Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, January 28, 2005

Video kamera+ Kamera Digital 2 in 1

Reviu Produk: MVX25i hapus konsep bawa dua kamera


KONSEP membawa dua kamera pada satu masa agak merumitkan tapi itulah hakikatnya di samping ingin merakam detik manis menggunakan kamera video, namun gambar pegun pun hendak disimpan juga.


Model: Canon MVX25i – Kamera video digital
Pengeluar: Canon Inc.
Pertanyaan: Canon Marketing (M) Sdn Bhd
Telefon: 03-7844 6008/6009
Harga: RM3,499
Reviu: Husain Jahit



MVX25i ialah kamera Photo DV memiliki dwifungsi iaitu video atau foto yang dibangunkan berasaskan gabungan kepakaran kamera video dan kamera digital daripada Canon. Pembangunannya dikatakan sealiran dengan kehendak atau trend pengguna masa kini yang lebih gemar menyimpan video dan foto pada satu masa.

Reka bentuk fizikalnya tidak banyak beza dengan model sebelumnya dengan saiz kecil untuk memudahkan dibawa ke mana-mana. Dimensinya 77x82x134mm dan beratnya hanya 645 gram.

furthers details
klik sini

kalaulah aku dapat, bestnyaaa..tp kau tgk price dia, mak aaii sayang plak duit ..banyak tu.. tunggulah sampai harga dia jatuh dulu baru consider..:))
posted by Mirip at 8:48 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home