Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, December 27, 2006

tazkirah

Recall balik apa ustaz radio Sel.FM cakap.
utk ingatan bersama-esp diri sendiri.
***
ustaz kata kita sbg manusia ni kena sentiasa berdoa. sbb bila berdoa tu kita letakkan segala harapan kita hanya utk Allah.bukan pada makhluk, org yg tak berdoa tu adalah orang yg angkuh, yg dia rasa semua benda dia boleh dapat.sedangkan kita ni sebenarnya kerdil je..
Ustaz kata lagi,
kita kalau minta ngan manusia, sikit2 takpelah
org tak marah lagi,
tapi kalau selalu?
"isk isk isk asyik minta ngan aku je, usahalah sendiri"-org akan ckp mcm ni lah.
tapi kalau kita minta ngan Allah
Allah lagi suka , sbb tu menandakan kita ni tak punya apa2.
Hanya Allah tempat kita minta.
Nak minta lama-lama pun tak apa.
***
itulah masa dgr tak tulis terus, skrg aku tak boleh nak tulis semua yg ustaz tu ckp..cuma aku faham dan aku ingat betul intipatinya ptg tu, sbb betul2 menusuk dalam ruang kalbu aku ni..tp nak tulis macam ustaz tu ckp tak reti aa..heheh
***
Walaupun kita barangkali dah tahu doa tu senjata org mukmin, tp seringkali kita lupa, atau buat-buat lupa?
terlalu sibuk dgn dunia barangkali.
aku tak kata kat oranglah
aku kata kat aku sendiri
tapi bila dgr balik apa ustaz tu cakap
semua tu betul, doalah lama2 skit
bercakaplah, tak perlu kita nak mengadu pada orang lain yg belum tentu boleh selesaikan segala permasalahan hidup kita, nanti boring orang nak dgr...
insyaAllah,
-kepasrahan aku dalam kehidupan ini, segalanya aku kembalikan pada Allah.
-kesedihan, keperitan, kegembiraan -itu adalah roda hidup setiap manusia - yang sentiasa diuji utk mengukur tahap keimanan...

quoted from my fren yg dapat 'durian runtuh' baru2 ini.
"Semua manusia akan diberi ujian dari Allah… itu semua bagi meningkatkan keimanan manusia itu sendiri..
Yang penting apa jua ujian yang hadir, kita kena terima dengan rhedo serta senyuman.. dan berkata pada diri sendiri for example “ terima kasih aku pada Mu ya Allah..
Semoga dengan ujian dari Mu ini akan mendekatkan lagi diriku pada Mu”
Inilah formula saya.
Setiap ujian ada jalan.Yang penting jgn give up.
Berserah pada Allah.. kerana kita ni La haulawala….."


TAPI jangan pula kita ni berdoa tanpa berusaha--haa yg ni tak mau aaa...
yg bulat tak datang bergolek,
yg pipih tak datang melayang... :)
posted by Mirip at 9:58 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home