Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, April 26, 2006

Ibu dan anak

Sbg seorang ibu, aku nak semua anak-anak aku depan mata aku.Kalau aku ada 10 orang anak, aku nak sepuluh depan mata aku.Aku rasa semua ibu pun rasa macam tu.mungkin mak aku pun rasa macam tu.Tapi realitinya anak tak semestinya mahu sentiasa dekat dgn ibu.

Aku seorang ibu dan aku juga seorang anak.Kadang-kadang keadaan memaksa anak berjauhan dengan ibu.Aku mahu anak aku depan mata aku
Tapi kadang-kadang aku sendiri mau berdikari jauh dari ibu aku.
Mahu menetap oversea (konon-konon)
Mahu jauh supaya kalau aku susah hati,ibu aku tidak tahu.
Mahu jauh supaya hanya yang bagus-bagus, ibu aku nampak...(hehehehhe)

p/s:Itulah kasih seorang ibu.Org kata ibu boleh jaga 10 orang anak.tp belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu.

Dialog semalam
Umi : Siapa nak ikut abah kat kedai
Ya : Ya (angkat tangan)
Abah:JOm, nak pergi dah ni
Ya : Tak nak pergi
Abah:Sbb apo plak
Ya : Ya nak jaga umi (peluk umi kuat-kuat)

Anak kecil.Hatinya polos.Bila besar.Harapnya hatinya juga sepolos ketika dia kecil.
posted by Mirip at 2:00 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home