Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, November 26, 2007

sambungan

sahabat aku reply balik
"masalah skang ni dia tu lelaki
tp yg dia tujukan tu wife dia...
tak sembahyang tapi tak ngumpat
hehehe...
sbb kami jarang2 jumpa wife dia solat..
maklumlah wife dia tu cun melecunnnn.."

Jawapan aku
"seorang wanita apabila meninggal, kalau dia masuk neraka dia akan tarik suami, adik beradik lelaki, bapa dan anak lelaki dia sebab tak memperbetulkan dia"

p/s: Adakah hanya kerana cun tu boleh dibawa ke mati? Adakah kerana cun tu dapat melepaskan kita dari tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah. Bagaimana seandainya suatu hari nanti yang cun-cun tu dah ditarik balik dalam sekelip mata.Yang cun bertukar menjadi hodoh. Kalaulah cun yang disandarkan dalam hidup ini, tunggulah hanya berapa tahun sahaja cun tu berkekalan. Sampai umur 50,60 atau 70 tahun?.
Oklah teknologi sekarang umur 60 pun masih cun melecun macam umur 30, tapi kalau umur panjang sampai 100? Cun lagi ke? Tak dapat tidak, kulit yang dulu tegang akhirnya kendur juga. Kemana perginya cantik yang dulu. Suami yang dulu sayang bagai nak rak, dah terduduk di depan wanita lain yang jauh lebih muda, baya cucu kita barangkali.

Aku tidaklah anti orang cun.Jauh sekali.Ramai lagi di luar sana yang cun melecun tapi tidaklah mengambil mudah anugerah yang Allah berikan kepadanya.Namun, apabila sedar kes-kes sebegini ada dalam masyarakat sekeliling, terasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar.Walaupun sedar aku ini bukan siapa-siapa.
posted by Mirip at 5:01 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home