negara



Berita TV3 semalam memaparkan dua berita kematian tokoh terkenal berlainan bidang.
Waktu pulang ke rahmatullah hampir sama.

Bukan menidakkan laporan, namun melihat paparan berita, hati sedikit terusik apabila langsung tiada paparan lanjut mengenai bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom.

Institusi media menunjukkan seolah-olah kehilangan beliau tidak meninggalkan kesan apa-apa dalam pembangunan negara.

Untuk itu, saya mengambil inisiatif ini untuk menyatakan pendirian saya Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat.

Labels: ,

posted by Mirip at 11:46 AM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home