Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, February 21, 2006

Bersamamu Abg Zakaria

Berjurai-jurai air mata aku tgk Bersamamu malam tadi. Betapa aku bersyukur sangat dgn apa yg aku ada hari ini.Kalaulah ada sikit-sikit kesusahan, kepayahan, masih tidak tertanding dgn kisah abg Zakaria semalam. Dgn kehidupan yg cukup-cukup sahaja, ditambah plak dgn kematian anak bongsu-Arwah adik mohd Haziq.Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Aku mmg respect dgn abg Zakaria , tetap tabah menghadapi saat2 kematian anak bongsunya…Masih mampu memegang jenazah arwah di hospital.

Kalaupun ada yg kata rancangan Bersamamu ini penuh dgn Melodrama, tak kisahlah. Tapi aku tetap suka melihat…memang tak dinafikan tidak semua episode mampu menyebabkan hati kita luluh, tp sekurang-kurangnya dgn adanya rancangan sebegini menyedarkan kita masih ada rakyat-rakyat yang terpinggir dari arus kemajuan.Bukan memperlekehkan mereka, jauh sekali menghina, mereka juga ada perasaan, tentunya malu apabila kisah kesukaran hidup menjadi paparan seantoro Malaysia. Tp sekurang-kurangnya nasib mereka terbela. Diharap bantuan akan tiba selepas ini. Yg aku harapkan bukan sekadar bantuan dari segi material semata-mata, tp bantuan pekerjaan tetap. Mungkin ada kekosongan jawatan yg boleh diberi kpd mereka. Itu adalah lebih baik dr sekadar menghulur bantuan yg kemudiannya akan habis setakat itu sahaja.

Aku sbg seorang ibu dapat merasakan kesedihan Abg Zakaria, hilang anak mmg merupakan satu cubaan dan ujian dari yg maha Kuasa. Utk menguji hati2 kita adakah kita sedar apa yg kita ada hari ini merupakan pinjaman semata. Apatah lagi arwah adik Haziq baru berusia 3 bulan, lebih kurang sebaya dgn ustaz,.. Kita hanya boleh bercakap, tp yg menanggungnya mereka. Tentunya ada hikmah disebalik semua ini. Sekurang-kurangnya Abg Zakaria dan isteri sudah ada baby yg menunggu mereka di Syurga nanti.

Memetik kata-kata abg Zakaria
“saya redha. Mungkin dia sudah tidak menanggung kesakitan lagi” (ayat lebih kurang)

Sama-samalah kita bantu mana yg terdaya.
posted by Mirip at 10:35 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home