Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, November 14, 2012

Julia Akasia

Satu hari ketika di groud floor, seorang makcik @ kakak?? ni cakap yang aku ni orang nampak je lembut, tapi orang tak berani nak dekat, kalau budak2 lelaki, diorang tak berani nak gurau2 etc,.. hihih, mmg aku akui la tang tu sbb kalau aku marah, mmg berapi..hahaha.. tapi kalau ada yang serius, you sendiri tahu yang dia serius dan tak main2 kan? eh, power jugak kakak ni, .. aku angguk setuju.. ya, aku tahu kalau orang tu
serius, kalau dia ada buat beberapa yang aku rasa sesetengah orang yang tak serius takkan buat..
tapi yang buatkan aku ingat statement akak tu bila dia kata, "ada keturunan panglima?"
"What?"
"Keturunan panglima?"
"Hati keras sikit.."
"Tapi jauh di sudut hati, mudah kesian, tak boleh tengok orang susah.."
"Ahhh, yang ni betul, kan? " Ein di sebelah mengiakan,.

Arh apa kaitanya semua ni dengan apa yang aku nak tulis.. aku nak tulis sebab buat pertama kalinya, ada cerita drama melayu yang berjaya buatkan aku nangis dan rasa kesian dekat semua watak protagonisnya...Bagi aku yang bukan kaki TV, aku rasa cerita Julia terbitan Jalena Rejab tu best..

Tengok sekejap2 memang tak faham sangat,. sbb banyak persoalan bermain di minda.. (eh apasal Najwa Latif tetiba ada dalam situasi?- abaikan ya) Episod last plak aku tak sempat lagi nak tengok sebab sampai lambat di rumah.. Lalu akhirnya aku buat kerja
gila, tak tidur malam sbb marathon Julia dari awal episod sampai akhir... sebab selama ni tengok cerlag
cerluk, chips more, so feel tak ada daaaa... kali ni aku tengok direct... dan ketiga-tiga watak ( plus
Izreen Azminda) berjaya bawa watak dengan baik sekali.. Aku yang lembut hati ni ??? rasa sedih sungguh
dengan keadaan yang melanda Julia, Amir dan Azwan yang jadi mangsa keadaan... Aku rasa cerita ni drama
melayu cintan yang logiknya ada dalam setiap konflik.. cuma satu ja, aku tak pasti kenapa Mak Mertua Julia
tu berkenan sangat dengan Cat, adakah sebab harta, atau memang sebab dah dirasuk kebencian kepada Julia..

Selama ni aku jadi pengkritik dalam setiap drama melayu sbb otak kiri aku akan cakap cerita tu tak logik.
Mesti ada la tang tak logiknya yang aku jumpa. Dalam cerita Julia ni pulak, ada juga sikit2 tang tak logik,
contoh Amir patah balik ke KL padahal dah nak dekat sangat dengan Teluk Intan. Setakat ni otak kiri aku
jumpa yang tu je lah, tapi overall, cerita ni macam dekat dalam masyarakat.. Unsur tidak logik tu aku jumpa
satu je dalam drama ni, kira oklah berbanding banyak komen2 aku yang lain kalau aku tgk drama melayu..

Moral yang aku dapat dari cerita Julia ni adalah... (ceng ceng teacher dah mai dah...)
1. Kalau benci sekalipun, jangan sekali2 cerai talak 3.. kalau tak, menyesal tak sudah
2. Kalau ada yang mencucuk dalam rumah tangga, memang akan parah..Azwan di depan mamanya memang menyebelahi Julia, tetapi kalau dah selalu sangat dicucuk, akhirnya akan terpengaruh juga akhirnya.
3. Kalau suami isteri memang tengah bermasalah, akan senang bermain api. Azwan masih sayangkan Julia, tapi dengan kehadiran Cat pada masa yang sama, keadaan semakin parah.
4. Julia terasa dengan perbuatan Azwan, hati terluka, walaupun Azwan dah minta maaf, ditambah pula denga
dia tahu perhubungan Cat dan Azwan

emm banyak lagi sebenarnya, tapi kalau nak disalahkan sesiapa, memang yang paling bersalah adalah mak
mertua Julia.. cuma aku tak berkenan dengan lakonan Norish Karman, nampak over dengan tahi lalat besar 2 biji,(apasal tak tempek penuh muka lagi?) dengan menangis yang dibuat-buat, sama ada masa tu mmg dia tengah buat2 nangis tipu Azwan ataupun betul-betul keadaan menangis, aku nampak semua tu tak real.. Kenapa mesti nak ketap2 gigi masa bercakap?Nak menunjukkan kuasa veto ibu yang jahat? Semua watak dalam cerita ni aku bagi 4.5 star, tapi untuk NK,aku bagi 1 bintang ja..

Julia dan Izreen pandai bawa watak. Aku rasa Izreen ni bakal jadi pelakon antagonis terbaik. pandai betul dia bawa watak jahat. Aku suka lakonan kedua2nya sebab setting dan raut muka sesuai. Kalau sakit, nampak sangat sakit muka tu, atau kalau kat rumah, tak de mekap tebal2... kira macam yang real.. sesetengah pelakon, kalau tang sakit @ kat rumah pun, masih nak maintain lawa.. tu yang mai la aku ni jadi pengkritik setia.. Jadi pelakon bukan nak tengok lawa memanjang, nak tengok watak tu bawa menjadi ke tak.. Walaupun sebelum ni aku tak pernah tengok Nabila Huda ni berlakon lagi, tapi aku rasa dia pandai berlakon.. kalau nangis, memang rasa nangis betul dia ni, kalau sakit, muka nampak sakit, imej budak U dan watak dewasa.. cuma tang pakaian tu ,,, em dah namanya pelakon yang membawa watak kan..

Situasi dalam cerita ni logik bagi aku kerana:
1. Amir tak jumpa @ tangguh2 lagi sebab targetnya kerja dahulu., Biasalah kalau fresh grad ni, memang bagi

full commitment kat kerja. Umur pun muda lagi.
2. Amir tak contact Julia bila dia tahu keluarga Julia tak mengaku Julia anak mereka kalau tahu Julia masih

ada hubungan dengan Amir. Di sini makin bermulanya gap antara Julia dan Amir. Amir tidak menghubungi dan Julia merasakan Amir semakin jauh darinya,
3. Dari segi keluarga, parents Julia juga betul. Mereka menganggap Amir tidak serius itu ada benarnya.
4. Kehadiran Azwan yang gentleman, baik, dan pandai ambil hati orang tua.
5. Julia tak salah sebab pilih Azwan, siapapun tidak tahu masa depan kita.. cuma pada masa tu, memang Azwan itu terbaik pada masa itu dengan keadaan yang berlaku.
6. Julia menyesal kerana tidak menunggu Amir
7. Amir menyesal kerana tidak serius dan ambil mudah dengan anggapan Julia itu pasti miliknya
8. Azwan menyesal kerana ceraikan Julia talak 3
9. Sofia menyesal kerana menolak cinta Amir satu waktu dulu.

Jadi cerita ni memang kena dengan tagnya ... "andai dapat kuundur waktu" ke macamana? tapi lebih kuranglah ya, tak ingat sangat ayat sebenarnya.. tapi yang pasti semuanya berkaitan masa dan waktu..
ooh tak larat nak tulis sbb netbook ni N nya macam rosak.. so stop sini sajalah merapuku kali ini..
posted by Mirip at 11:47 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home