Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, March 28, 2006

3G

Kau kenal Adi Putra?Siapa tak kenal dia.Aku rasa satu malaysia sudah kenal Adik Adi ni,kanak2 pintar yang boleh selesaikan masalah matematik peringkat Universiti.Genius.Gifted.(mungkin Glory???)Kurniaan Tuhan pada dia.

Tapi bila baca ini.Aku jadi takut.Takut dengan pendedahan berlebihan media massa menyebabkan dia hilang sesuatu.Hilang privasi alam kanak2.Kau kenal Sufiah Yusof? Pelajar pintar yang layak memasuki Oxford di usia 12 tahun.Beberapa tahun lepas, aku dapat tahu dia hilang.Menetap bersama keluarga angkat.Pemikiran psikologi yang mungkin tidak seimbang dengan keupayaan mental akademiknya.Dia masih kanak2 walau mampu menyelesaikan angka juta -juta.Aku tetap mendoakan dia kembali ke pangkal jalan.Sama-sama kita doa dia dijauhkan dari anasir-anasir negatif.apatah lagi missionaries.

Perkara sama berlaku pada seorang kanak2 pintar dulu(sekarang mungkin dah bergelar bapa orang dah)-umur 3 tahun dah pandai membaca.Tapi menghadapi pengakhiran yg sedikit sedih.Harap dia bangkit dari kejatuhan dia.kalau disebut mesti satu malaysia tahu juga.

Sebenarnya aku tak layak tulis apa2 pasal Adi.Dia tak kenal aku.Ibu bapanya juga tak kenal aku.Hanya aku yang kenal dia.Itupun melalui dada akhbar.Siapalah aku utk mengomel itu ini tentang dia. cuma harapanku agar dia diberi ruang sendiri.Tiada siapa-siapa mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku.Tiada tekanan diri dikenali.Harapanku agar Ibu bapanya tidak terlalu mendedahkan anak kecil ini pada publisiti.Maaflah kalau aku yang silap.

kecerdikan adalah anugerah Tuhan.Alangkah bagusnya kalau dengan peluang diberi kecerdikan ini,dia dapat menjadi pakar suatu hari nanti.Tapi biarlah dia menjalani dunia kanak-kanaknya dulu.Tanpa ada tekanan.Tanpa ada kecaman.Tanpa ada apa-apa yang berlebihan.Amin.

Lagi AdiPutra
posted by Mirip at 3:33 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home