Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, July 04, 2011
Fekah Sakit Hati
Aku menulis ini sebagai tandamata aku ingin meninggalkan kesan juga pada titik perjuangan. Melihat propaganda yang keterlaluan kini di media massa arus perdana, tidak dapat tidak aku merasakan memang mereka sudah ketakutan. Melakukan apa sahaja. Dan bagi mereka yang dapat berfikir, tentu merasakan ada benarnya pepatah orang tua yang mengatakan : TAKUT KERANA SALAH. BERANI KERANA BENAR.
Kalaulah bukan kerana aku ini seorang perempuan yang mempunyai anak kecil, ingin rasanya aku turut serta dalam insiden yang aku rasa bakal mencatat sejarah. Sekurang-kurangnya aku terlibat sama. Dan kalau nanti 50 tahun akan datang, aku dapat melihat wajah muda dan cantik jelitaku ini antara yang terlibat. {walaupun hanya di kamera sendiri- aragh sangat perasankan aku ini- walhal aku ini sangatlah tidak fotogenik. Kerana itu aku tidak banyak bergambar dek kerana wajahku yang memang tidak mesra fotogenik ini)
Ok. Habis di sini. Cuma aku ingin katakan, apa yang berlaku di luar sana, memang ternyata menakutkan mereka di sini. Lalu propaganda yang dibuat sangat berlebih-lebihan. Bagi mereka yang boleh berfikir, fikirlah dengan mata hati.Kiranya kalau orang yang berada di atas pagar sekalipun, terasa ingin terjun dan memihak kepada yang diserang dek kerana dasar simpati. Bukankah kita ketika di zaman persekolahan dahulu begitu? Rasa ingin membela kawan-kawan yang selalu dibuli. Itu kurasakan satu fitrah yang sudah Allah titipkan dalam sanubari kita.
Oh ya, ku ingin juga nyatakan. Kenapa di akhirat nanti ada pembalasan. Kerana di dunia ini terlalu banyak keadilan tidak dapat tertegak. Kalau sekiranya Allah tidak mengadakan hari pembalasan, tentu sahaja orang-orang yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya di dunia ini terus tidak mendapat apa-apa. Inilah yang aku cari. Aku tidak merasakan aku sedang bekerja ketika aku menyiapkan hal itu. Aku suka melakukannya kerana aku mendapat ilmu yang lebih daripada semalam. Dan aku gembira kalau hasil buah tanganku yang sedikit itu dapat juga di terima oleh khalayak. Aminnn.....

posted by Mirip at 10:59 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home