Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, June 14, 2004
Peristiwa besar seperti 9/11 diramal 19 Jun -Bharian
Peristiwa besar seperti 9/11 diramal 19 Jun
Oleh Wan Hazmir Bakar
KETIKA kemuncak Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Soviet Union berentap mencuri rahsia pertahanan satu sama lain dengan pelbagai kaedah moden dan tradisional. Amerika yang lebih maju dalam bidang elektronik, banyak bergantung kepada risikan isyarat atau ‘signal intelligence’ (signint). Soviet pula lebih memanfaatkan kaedah tradisional risikan manusia atau ‘human intelligence’ (humint) selepas berjaya menempatkan ejen perisik (mole) dalam beberapa jabatan penting Amerika, termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Walaupun kaedah ‘signint’ dengan menggunakan satelit dan alat elektronik bagi mencuri rakam gambar pangkalan rahsia atau memintas komunikasi rahsia musuh ternyata mempunyai kelebihan, misi ‘humint’ masih diperlukan, khususnya bagi mendapatkan maklumat dalaman daripada pegawai kerajaan atau tentera diperlukan. Namun kedua-dua kaedah pengumpulan maklumat risikan itu memerlukan organisasi yang terancang, ejen terlatih dan perbelanjaan yang tinggi.
Keadaan ini membuatkan Soviet memajukan lagi kaedah ‘humint’ peringkat rendah yang tidak memerlukan peralatan canggih atau ejen perisik terlatih. Seorang pegawai perisik kanan KGB, agensi perisikan Soviet pada masa itu, berkata kaedah risikan paling mudah dan berkesan serta boleh dilakukan orang awam ialah dengan memantau media negara sasaran.
Beliau berkata, banyak maklumat risikan boleh dikumpul daripada hanya memantau siaran dan penerbitan media. Laporan media Amerika ketika itu yang disifatkan sebagai paling bebas di dunia, menyentuh segala perkara yang berlaku di negara mereka, termasuk di Rumah Putih dan Pentagon. Apa yang diperlukan ialah ketajaman fikiran untuk menilai sesuatu laporan dan mengambil maklumat yang dikandungnya.
Jika apa yang dinyatakan pegawai perisik KGB itu masih boleh diguna pakai pada zaman ini ketika mana segala bentuk maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan pantas menerusi internet, satu kejadian besar yang jauh lebih buruk daripada Peristiwa 11 September 2001 (9/11), akan menggegarkan dunia tidak lama lagi, iaitu seawal-awalnya pada 19 Jun ini.
Pemantauan terhadap media Amerika, termasuk laman web berita bebas yang turut mempraktikkan kaedah risikan KGB itu, menunjukkan pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dijadikan alasan untuk menyerang negara Islam, sedang merancang peristiwa lebih besar untuk menghalalkan tindakan mereka selepas ini.
Pihak yang dimaksudkan itu bukan al-Qaeda yang dipimpin Osama bin Laden atau kumpulan pejuang Islam lain, tetapi pakatan rahsia membabitkan kumpulan neo-konservatif yang menguasai Rumah Putih serta kumpulan Zionis dan Mossad yang mahu memperluaskan negara haram Israel serta cengkamannya terhadap dunia.
Kenyataan ini mungkin sukar diterima sebilangan masyarakat umum yang terpedaya dengan kenyataan, atau lebih tepat lagi, penipuan rasmi Washington kepada dunia berhubung serangan terhadap Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Bukankah pembohongan Amerika mengenai alasannya menyerang Iraq sudah terbongkar?
Sebenarnya, jika kaedah KGB itu digunakan bagi menilai peristiwa 9/11, rancangan dan perancangnya sudah boleh dikesan beberapa bulan sebelum kejadian itu. Seorang ejen wilayah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pernah melaporkan pergerakan luar biasa rakyat Israel di Amerika, tetapi beliau diarah menghentikan siasatan.
Begitu juga dengan aktiviti sekumpulan ejen Mossad yang menyamar sebagai pelajar Israel dan cuba menceroboh beberapa Bangunan Persekutuan. Walaupun mereka tertangkap dan perkara itu dilaporkan media Amerika, mereka dibebaskan dan dihantar pulang ke Israel walaupun siasatan mendapati mereka bukan pelajar seperti yang didakwa.
Pada hari kejadian, lima askar veteran Israel yang mendakwa sebagai pekerja syarikat pengangkutan ditahan selepas bersorak dan menari gembira di atas trak sewa mereka apabila menyaksikan serangan terhadap menara berkembar itu di satu kawasan strategik di seberang sungai di New Jersey yang menghadap WTC. Mereka kemudian dibebaskan begitu saja selepas disoal siasat FBI beberapa minggu.
Malah, media arus perdana Amerika, NBC dan ABC masing-masing melaporkan saksi melihat pesawat kecil melanggar menara pertama WTC, Menara Utara dan Pentagon sebelum kedua-dua rangkaian televisyen itu tiba-tiba mengubah laporan dengan memetik saksi lain yang mendakwa kapal terbang berkenaan adalah pesawat penumpang.
Beberapa hari selepas serangan itu, tujuh rakyat Arab Saudi iaitu di antara 19 pengganas yang dinamakan Amerika sebagai bertanggungjawab melancarkan serangan itu didapati masih hidup di negara mereka. Malah, ketujuh-tujuh mereka diwawancara beberapa media antarabangsa termasuk Daily Telegraph.
Tahun lalu, kajian oleh beberapa penganalisis bebas terhadap rakaman video serangan kedua terhadap WTC mendapati pesawat Boeing 767 yang melanggar Menara Selatan dipasang sejenis ‘pod’, dipercayai alat kawal jauh yang dibangunkan Tentera Udara Amerika (USAF) sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menjawab persoalan mengapa pesawat itu hampir-hampir tidak mengenai sasaran.
Baru-baru ini, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tempat meletak kenderaan di luar bangunan Pentagon menunjukkan hanya pesawat kecil seperti F-16 yang melanggar pusat pertahanan Amerika itu, bukannya pesawat Boeing 757 American Airlines. Bukti terbaru itu menjawab persoalan mengapa tiada serpihan bangkai pesawat serta mayat penumpang bertaburan di laman Pentagon.
Bukti mengenai pembohongan 9/11 yang dipaparkan tadi adalah berdasarkan laporan media Amerika sendiri, termasuk media arus perdana yang tiba-tiba saja mengubah laporan mereka untuk disesuaikan dengan kenyataan rasmi Wa-shington atau melupakan langsung persoalan yang dibangkitkan.
Kembali kepada persoalan mengenai serangan terbaru yang dijangka akan berlaku pada musim panas ini, beberapa media Amerika baru-baru ini melaporkan kejadian yang mencurigakan. Pertama, komunikasi radio tentera Amerika pada 26 Januari lalu yang dipintas pihak tertentu dan kemudian dihebahkan di internet ada merujuk kepada penghitungan hari atau ‘countdown’ satu peristiwa yang tidak dinyatakan yang akan berlaku pada 19 atau 20 Jun ini.
Beberapa minggu lalu, Washington mengerah sembilan daripada 13 armada lautnya beroperasi di seluruh dunia, satu kerahan besar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pada masa sama, peningkatan aktiviti badan risikan asing, terutama Mossad, turut dikesan di Amerika.
Bulan lalu, empat rakyat Israel dipercayai ejen Mossad, ditahan dalam dua kejadian berasingan hanya selang seminggu ketika memandu trak sewa di luar dua pangkalan tentera serta kemudahan nuklear Amerika. Mereka mendakwa sebagai pekerja syarikat pengangkutan milik pengusaha Yahudi walaupun tidak mempunyai permit kerja dan memiliki pasport yang sudah tamat tempoh.
Kes pertama berlaku berhampiran kemudahan nuklear Tentera Laut Amerika di Mars Hill, Carolina Utara, iaitu menurut seorang sherif tempatan sebagai ‘satu-satunya pembekal bahan api kepada kapal selam Amerika’. Walaupun trak sewa dua rakyat Israel itu didapati kosong, laporan media menyatakan anjing tentera mengesan bau bahan letupan plastik dan TNT.
Dalam kes kedua, dua lagi rakyat Israel terbabit ditahan ketika cuba melepasi kawalan keselamatan untuk memasuki Pangkalan Kapal Selam Tentera Laut Kings Bay yang menjadi pelabuhan kepada 10 daripada 18 kapal selam nuklear Amerika berhampiran Sea Island, iaitu tempat penganjuran Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G-8) bermula kelmarin.
Seperti dalam kes membabitkan kepentingan Israel sebelum ini, semua rakyat Yahudi itu dibebaskan selepas disoal siasat dan kenyataan rasmi FBI sekadar menyebut hasil siasatan tidak menemui sebarang keraguan atau ancaman terhadap keselamatan Amerika.
Terbaru, Setiausaha Pertahanan Amerika, Donald Rumsfeld, ketika berucap di atas kapal pengangkut helikopter, USS Essex di Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura, berkata beliau berharap tentera Amerika akan memburu pengganas di Asia Tenggara tidak lama lagi kerana kononnya kestabilan negara Islam berfahaman sederhana di seluruh dunia kini terancam.
Apakah anggota neo-konservatif itu yang kini didesak banyak pihak di Amerika supaya meletakkan jawatan atau dipecat itu sekadar bercakap kosong? Ribuan jiwa rakyat Iraq dan Afghanistan yang melayang angkara Setiausaha Pertahanan Amerika itu tentunya menjawab ‘Tidak’ jika mereka boleh bersuara.
Persoalannya, mengapa kejadian terbaru itu perlu dicipta? Dari sudut politik, ia bagi mengembalikan sokongan rakyat Amerika terhadap Pentadbiran George Bush, terutama bagi menghadapi pilihan raya Presiden November depan. Populariti Bush kini semakin merosot akibat beberapa perkembangan terbaru yang memalukan Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu.
Kebangkitan rakyat Iraq pada April lalu menentang pencerobohan yang diketuai Amerika menghapuskan mitos bahawa bala tentera Amerika tidak boleh ditumpaskan. Sebulan kemudian, pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika dan Britain terhadap tahanan Iraq, khususnya di penjara Abu Ghraib, menghilangkan kredibiliti kedua-dua negara berkenaan sehingga melemahkan pakatan penceroboh.
Satu demi satu kerajaan negara pakatan mengumumkan penarikan tentera masing-masing dari Iraq berikutan desakan atau tindakan rakyat menukar kerajaan seperti yang berlaku di Sepanyol dan terbaru di India. Malah, ketiga-tiga pemimpin gila perang itu, Bush, Tony Blair dan Ariel Sharon, menghadapi krisis politik dalaman yang mungkin menyebabkan mereka kehilangan kuasa kerana dasar ganas mereka.
Video pembunuhan Nick Berg yang tiba-tiba muncul selepas berminggu-minggu Amerika dikecam masyarakat antarabangsa kerana kekejaman terhadap tahanan Iraq pula tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Sehingga kini, penganalisis bebas sudah menyenaraikan 50 dalil membuktikan pembunuhan itu dilakonkan atau dilakukan sendiri CIA bagi menimbulkan rasa benci terhadap pejuang Islam.
Dari aspek ekonomi pula, sistem kewangan New York dan London mula menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan teruk yang boleh menjurus kepada krisis besar. Amerika sebenarnya di ambang kebankrapan apabila defisit perdagangannya kini melebihi AS$500 bilion manakala defisit bajetnya hampir mencapai AS$750 bilion. Faedah sekuriti Kerajaan Amerika juga semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan akan ketidakupayaan Amerika menjelaskannya.
Disebabkan kemungkinan kebankrapan itu, penguasa kewangan Anglo-Amerika serta Yahudi bimbang dolar Amerika tidak lagi digunakan sebagai mata wang rizab. Keadaan ini akan menyebabkan banyak negara akan melepaskan pegangan dolar Amerika masing-masing dan beralih kepada mata wang lain yang lebih stabil seperti Euro yang sudah pun semakin mengukuh berbanding dolar Amerika.
Justeru, satu peristiwa besar perlu diadakan bagi membolehkan Amerika terus melancarkan perang terhadap ‘pengganas Islam’ di seluruh dunia, sekali gus meletakkan negara lain di bawah telunjuk Washington serta mengekalkan status quo sistem politik dan ekonomi antarabangsa yang menjadikan polis dunia itu sebagai satu-satunya ‘hyper power’ untuk menjayakan agenda jahat Zionis.
Bukankah Pengarah FBI, Robert Mueller dalam satu sidang akhbar bersama Peguam Negara, John Aschcrof, di Washington baru-baru ini memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada kerana al-Qaeda merancang melancarkan serangan besar-besaran ke atas beberapa tempat di Amerika dalam tempoh terdekat? Bersedialah untuk menghadapi hari selepas peristiwa besar itu.

posted by Mirip at 12:28 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home