Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, July 03, 2006

A-B

Dalam setiap perhubungan,kalau tiada komunikasi, pasti endingnya negative.
Bila baca dalam majalah pasal A minta maaf pada B melalui majalah, dan bukan melalui 'direct', terlintas dihati lambat laun perkara ni akan jadi juga. Dan tahu khabar B hanya melalui kawan2 B, itu sudah kes berat..

Sebagai perempuan, aku sedikit sebanyak dapat rasa tekanan pada A bila B tetiba jadi popular.Tambahan pula bila baca paper hari ni yg kata B tidak menghubunginya sejak Feb 06.
Aku tahu B sibuk. sgt sibuk.
Tapi bagi aku, kalau kita sayangkan seseorang, sesibuk manapun kita, kita tetap akan berusaha menggembirakan dia.at least penghantaran khabar berita, kalaupun tidak bersua muka.

Aku rasa,ini yg terbaik buat A.Memang dia akan rasa susah,perit,kecewa tp percayalah hanya utk hari ini dia akan rasa ini semua. Berbanding kalau dia meneruskan, seumur hidup aku rasa dia akan makan hati.

Sekarang ni A tiada makna dalam hidup B. Buat apalah hendak pada yg tak sudi... Aku doakan A tabah dan sabar menghadapi saat ini.
posted by Mirip at 4:03 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home