Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, February 17, 2005
Untukmu wanita
Good article forwarded by one of my friend. Lets share together.
Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda
yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg
mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk
didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri
Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah
menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari
sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.
Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.
Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada
keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya
lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi
wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat
dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah
coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki
amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda
sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan
wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak
hinggap di tubuh anda.
Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali
sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil
sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa
siapa mempedulikannya lagi.
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara
diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas
diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di
manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah
tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga.
Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang
lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg
tahunya melihat anda sebagai 'alat'.Tapi wanita ibarat mutiara dipuncak bukit di
mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar
terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak
mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya
mencemarkan hidup anda.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi
menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada
dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan
pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.
~ Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk
memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,
tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup
jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.~

posted by Mirip at 2:35 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home