Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, May 29, 2008

Rambutku dan rambutmu,warna yang berbeza!

Benar sungguh kata bidalan lama.Manusia itu rambutnya sahaja warna hitam, namun hatinya lain sekali.(Walaupun dalam zaman kontemporari begini,warna rambut sudah ada berbagai warna dan bukan sekadar warna hitam sepekat kopi lagi).

Kekadang, dalam menggerakkan bibir atas dan bawah, orang memang tidak akan pernah merasakan yang kata-kata mereka itu amat menghiris. Akukah yang terlalu sensitif atau memang itu juga yang dirasakan oleh orang lain yang mendengar?Yang amat kuhairankan itu, dalam lepas mulutnya itu, rupanya dia juga amat sensitif andai ada perkataan dilemparkan orang padanya. Tersenyum sendiri juga aku apabila mengetahui sifatnya yang itu. Kerana sudah lumrah, andainya kita tidak mahu sesuatu itu dilakukan kepada kita, semestinya kita tidak sesekali melakukan kepada insan lain. Tapi temanku yang satu ini rupanya tidak begitu.Aneh sekali sifatnya ya.

Biarkanlah dia.Dalam sekadar sebaris senyum dan balasan selamba menepis, aku sebenarnya lebih memahami dirinya.Seorang teman berlainan jantina yang menambahkan lagi rencah perjalanan kehidupan seorang aku. :)
posted by Mirip at 9:31 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home