Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, March 03, 2005

Petikan ceramah Ustaz Hassan Din. 3/3/05@ 1.00 pm

Petikan ceramah Ustaz Hassan Din. 3/3/05@ 1.00 pm.- Maal Hijrah

Ingat- Selari dgn kedatangan tahun baru, kena ingat, semakin bertambah usia, semakin sedikit baki umur yg tinggal, Sentiasa ingat mati.

Peristiwa.
Ali gantikan dirinya di malam hari ketika kaum Musyrik ingin membunuh Nabi. Abu Bakar bersama2 Nabi ke Madinah. Asma’ yg meninggalkan bekas2 tapak kaki Nabi utk menjaga keselamatan Nabi dan Ayahnya.

Hikmah di sebalik Hijrah.
Satu.Kita nak anak muda yg macam Ali. Tp anak muda zaman skrg? Anak muda yg mata kuyu?Kalau mcm nilah anak muda, buat menyemak je. Nak cari mana yg mcm Ali? Sengaja Allah paparkan watak2 mcm Ali. Yg jiwanya Islamik. Mengorbankan diri kerana Allah.Bukan mengorbankan kerana dadah. Apabila ditanya kenapa Ali sanggup tidur di tempat tidur nabi. Ali menjawab

“ kerana aku tahu yg Kaum Musyrik ingin membunuh Nabilah, aku sanggup menggantikan diriku. Kerana kalau aku yg mati, hanya aku seorang yg mati, tp kalau Nabi yg mati? Berapa ramai lagi yg akan mati. Bagaimana dgn Islam” Jawapan dari anak muda yg mungkin anak muda zaman skrg tak akan terfikir.

Dua.Islam nak watak org tua mcm Abu Bakar. Meninggalkan segala2nya semata2 nak selamatkan Nabi. Hijrah bersama Rasullullah. Tp kalau org tua yg pikir keduniaan?. kalau pk duit je, pk harta, buat apa.

Tiga. Nak Wanita mcm Asma’. mempertaruhkan nyawa demi Islam. Mempertauhkan nyawa demi keselamatan ayahnya dan Nabi. Jgn jadi wanita zaman sekarang, yg mendedahkan sana sini.

Cakap pasal kejayaan Islam. Sepanjang 13 tahun di Mekah,jgn kata nak bina masjid,nak sembayang pun tak boleh. Tp sampai di Madinah, Islam kuat, gagah. Saya berpendapat kejayaan islam di Madinah ada hubungkait dgn perancngn kuat .Perancabgan semasa dlm perjalanan Hijrah. Semasa perjalan ke Madinah, di Kuba’ Nabi bina masjjid, sampai di Madinah bina Masjid Nabi. Sekiranya Umat Islam menjadikan masjid berperanan, kerajaan mudah berkembang..

Agenda kedua. Kejayaan islam mengambil kira perpaduan. Satukan Aus & Khazraj. Sblm ni, memasing berebut nak jadi ketua. Berperang sesama sendiri.Beribu-ribu meninggal. Tp bila nabi ke Madinah, berpegang pada tema “muslim adalah saudara muslim”. Manusia yg bersengketa selama bertahun, mereka bersatu, Tida lagi Aus, Tiada lagi Khazraj. Wujudlah Ansar.. Satukan pula Ansar dan Muhajirin. Penyatuan tanpa syarat. Khalifah pertama , Abu Bakar (Muhajirin), Umar ( Muhajirin), Usman (Muhajirin)-penyatuan tanpa syarat..kerana inilah islam berjaya,Muslim adalah saudara Muslim.

Kesimpulan
Kejayaan Hijrah.
1. Jihad. Kena ambil kira anak muda,orang tua, wanita. Watak2 seperti Ali, Abu Bakar dan Asma’
2. Penyatuan tanpa syarat. Tida masalah. Tiada perbalahan. Kerana itu Islam berjaya mnguasai 1/3 dunia.

Nabi bersabda
Org yg berhijrah yg sebnrnya ialah org yg pmeninggalkan apa yg Allah larang. Apakah kita masih melakukan apa yg haram? Tinggal.. itulah hijrah yg sebenarnya.”

Tidak ada lagi Hijrah selepas pembukaan Madinah, yg ada hanyalah Jihad. Niat kerana Allah.”

Org yg bersedekah, rahsiakan sehinggakan tgn kanan memberi, tgn kiri tak tahu

Berhijrahlah kerana Allah.

----
Sekadar sedikit sumbangan aku sbg umat Islam. Sambil mendengar, aku taipkan isi kandungan ceramah. Mudah-mudahan ramai yg mendapat ilmu darinya. Maaf kalau ayatnya tunggang langgang sedikit.
posted by Mirip at 1:59 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home