Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, March 27, 2006

Kisah Benar

Ini kisah benar.Kisah benar dalam masyarakat.Aku kenal dia,kenal sangat, tapi manusia memang boleh berubah.

Umur X 34 tahun.Isteri (Y) 33 tahun.X dan Y bertemu jodoh di usia relatif awal,masing-masing 20 dan 19 tahun. Sekarang tahun 2006.sudah 14 tahun X dan Y mendirikan rumahtangga.Anak sulung kini seusia dengan usia perkahwinan. Y memang cantik orangnya. Baik hati. Persis heroin hindustan.

Orang kata ujian Tuhan berbagai bentuk.X dulu tiada apa-apa.Pekerja biasa dengan gaji hanya 3 angka.Masuk anak kedua,X beranikan diri berhenti kerja makan gaji dan menceburkan diri dalam bidang baru.Bidang yang menjanjikan hidup X dan Y mewah seperti hari ini. Tapi kejayaan bukan datang dengan mudah. Dia sudah biasa makan nasi berlaukkan ikan kering.Hidup pun cukup-cukup makan.Tapi rezeki berpihak kepadanya.Syukur yang amat. Kalaulah dikira dengan logik akal, mmg kuasa Tuhan disamping usaha kuat X yang membawa dia sepertimana dia hari ini.

Dulu dia hanya tinggal di pondok kecil.Peninggalan neneknya. Tapi hasil kejayaannya, gaji dia kini mencecah 5 angka.rumah-rumah sewa, tanah-tanah, rumah teres 2 tingkat yang didiami sekeluarga, rumah banglo 3 tingkat yang dalam pembinaan, kereta memang sentiasa bertukar. Sekarang sudah pakai Mercedes.Aku tak ingat Merc siri berapa.Kalaulah kejayaan itu diukur dengan kekayaan yang X miliki, aku kira memang X sudah melepasi garis kekayaan.

Kalau dulu X boleh bahagia dengan Y dan kehadiran anak-anak.Tapi kini kenapa X merasakan dia sedikit kecewa dengan anak-anak yang baginya ‘tidak berapa pandai’?. Aku kira itu alasan dangkal yang X cipta.

Dengan umur yang masih muda belia begitu, ditambah rupa, kekayaan begitu, tentulah X menjadi kegilaan remaja, wanita lain. Mungkin X kini sudah tidak mampu melawan godaan wanita-wanita lain. Dia kini sudah tidak sedar apa yang dia lakukan sebenarnya mengguris hati banyak pihak. Y terlalu sabar aku kira. Aku tidak pernah jumpa lagi setakat ini wanita sesabar dia.Maklum sahaja di waktu X susah, Ylah disisi.Membantu meringankan mana yang patut. Tapi kini X sudah ada yang lain. Walaupun X berkali mengatakan Y tiada kurang, tapi aku tahu kasih X sudah tidak seperti dulu. Kasihnya sudah dibahagi dua.Aku tidak kisah sangat kalau kekasih hati X itu orang baik-baik, tapi aku kasihankan X. Dia tak nampak apa yang orang lain nampak. Dia dah buta kerana cinta (kalaulah boleh dikatakan cinta).

Aku jadi keliru. Kerana aku perempuankah aku jadi terlalu simpati pada Y?
Mungkinkah kalau aku lelaki aku akan faham apa sebenarnya perasaan X?
Apakah sebenarnya yang lelaki mahukan dalam hidup?
Apakah memang tidak mencabar jika sudah ada keluarga bahagia, kerjaya yang stabil?
Apakah memang begitu perangai lelaki? Apabila duit lebih ditangan, akan mula buat perangai?.
Aku tahu bukan semua lelaki begitu. Tapi bila ini yang terjadi pada X, aku benar2 keliru.

Apakah jika waktu susah memang bersama dengan isteri tua.
Bila dah senang sedikit, mula pasang isteri dua?

Doaku setiap masa, agar X kembali sedar sebelum terlambat.
Kau yang bernama lelaki diluar sana,dimana-mana, apakah sebenarnya yang kau mahukan?
posted by Mirip at 10:22 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home