Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, April 06, 2005

Minah kerek VS Abg Guard

Ari ni ada insiden dekat lif.

Abg Guard: "Pakai pass cik"
Minah : Buat Selamba (atau dia ckp sesuatu tp aku tak dgr)
Abg Guard: "Maaf cik, sila pakai pass"
Minah : (aku tak dgr sgt apa dia jawab)
Abg Guard: "Nanti kena ambik nama"
Minah : "Ambiklah ,.." mcm tak heran
Svisor abg Guard dtg: " Cik , sila pakai pass"
Minah : "I nak letak kat mana? i am not comfortable OK"
Svisor ambik nama, dan lepaskan minah masuk lif

Tentu Abg GUard dan Svisor abg guard tu menyampah gila ngan mjinah kerek ni kan.Aku yg tgk ni pun jadi kesian dekat abg guard tu. Yelah , dah keja dia cek org pakai pas kad ke apa ke , kita kena ikut je la kan. Jgn sesekali pandang rendah plak kat dia semata2 hanya krn dia guard, OK? Kalau tak de guard, sape nak jaga bangunan yg ko duduk ni. Dah la ko hanya visitor kat bgunan ni, ko nak tunjuk lagak plak.
Mungkin itu cabaran abg2 guard yg keja kat bawah tu, jumpa org2 yg kerek sgt mcm minah tu,...Tak pe Sabar ye abg2 guard semua..

Dlm Lif, lepas Minah tu keluar
Abg OpisMate: " Eii nak pakai passkad pun susah, pakai je lah, Nanti masuk lif buang lah, takut kuku rosak kot ataupon hilang cantik.Sampai 3 kali kena suruh"
OpisMate : "A'h, tak pe glamer"
Aku : " Tah le , susah sgt kot pakai pass" , nyampuk gak aku ye..hehehhe

Ye kecantikan rupa paras je tp kalau tak disulami ngan budi peketi nan indah, mmg menyakitkan mata memandang. Mungkin Minah tadi tu rasa dia dah cantik sgt, Bergaya, keja kat tempat best, so dia tak perlu nak mengikut arahan org lain (abg guard)....

Akhir kata, hiasi dirimu dgn hati nan ceria dan senyumlah seindah suria...yg membawa sinar....(ehh betol ke aku nyanyi ni?)
posted by Mirip at 8:46 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home