Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, March 23, 2007

langit dan bumi

Hentikan ‘pembaziran keterlaluan’ – Arshad Ayub - nak baca? klik sini.

Pengaruh 'background' membentuk pemikiran seseorang.
Bagi orang kaya,RM2.2 bilion yang dapat dijimatkan tiada apa-apa makna,
tapi bagi orang kurang kaya macam aku, RM2.2 billion boleh buat macam-macam.

Ironinya memang macam tu lah.
Bagi orang kaya nilai RM1000 tu tidak apa-apa kalau dihabiskan untuk beli barang-barang makeup(contoh sahaja ye), tapi bagi aku yang dibesarkan dalam pengaruh persekitaran sederhana, RM1000 dihabiskan untuk pembelian itu semata-mata adalah tidak masuk akal sama sekali, tapi bila baca dalam suratkhabar, ada artis tu atau artis ni berhabis ribuan ringgit untuk set jagaan wajah plus makeup, aku rasa macam betul ke ni atau saje-saje cakap kat wartawan? atau memang ada yang corak hidupnya begitu?(baca: aku tulis artis sbb artis je yang masuk paper hal macam ni, orang biasa mungkin tak masuk paper/majalah/ etc even they might spent more than this.)

macam tu jugalah sesetengah orang tidak kisah membelanjakan wangnya untuk ke pawagam, atau beli barang berjenama, sbb duitnya dah memang banyak, dan dia tak kisah pun.
Tapi bagi orang-orang yang hidupnya macam dalam bersamaMu tu yang nak hidup makan pakai pun terasa perit, aduhh nilai duit RM50 tu terlalu tinggi nilainya..
tak percaya, selalulah tengok bersamaMu.
Sebab tu aku menangis kalau tgk bersamaMu kalau tiba part yang betul-betul menyentuh hati, kemiskinan, keperitan, anak cacat. etc etc
posted by Mirip at 8:58 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home