Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, May 26, 2004

Selamat Hari Guru- Kepada semua tenaga pengajar

Hari ini bukan hari guru, Hari guru dah lepas. Cuma aku nak cerita kisah seorang "Guru Sehari"...

Semalam, aku conduct training. Training tu di sebuah "sekolah" lepasan SPM. Kekadang bila memikirkan karenah budak-budak sekarang, adakalanya kita rasa hati tercuit.Kekadang takut.Yelah macam-macam sekarang. Macam-macam ada(baca lagak iklan ASTRO)

Tugas aku semalam tiada kaitan dgn budak-budak tu.Tp tugas aku conduct pelajar dewasa. Seronok rupanya jadi cikgu ni aku rasa. Walaupun semalam aku tidaklah mengajar didepan. hanya support pelajar sahaja.Bestt..

Bebudak sekarang memang berani. Aku tahulah, saiz aku ni kecik je. Saiz S je. Sbb tulah org selalu salah anggap kat aku. Masa aku nak balik, aku melalui sekumpulan pelajar lelaki. Yg kelakarnya, ada ke patut aku diusik oleh mereka-mereka tu?..Dia ingat aku ni student jugak ke? (Student baru kot ek)..isk isk iskk, Apabila aku dah lepas, aku dgr salah seorang dari mereka kata, "Tgklah depan dulu"..heheh aku rasa mereka baru perasan yg aku ni pakai tag name, kah kah kah.. kalaulah aku jadik lecturer di situ. aku rasa macam nak kenakan je bebudak tu..time2 diorang ada kat dlm kelas aku ke?..tp tu aku kata kalau..kalau aku jadik lecturer di situ.. Aku tak boleh nak bayangkan , kalaulah aku betul2 menjadi guru di sekolah menengah, mengajar tingkatan 4 dan 5. Aku rasa pelajar lelakinya lagi besar dari aku. Dan aku pulak yang kena buli oleh pelajar2 tu?..hehehhe..Ini dah masuk kes buli cikgu ni.Bukan setakat buli pelajar dah ye?

Tp tugas cikgu tak kira cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke cikgu sekolah menengah ke, lecturer, professor..semua 2 yang bergelar tenaga pengajar- pekerjaan yang paling berkat aku kira.

Sekarang aku tgh browse UPSI. hah? Bukan aku. yer bukan aku yg nak tukar profession jadi guru, tp aku nak apply utk seseorang. Ye aku sendiri yang akan uruskan. Biar dia terima surat offer dari UPSI je kalau dia dapat. Biar dia terkejut badak.. kekakakakka..
posted by Mirip at 12:43 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home