Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, June 04, 2008

Laskar Pelangi- harapanku pada Lintang!

Selesai mengkhatamkan Tetralogi Laskar Pelangi, hati sangat-sangat terasa ingin berjumpa dengan anggota LP.Aku telah berjaya menatap wajah sebenar Mahar,Kucai, Shahdan,A Kiong, Harun dan Samson. Gembira. Tapi yang pasti seorang lagiyang aku tunggu-tunggu, aku tertanya-tanya, aku teringat-ingat.Yang masih belum aku jumpai dan sangat-sangat aku ingin bertemu adalah Lintang, si hati besar.

Novel inspirasi berdasarkan kisah benar yang tidak diniatkan untuk diterbitkan pun oleh Si Ikal ini. Memoir yang dikemaskini berdasarkan penceritaan kisah batin Andrea Hirata ini telahpun mencetuskan fenomena di Indonesia.(juga di Malaysia). Dalam masa 10 hari di pasaran Indonesia, sudah kehabisan cetakan pertamanya. Setakat yang kutahu ini pun, LP di sana sudah mencecah 500,000 buah.Setengah juta. Bukan angka yang kecil untuk menggambarkan LP ini satu fenomena. Bagaikan mozek-mozek yang disusun,(Edensor) begitulah indahnya kisah seorang Andrea yang tidak semua orang berpengalaman sepertinya.

Aku mengharapkan filemnya nanti akan seindah novelnya walaupun setakat ini kebanyakan filem yang digarap berdasarkan novel masih belum mampu mengatasi atau paling tidak menyamai kepuasan yang dimiliki dari pembacaan.
Kuharap filem Laskar Pelangi tidak menjadi sepertimana filem AAC, yang juga menjadi fenomena sebelum LP, cuma dalam bentuk yang lain.

Dalam filem ini nantinya, paparkanlah walau hanya sedikit komentar anggota LP, atau paling kurang wajah-wajah mereka di akhir cerita. Oh ya tidak lupa juga pada Ibu MUslimah, kerana cerita ini pun sebenarnya didedikasikan untuknya.

Dan terakhir sekalinya, paparkanlah Lintang. Pengharapanku akan ada orang yang membela nasib Lintang selepas ini. Pasti ada pekerjaan lain yang lebih layak untuk orang segenius Lintang walaupun dia tidak punya apa-apa qualification apapun di atas kertas.Kertas yang kadangkala tidak membawa erti satu apa pun pada orang yang memilikinya tapi kertas itulah yang tidak dapat tidak, kertas itu jugalah yang diinginkan orang zaman ini.Itulah segulung kertas bernama certificate,diploma, ijazah, masters malahan doctorate.(Heboh pula ada DR cap ayam rupanya sekarang..hehehe)Walaupun harapan ini mungkin tinggal harapan, namun selagi boleh bermimpi, mimpilah- Sang Pemimpi.

Paradoks -jalan-jalan dan nasib kehidupan manusia .

To Lintang, walau di mana pun anda berada,mungkin ada mozek baru tercipta buatmu selepas ini!InsyaAllah.Teruskan berjiwa besar.Aku doakan itu buat saudara.
Sungguh optimis ayat yang kutaip dan kutulis ini, namun yang sebenarnya aku sebak sekali. Terasa-rasa Lintang itu sungguh dekat denganku.Aku ingin bertemu dia....
posted by Mirip at 12:30 AM

4 Comments:

trailer filem laskar pelangi sudah dapat dilihat di youtube, enjoy it! insyaallah filem ini akan tayang di Indonesia mulai 25 september 2008.

12:13 PM  

Saya sudah lihat dalam webnya pagi tadi.Pasti saya akan melihat DVDnya pula. Thanks

4:01 PM  

Mencintai laskar pelangi?
aduh, membacanya sahaja membuatkan kita terbuai2 bermacam rasa. tak sabar nak khatam novel yg keempat

3:26 AM  

yup, saya ulang baca berkali2 buku itu.Agaknya sepertilah Andrea mengulang baca buku 'Seandainya mereka bisa bicara itu'. heheh

8:07 AM  

Post a Comment

<< Home