Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, April 04, 2006

motherhood???

Semalam umi marah kat ya

Ya :Ya tak nakkk kawan dgn umi
Umi :Ok tak pe.abih tu ya nak kawan dgn sape?
Ya :nak kawan ngan adik sorang je
Umi :Sbb apa?
Ya :sbb umi maraaah ya

naluri ibu ni kan pelik betullah.umi tahu ya budak lagi.tapi bila ya cakap macam tu ada rasa sesuatu berdetik dihati.kesiannya anak umi ni.berjauh hati kat umi sampai tak nak kawan dgn umi.(angin sentimental datang plak..hehe)

Sambungan dialog
Umi :Ok tak pe.Ya tahu tak sbb apa umi marah ya
Ya :(diam-gigit kuku-air mata penuh)
umi : bla bla blaaa..

Ya, umi marah ya sbb umi nak ya jadi orang.kalau ya salah umi kena tegur.umi tak nak ya membesar jadi anak yang tak ada disiplin.tak mendengar kata orang tua.sbb ya masih kecillah umi kena tegur.kalau dah besar panjang..haa susah la kalau baru nak bentuk.Ok anak umi.Semalam ya dah dapat satu pelajaran kan.Umi nak ya ingat apa umi pesan semalam.ingat sampai bila-bila.Sampai akhir nanti..Cewahhh Alleycats lah plak umi nih..

***umi jumpa satu website nih.Ya Allah.merdunya suara anugerah dia.Sheikh Said Saad AlGhamidi.ya tahu tak sape ni?Imam besar masjid nabi.Suara dia bernasyid tanpa lagu tu mmg buat umi tenang sgt dengar..nak tidur pun pasang lagi...jgn risau umi dah rakamkan kat henset cikai umi ni dan jadikan ring tone..Ok cepatlah call umi(bukan nak ckp ngan caller,tp nak dgr ring tone handset..hohoho)
posted by Mirip at 12:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home