Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, April 26, 2006

Ayah dan anak

Ayah aku orang biasa.Bukan GM.bukan wakil rakyat.Bukan juga Adun.Bukan orang besar-besar yang dikenali.Tapi hari ni aku rasa happy sbb user aku rupanya kenal ayah aku.
User yang aku sentiasa deal tapi tak pernah mendengar suara,sekali dengar suara, identiti aku dikenali.Aku tak kenal User aku ni tapi user aku siap tahu dulu aku sekolah kat mana, masuk u mana..

Aku terus telefon ayah utk bercakap dgn GM (ayah-ketua keluarga, juga layak digelar GM kan).

Terima Kasih pada ayah.Sbb ayahlah aku disini.
**
Masa kecil-kecil aku selalu cakap
1.Kenapa ayah tak jadi ke Australia, kalu tak aku dah jadi mix dah(sbb ayah kawin minah salleh)
2.Kenapa ayah berhenti kerja kat Sabah
3.Kenapa ayah tak kerja kat **. Kalau tak mesti sekarang aku jadi warga KL.

Sekarang, aku sedar....
Kalau ketiga-tiga kat atas tu berlaku-maknanya aku tak ada kat dunia ni. atau kalau no 2 dan 3 jadi, mungkin aku yang itu bukan aku yang ini.

p/s:Kita selalu tak nampak dan sedar apa yang kita ada.Tapi selalu fikirkan apa yang kita tiada. Sebab tu ada sorang kakak cakap kat aku
"Kita sebenarnya tak boleh cakap KALAU" ...aku rasa sbb sebenarnya KALAU tu tak pernah wujud.Benda yang tak wujud tak payahlah difikirkan.
posted by Mirip at 3:55 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home