Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, July 29, 2011

Pengalaman

Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan.

1. Pengalaman terasa dipandang hina oleh kerana aku seorang 'saleswoman'

2. Pengalaman secara tiba-tiba orang itu tidak mengenali diri saya sedangkan sebelumnya dia memang kenal dengan saya. Sangat tidak masuk akal bukan? Apabila diingat2 kenapa ya dia jadi begitu? Oh ya baru saya teringat. Mungkin kerana dulu saya pernah menerangkan plan saya kepadanya. Dan dia kemudian dia tidak mahu. Bagi saya, tidak mengapa. Saya tidak terasa apa2 pun kalau orang tidak mahu. Itukan sudah adat. Tugas saya hanya menerangkan. Kalau semua orang yang saya terangkan itu mahu menjadi pelanggan saya, sudah tentu saya sudah kaya raya sekarang.Duit masuk ke dalam akaun berkepuk-kepuk. Tetapi saya tahu sangat-sangat tidak begitu kalau namanya dunia perniagaan. Saya sesungguhnya tidak kisah. Ya, kalau dia mahu menjadi pelanggan saya, saya berterima kasih. Tetapi kalau tidak. Tidak mengapa. Kalau hati sensitif, jangan terlibat dengan dunia perniagaan. Jadi sahaja seorang pekerja tetap yang menerima gaji bulanan. Kemudian saya terfikir lagi. Ohh ya, mungkin juga kerana saya ini dipandang hina kerana berjualan. Tidak layak lagi berkawan dengannya kerana dia sekarang orang penting. Dan lebih penting lagi suaminya bukan orang sebarangan. Orang penting di syarikat ini. Tapi tidak mengapalah. Saya anggap ini pelajaran hidup saya.

3. Satu lagi. Rupa-rupanya saya tahu yang ada suami yang ops... terlebih sudah..

4. Saya jumpa orang yang rumahnya BESAR, rumahnya BUNGALOW. Ketika dia ingin berjumpa saya kerana ingin menjadi pelanggan saya. Panjang kisahnya, selepas makan tengahari, ketika dia ingin naik ke pejabatnya yang besar, dia melambai tangannya ke arah saya. Saya pergi menghampirinya dan dia berbisik, "Akak tertinggal duit.." aku tak ingat ayat seterusnya. Namun aku pinjamkan dia nilai RM50. Aku tidak tipu apabila mengatakan dia orang kaya (berdasarkan rumah besar dimilikinya) ketika mengambil borang berkaitan. Namun aku masih tidak proses borangnya kerana dia sedang menunggu laporan hospital kerana umurnya >40 tahun. Kemudian selang beberapa ketika dia menelefonku, menceritakan sesuatu yang memang membuatkan aku terkejut... Yang aku rasakan tidak sepatutnya orang rumah besar, kereta besar, (dan tuan besar), melakukan itu. Selepas consult dengan mentor saya, mentor saya menasihati "LUPAKAN SAHAJA..." Kini saya tahu ada entahlah, ada macam2 orang dalam dunia ini. Dan yang tak logik itu kita akan pernah jumpa dalam dunia perniagaan.

5. Ada banyak lagii.. tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.

Apapun, saya gembira dapat menolong client2 saya. Saya gembira kalau mereka menerima pampasan. Saya gembira kalau mereka menerima cek selepas keluar dari hospital. Itu yang lebih penting buat saya.
posted by Mirip at 4:36 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home