Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, April 06, 2007

Iran-Britain


15 askar Britain mohon maaf kepada Iran

Dalam keadaan kuasa barat mengatakan yang Islam itu sebenarnya terrorist,ganas, zalim dan yang setaraf dengannya, Iran mengambil tindakan yang bijak,membebaskan 15 tahanan Britain yang ditahan sejak 23 Mac lalu.


Iran boleh sahaja mengambil tindakan keras ke atas askkar-askar berkenaan, tetapi itu tidak dilakukan, malah kesemua tahanan diberikan layanan berbeza.Buat perbandingan antara tahanan Britain di Iran dan tahanan Muslim di Penjara Abu Ghraib,Teluk Guantanamo, atau dimana-mana jua penjara di bawah kekuasaan Barat. Logik akal sendiri dapat membezakan.Tanpa dipengaruhi sentimen keagamaan.


Iran di bawah pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, berpandangan jauh.Tidak mustahil ada antara 15 tahanan ini yang akan mengkaji apa sebenarnya Islam setelah melalui pengalaman menjadi tahanan tetapi dilayan bagai tetamu.Mahmoud Ahmadinejad, dalam ketegasan dan keberaniannya, ada sifat kelembutan dan keprihatinannya. Mencontohi Muhammad Bin Abdullah, pemimpin seluruh ummat, dulu-kini dan selamanya.Semoga Tehran,Kuala Lumpur,Baghdad dan semuanya juga sentiasa dilindungi dan dibawah peliharaan Allah SWT.AMIN.


Abu Ghraib torture and prisoner abuse VS Iran frees 15 British sailors and marines

more info
Tension rises as Britain condemns Iran TV pictures of detainees

posted by Mirip at 9:08 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home