Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, April 26, 2005

Pengajaran dari Toba & Yellow Stone; supervolcanoes

from fwd msg
+++++++++

sharing some facts...
baru2 ni di dalam siaran National Geog. ada menceritakan perihal
Yellowstone..fakta di bawah adalah benar belaka..berkenaan lake toba,
kurang pasti..

Toba Dan Yellowstone
RENUNGKAN SEPOTONG AYAT AL-QURAN:
Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil).Sedangkan Kami
memandangnya dekat (pasti terjadi).Pada hari ketika langit menjadi seperti
luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
(QS. 70:6-9)

Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat
sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika
letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal
berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan
gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika
dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes).

Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain
hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali
ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu
tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup dengan
dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan sejagat.

Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebihkurang 75,000
tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda lebih
kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu
ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan. Dianggarkan
letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah penduduk
dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua
manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat ini.
Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran
di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.
Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua
kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu
dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di
angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan pupus
akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga India
dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, India,
Asia Tenggara dan Australia.

Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika
Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak
beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung.
Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003
kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok
sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di
dasar Tasik Yellowstone,gelembung tanah setinggi 70m telah muncul.
Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan.
Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan
terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun
perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama
lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan
media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang
boleh membunuh berbillion-billion manusia?

Now, renungkanlah... apakah
selama ini kita hidup dengan selesa akan terus selesa dari bencana Allah?
Renungkan amal dan dosa kita selama ini. Renungkan insan-insan yang pernah
kita berbuat dosa kepadanya.. mungkin kini masa untuk kita bermaafan dengan
mereka. Dosa dengan Allah? Segeralah bertaubat kerana pabila nafas telah di
halkum segalanya telah terlewat.

Thanks a lot for sahabat, those forwarded this message.... and please
spread this out.

Semoga Allah mengampun segala dosa ana dan kalian semua.

AMIN...
posted by Mirip at 8:43 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home