Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, June 15, 2006

tolak jgn tak tolak

Semalam, 14/6/06-hari ini dalam sejarahAku and kakak2 car pool telah menolak kereta kakak A sbb dgn tiba-tiba bila tekan gear D,kereta tak gerak..hohoho ,time tgh peak hours-org tgh balik kerja.kejadian berlaku depan bukit ofis.

Nasib baiklah pakcik guard tolong tolak sama kereta. tapi alkisahnya.sbb bukit, kereta tak mo gerak.dan alhamdulillah adik(ke abang?) yg jual air kat depan tu mari tolong...Tolaklah kami masukkan kereta kat tempat parking tu.Gear R jalan elok plak.N tak gerak, 2 tak gerak. yang gerak hanya L.

Pak cik guard tolong tengok. Dia minta kami tunggu situDia pi panggil abg mekanik.Abg mekanik datang dgn motor,Cek-cek kereta

Abang Mekanik:Ni gear box rosak.Minyak gear box dah bau hangit.
Kakak A :Habis tu macamana,baru je lepas service bulan lepas
Abang Mekanik:Akak kena panggil pengedar akak beli kereta ni.Sbb under warranty...kereta baru. (pelik betullah kereta baru 1 thn 1 bulan-gear box dah rosak..,lepas servis plak tuhh)

Yossh, dgn itu jelaslah..kereta kakak A kami tinggal kat parking tu.Pak cik guard suruh bawa masuk dalam, Kakak B ajak pak cik guard minum .belanja minum.
sambil tunggu kereta lain datang ambil kami,sempat la borak ngan pak cik guard,apa yg aku nak tulis sini utk ingatan kita bersama. sebenarnya benda-benda macam ni siapa pun tak nak..bila time susah macam ni ,tentunya kita mengharapkan ada insan lain yang sudi membantu,
Mendengar percakapan pak cik guard, dia menyuarakan rasanya-kekadang sbb dia kerja guard,orang mmg sombong..lalu buat derk je,..tah le susah aku nak tulis sbb aku bukan penulis pro.mungkin maksud yg aku nakk sampaikan ni orang tak faham.both gender lah kan.male and female.yg sometimes pandang rendah pada pekerjaan orang lain...

tp sbb pak cik ni mention kadang2 orang perempuanlah.. bila diorang senyum etc, disalahtafsirkan plak..kata kita(pakcik guard) nak ngorat dia..mana ada...Aku quoted apa pak cik tu kata .

sembang dgn dia, banyak dia bagi kiasan, tadi masa abg mekanik tu ada..

Abg mekanik:Kadang2,dlm banyak-banyak kereta, kereta kita yang problem dari kilang
Pak Cik :aa'h lah macam anak lah jugak, dalam 10 orang, ada sorang jadi hantu ke,
Abang Mekanik:Minyak lebih dari had ni..
Pak cik :macam manusia la jugak,kalau dah terlebih minyak, tak eloklah badan

tah lupa dah nak tulis apa lagi,. tulis yg ni jelah utk ingatan hari tua,,kenangan menolak kereta di bukit ofis di waktu peak hours,
posted by Mirip at 12:46 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home