Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, April 06, 2006
Kaya VS Kayap
Kayanya...klik sini...Mungkin sbb aku ini orang biasa-biasa.Bila aku dengar angka juta-juta, duit ada juta-juta, aku ingatkan dalam Slot SAMARINDA TV3 je,tapi memang dalam dunia,dalam Malaysia sendiri ada orang yang duit dia memang ada banyak sampai juta-juta.Tak kisah lah aset tu dalam bentuk duit atau hartanah.. tapi aku memang tak terfikir.
Kapitalisme.Dunia hari ni memang macam ni.Ada orang yang nak makan pun tak boleh.Sampai makan siput babi?.. tapi ada orang yang bagi dia duit tu tak ada nilai.Sebab dia boleh dapat semua dgn duit.Tunjuk saje.Semua dapat.(Orang kata mungkin kekayaan tak dapat beli kasih sayang- tapi aku rasa memang kekayaan boleh beli kasih sayang-soal ikhlas lain cerita, tapi bila kau kaya-semua orang suka nak rapat,nak kenal, dan dari pengalaman aku sendiri, (bukan aku yang kaya)jarang ada orang nak bangkang kata-kata kau kalau kau kaya-kalaupun ada yang nak bangkang, sikit sangat, yang lain-memang akan setuju aja apa yang kau kata..tak percaya? cubalah jadi kaya.. dan cuba juga jadi miskin... apa kau rasa? )
Kaya atau miskin-dua dua ujian Allah.Itu pasti.
***
Pekerjaan aku hari ini melibatkan ramai orang.Berurusan dengan ramai pihak dan bahagian memang buat aku sedar, kadang-kadang ada orang yang suka buat sesuatu tu jadi Sukar.Sukar Amat.Sedangkan benda nak jadi susah ke senang ke terletak pada diri sendiri.Kalau macam tu peel perangainya, even nasik dan lauk depan mata pun.susah jugak kalau tangan yang Allah kurniakan tu tak mahu gerakkan.Otak kanan dan kiri yang ada tu tak nak digunakan utk berfikir.Definisi susah tu sendiri pelbagai.Yang ni aku tak berkenan.Susahkah bagi dia kalau lauk dan nasi depan mata.Apa jadi kalau utk dapatkan nasi dan lauk tu sendiri memerlukan kau kena susah payah dapat.??? aku rasa lah kalau orang macam ni...alamatnya dia rela la tak makan nasi dan lauk tu daripada dia kena kerja dapatkan duit dulu.lepas tu dah ada duit, baru beli beras dan ikan(atau telur etc),lepas tu masak nasi, goreng ikan lagi....hahahhah
Apa pilihan kau-rela mati tak makan atau usahalah sendiri... masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah...
p/s: macam anti plak aku ni ...tp realitinya.. tolonglah jangan susahkan hidup orang lain dengan membuat benda senang jadi susah..let make things easier for all people, not only easy for yourself..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home