Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, March 10, 2006

Minyak naik,semua pun naik

Minyak:isu semasa yg hangat diperkatakan.Umi jumpa ini.Umi nak share sesama.

Bicara Kalbu: Solat tahajud dapat kurangkan kenaikan harga minyak
****
Sedih sgt..kesian tgk muka 2 beradik ni. Sorang 4 tahun,seorang baru 2 tahun. Kesan psikologi mungkin ketara pada si kakak.
Teringat kisah di zaman Nabi.
Seorang lelaki berjumpa Nabi.Dia mengadu anaknya derhaka terhadapnya.
Nabi membalas:"Sebelum dia derhaka terhadap kamu, kamu yg terlebih dahulu derhaka kpdnya"

Mungkin ibunya dlm keadaan terlalu terdesak..
Mungkin ini solution jangka pendek,meninggalkan anak pd jagaan orang tanpa khabar berita..tp jgn pula jika umur menganjak ke angka tua, diri sudah tidak berdaya, kudrat tiada, anak tiada, saudara tiada, terpinggir di rumah orang2 tua, barulah masa tu terkenang kenangan /kesilapan lama..
Atau..mungkin juga sesuatu yg tidak enak telah terjadi menyebabkan si ibu hilang tanpa dapat dikesan..
Doa aku sbg seorang ibu...ibu mereka akan pulang kembali...kalaupun ada masalah lain membelenggu, datanglah dan terangkanlah pada anak-anak kecilmu daripada membiarkan mereka tertanya-tanya kemana perginya ibu...kenapa ibu memberikan kami kepada orang lain? Anak sekecil ini sekalipun, jika diterangkan yang ibu perlu kerja, kakak dan adik kena tinggal kat sini dulu, harapannya mereka akan faham... (Itu harapanku..entahkan betul entah kan salah...aku harap akan jadi seperti harapanku ini..)

Berita penuh

Itu Utusan, dlm berita Harian pun ada Baby Girl kena tinggal dekat masjid. Keadaan sekeliling membuat aku takut sgt.Aku dpt rasakan mungkin siibu tidak sanggup meninggalkan anak.Masih ada rasa sayang bersisa pada sikecil.Buktinya,ditinggalkan keperluan yg cukup.sekurang-kurangnya utk hari itu.Botol susu,selimut,bantal,tilam,pampers....tp mungkin keadaan terlalu memaksa dia..Lalu tiada jalan lain,ditinggalkan sikecil dianjung masjid dgn harapan akan ada insan berhati mulia menjumpainya..Diintai, ditunggu dibalik semak sebelum betul2 pasti ada insan datang mengambil si kecil..Air mata berjujuran. Kalaulah tidak kerana ibu tersilap langkah, tentulah ibu tak akan tinggalkan kau anakku.Tp ibu sudah melakukan kesalahan besar..ibu tidak sanggup menghadapi kenyataan kau anakku tidak berbapa..Bapa genetik kau bukan orang sebenarnya..tapi manusia bertopengkan haiwan..Ibu masih mentah atau ibu juga sudah tertipu dgn janji manis dia yang kejam, yg tiada hati dan perasaan..lalu ibu tersilap langkah...ibu tiada pilihan selain ini..Kau anakku, diamlah kau, jgn menangis..
Ibu doakan kau tidak akan menempuh nasib malang mcm ibu..sbb itu ibu tinggalkan kau dimasjid ini dgn harapan kau dijaga oleh orang2 yang dapat mendidikmu ke arah kejayaan..Iubu akan curi2 dtg menjenguk,pura-pura berselisih, nanti ibu bagi coklat ya...Pesan ibu,Jgn jadi macam ibu..jgn turuti langkah kaki ibu anakku....Air mata mengalir, namun tiada upaya utk ibu mengalih masa....

**Monolog seorang ibu....

Berita penuh







posted by Mirip at 2:36 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home