Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, December 22, 2005

Dugaan

Hero sempoi pojaanku –Hairie Othman @ Badrul
Hero pandai bermain perasaan – Rosyam Noor @ Danial

“Siapa Danial? Aku tak kenal Danial,…..”- ingat lagi skrip ni n muka selamba dia..

Dgn adanya 2 org ni, cerita yg aku tak ingat tak best pun dah jadi best sbb nak tgk 2 org hero tu le..
Tp sejak dah tgk drama2 keluaran Suhan Movies, aku rasa aku dapat detect satu persamaan
1.Lagu lama2 yg jarang didengar tp best jadi lagu latar.. aku jenis yg tak tahu banyak lagu ni mmg suka plak lagu2 latar terbitan Suhan Movies… mcm sesuai ngan jiwa aku.. kakakak
2.Kena la lagu ngan peristiwa.. pandai betul pilih lagu.

Hari ni tgk paper seimbas lalu. Baca kisah Abg Zulkifli yg hilang 5 anak sekaligus. Semoga dia terus tabah meneruskan kehidupan. Kehilangan org tersayang mmg suatu dugaan yg Allah bagi utk menguji, hilang benda lain boleh cari lagi, tak pe lagi, tp kalau hilang org tersayang, ntah le , kalau aku pun, tak tau la … Anak tak de depan mata pun dah terbayang2, tp tu still boleh dgr suara dia.. Kalau tetiba tak ada.. Kalau ikutkan hati aku ni, mau je aku naik AirAsia, kejap pi balik ambik dia..tp memandangkan ni cuti sekolah, biarlah dia bermesra-mesraan ngan tok, tok wan , che tehh,che chik n che sunya tu.. lagipon mmg seronok benar dia kat sana…

Dialog semalam
C.Ngah : Ya tak ingat kat umi ke?
Ya : Ya ingat
C.Ngah :Ya tak nangis pun ek
Ya :Ke’ Ya janji doh dgn Umi tok leh nangis.

Maklum le, kalau kat sini berperang ngan umi ngan abah kan.. ha best la duduk sana tu. Ramai org melayan..mak sedara pun cuti sekolah sama..Banjir kat sana, seronok tgk air la tu.. tak pe tak pe umi bagi can le ya duduk sana, nanti tahun depan dah masuk sekolah, dah tak leh nak main ngan tok lagi..

* Ya yang suka makan maruku, kacang tanah, dan ikan bilis… luv u- moga jadi anak solehah..
posted by Mirip at 9:04 AM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home