Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, May 12, 2005
Hot Issue this week
Minggu ni kecoh pasal isu yg satu ni.. mana2 paper pun report pasal this guy, dari seorang org biasa, dia bertukar jadi mcm artis plak.. hheheh.. tp sbg manusia biasa, aku mmg kesian kan dia .. menjadi mangsa pd keadaan & ker*j*n. may b jugak mangsa LAW ciptaan manusia...
Paper UTUSAN hari ni pun penuh dgn cerita remaja ni sahaja..salah satunya, klik sini
Ini pula FWD msg yg aku dpt.
+++++
NEGARA MAJU ANAK BANGSA MISKIN: KES AHMAD HAFIZAL DAN PLKN
-ROSLAN SMS
Rakyat masih tertunggu-tunggu pendakwaan terhadap 18 perasuah profil tinggi yang kononnya mahu didakwa oleh kerajaan pimpinan ****. Namun kesaat ini tak seorang pun yang diseret ke mahkamah. Tiba-tiba seorang anak remaja 19 tahun dihadapkan di mahkamah majistret di Perlis kerana didakwa gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Ahmad Hafizal didenda RM600 atau 14 hari penjara kerana kesalahan tersebut!Yang sedihnya remaja dari Kampung Titi Serong Kuala Perlis ini telah memilih untuk menjalani hukuman penjara atas alasan tidak mampu membayar denda tersebut.Ya tidak mampu! Menurut keterangan beliau keluarganya miskin, beliau tinggal dengan ibunya seorang pembantu tadika yang bekerja mencuci pinggan mangkuk (yang ditinggalkan suami) dengan 2 orang adik yang masih bersekolah. Ibunya memperolehi pendapatan RM150 sebulan manakala beliau sendiri mend! apat RM30 sehari bekerja mengambil upah mengerjakan sawah padi.Banyak perkara yang keliru dan bercelaru di sini. Pokoknya mengapa si miskin yang serba kekurangan dan daif ini perlu diseret ke mahkamah atas kesalahan yang sangat remeh dan tidak masuk akal.Mengapa beliau harus menyertai PLKN kiranya menyertai program tersebut bermakna keluarganya kekurangan RM30 sehari untuk hidup?!Dimanakah Jabatan Kebajikan, Baitul Mal, kerajaan negeri yang kononnya terkenal dengan Tradisi Membela Rakyat itu? Tegang-tegang urat leher pemimpin kita mengisytiharkan kononnya nak menjadikan Malaysia setaraf dengan Negara dunia pertama, rupa-rupanya anak bangsanya sendiri merempat, kais pagi makan pagi.Hari ini **** merayakan ulangtahunnya ke 59. **** kononnya ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan Negara tetapi di Perlis yang **** berkubu sejak merdeka masih ada anak bangsa yang hidup melarat, tidak mendapat pembelaan, dahlah susah dipenjarakan pula.Saya kira banyak pihak bersalah disini termasuklah majistret yang langsung tidak mengambil kira kesempitan hidup remaja ini, pihak ker***n yang ghairah mendakwa dan banyak pihak lagi. Dan saya juga hairan mengapa seorang sahaja remaja dihadapkan ke mahkamah semalam. Takkanlah tiada yang melakukan kesalahan yang sama di negeri-negeri lain? Mengapa tidak dilakukan pendakwaan serentak seluruh Negara? Mengapa pendakwaan berpilih-pilih?Apakah kerana anak ini anak orang miskin, tidak mampu mengambil peguam, tidak berpelajaran maka diperagakan simalang ini semata-mata untuk kerajaan menunjukkan kepada orang ramai bahawa ia serius dalam menangani isu mereka yang tidak menghadiri latihan PLKN?
roslan_s@yahoo.com
Isu hangat minggu ini...
Wallahuallam

posted by Mirip at 11:02 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home