Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, May 27, 2008

Adat hidup

Semalam 26 May.
Hari ini dalam sejarah.Rumahku di perbukitan itu sudah banjir.Pulang dari kerja,singgah di klinik untuk mencuci luka (sudah boleh menahan diri dari kesakitan dicuci dengan air garam),terkejut melihat rumah sudah basah lencun.Karpet-karpet sudah bertimbun di dapur.Limpahan air hujan yang terlalu kuat menyebabkan rumahku sudah banjir.

Hari ini 27 May,
Small accident yang menyebabkan keretaku kemek di bahagian pemandu.Nasib baik kereta di belakang tidak apa-apa cuma ada sedikit kesan calar.Pulang nanti harus berjumpa dengan jiranku itu berterus terang aku telah terlanggar keretanya dan bayaran.Keretaku yang kemek sudak tidak sempurna lagi.Apapun,perjalanan terpaksa diteruskan dengan kereta kemek.Cermin sudah tidak boleh diturunkan sempurna, dan ketika di tol, aku terpaksa membuka pintu.Kesilapan kerana melalui lane TnG.Akhirnya pintuku tidak dapat ditutup dengan rapat.Teruskan sahajalah perjalanan.
Dugaan.Sedih memang sedih. Tapi apa nak buat.Benda dah nak jadi.

Adat hidup. Ada senang dan ada susahnya.
posted by Mirip at 12:13 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home