Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, April 03, 2007

finance matters

Secebis perkongsian.

Dunia hari ini memerlukan pengetahuan dan kendalian kewangan yang bagus lagi bijaksana untuk memastikan perjalanan kehidupan harian berjalan lancar. Salah satu elemen penting adalah bagaimana mengendalikan wang yang ada. Terutamanya bagi kita-kita yang makan gaji dan gaji pun tidaklah seberapa. :) Lainlah bagi orang-orang yang duitnya sentiasa mengalir ke dalam poketnya bagai air yang mencurah . (Tapi cuba tanya orang-orang yang poketnya sentiasa penuh dengan duit, bab-bab kewangan or money matters ni sentiasa ada dalam kepala diorang je, betul tak? ..:)

Ada orang kata dunia hari ini dunia hutang, sana loan, sini loan.Akhirnya loanlah keliling pinggang. hehehhe...sebenarnya pada pendapat aku, loan ni perlu juga, yelah bagi kita yang tiada cash money, loanlah satu-satunya cara nak memiliki sesuatu aset yang agak tinggi nilai pasarannya. Tapi bagaimana menguruskan loan juga adalah satu ilmu yang harus dikuasai. Contoh berapa lama nak buat loan? berapa monthly payment? Contract yang bagaimana? islamic loan (BBA=al-Bai' bi Thaman Ajil ) atau Conventional?, ROI= Return Of Investment? dan banyak lagilah benda yang perlu difikirkan.Jangan sampai loan akhirnya menjerat diri, hingga akhirnya sampai tidak bernafas di hujung bulan. :)

Aku ada jumpa satu artikel kewangan hari ini.Satu artikel yang amat bagus, berkenaan loan rumah. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Juga subscribe E-Zine Millionairesplanet.com. Banyak maklumat tentang kewangan kita boleh pelajari.
posted by Mirip at 12:33 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home