Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, April 03, 2007

Tangani kemarahan anda

Dulu dah dapat tapi tak tahu mana hilang.. sekarang rasa nak letak sini
****
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telahmenghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanyapemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok bat tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....
courtesy from ZUL

-ye pagi tadi pun aku dah terlajak kata dan perbuatan, Maafkan umi yang dah marah kat kakak pagi-pagi buta. Umi tak sepatutnya macam tu, umi kena sabar tapi tah le jadi tak sabar pula umi pagi tadi. :(

*ye luka di hati lebih lama dan lebih dalam dari luka fizikal, tanpa ada siapa yang tahu. Kecuali hanyalah DIA.

**Satu hari aku diperkenalkan dengan satu sistem oleh seseorang. Aku hanya mendengar dan sesekali menanyakan soalan untuk kefahaman yang lebih. Dari persoalan dan jawapan yang dikemukakan aku tahu dan pasti sebenarnya sistem tu adalah SALAH, tapi bagaimana untuk aku nyatakan? Aku tidak mahu melukakan dia hanya dengan mengatakan dia juga salah seorang yang telah terjerat?tanpa dia sendiri sedari? Ciri-ciri yang dinyatakan ada dalam senarai mengapa sistem itu SALAH. Tapi aku ada masalah untuk menyatakan kebenaran. Yang aku mampu lakukan hanyalah mengatakan aku tidak berminat. Sedangkan tiada keupayaan aku untuk menyatakan yang dia sepatutnya bangun dari TIDUR. dan celik mata luas-luas, dan fikir...

Analoginya macam ni, kita dah nampak seseorang yang tak dikenali mundar mandir depan rumah kita, sebelum tu di kawasan perumahan rumah kita ni dah heboh kata ada kecurian, pecah rumah. Rumah kita aje yang belum. Orang lain dah heboh. Satu hari kita nampak orang tak dikenali ni dok pandang,pandang tinjau-tinjau rumah kita, tapi kita masih buat derk aje, kita boleh lagi tak tutup pintu pagar,tak tutup grill dan tak tutup sliding door. Dan kita sedap-sedap kat dapur tengah goreng ikan segala.
Lepas tu , apa yang terjadi kat orang lain jadi juga kat kita. Ya, rumah kita dah kena pecah masuk.Habis semua barang-barang dah diangkut. Yang lebih malang, kita dan anak-anak kita kena ikat mulut dan tangan. Tak boleh buat apa, tinggal mata aje yang putih terkebil-kebil tengok aje orang ambil barang dalam rumah kita.

Kalau jadi macam ni, kita tetap nak salahkan takdir? atau nak salahkan diri kita sendiri?
Jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

***Kadang-kadang sukar untuk menyatakan kebenaran tanpa ada yang terluka. Sebenarnya untuk melukakan hati orang tulah, aku tak sanggup.Diam adalah lebih baik bagi aku.
posted by Mirip at 1:28 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home